Tips Menghilangkan Sakit Gigi
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum readers.
Lepas tu, ayah saya selalu suruh saya kumur dengan air garam. Ambil kau! Sekali kumur, dia punya pedih macam kene gigit harimau. Eh, tak adalah sampai kene gigit harimau. Kalau kene gigit harimau, saya dah lama duduk dalam perut harimau tu. Lepas itu, rasa sakit dah hilang. Tak adalah hilang teruskan.
Sebenarnya, banyak petua yang boleh menghilangkan rasa sakit gigi, selain pergi cabut gigi dengan dokter. Antaranya:
Pertama : Campurkan sedikit cuka dengan air suam untuk dibuat kumur. Amalkan 3 kali sehari sehingga rasa sakit tu hilang. Jangan diminum sudah la ye.
Cuka dan Air suam. Sila pastikan anda tidak melompat seperti monyet yek. Nak guling-guling dari pintu depan sehingga pintu dapur, dipersilakan. hihi |
Kedua : Pernah tengok sirih? Mesti pernahkan. Nenek-nenek kita kan suka makan sirih. Apa kaitannya? Korang ambil sirih tu. Kemudian kunyah sirih tu di tempat gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehinga rasa sakit tu hilang.
Ini adalah daun sirih. Dah tau dah? Nenek saya suka mengunyah daun sirih. Sampai merah-merah mulut nenek.Sekarang ni, taklah. |
Ketiga : Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Apalah rasanya bunga cengkihkan?
Bunga cengkih |
Keempat : Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam. Rumah saya banyak buah belimbing buluh. Selalunya, mak saya akan sedekahkan kepada kawan ayah saya. Sebab apa yek?..emmm..nanti saya tanya mak saya balik.
Buah Belimbing Buluh. Oh!!!! Hijau-hijau..buat masak lemak sedap ni. |
Kelima : Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas. Mana nak cari getah? Rasanya, ini melebihi lompat monyet dan lompat kijang.
Keenam : Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi. Bagi yang masih tinggal dengan ibu bapa, jangan lupa minta izin ye. Tak baik main kebas-kebas tau.
Bawang putih. Banyak juga kegunaannya. |
Ketujuh : Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
Jadi, sesiapa yang mengalami sakit gigi tu, bolehlah guna petua-petua orang-orang dulu kala. Nak tau tahap keberkesanannya, cubalah. Tak cuba, tak tahukan? Masalahnya, saya bukan sakit gigi tapi sakit gusi. Huhu...itu dua, tiga hari yang lepaslah. Sampai demam-demam dibuatnya. Sekarang, dah ok. Tiada masalah. Nanti dulu, ini post bila ni? Ops...sebenarnya, post ni dua, tiga lepas punya. Disebabkan terlalu banyak kerja dan bos pula asyik menyusul, tu yang tertangguh je.
Oklah, semoga yang sakit gigi tu, tak sakit gigi dah. Selamat mencuba. :)
p/s: beliau siap belikan ubat sakit gigi. Mujarab ke tak mujarab, saya akan cuba. Melihat beliau yang sekejap je sakit gigi, maknanya mujarab lah tu. hihihi...
Tags:
Tips
1 comments
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDelete