INTERVIEW

Apa itu interview? Interview? Interview tu English la cik oiii!!!! Temuduga. Maaf. Temuduga ialah pertayaan dan jawapan majikan dengan permohonan kerja.(Kamus Dewan Bahasa edisi 4)







Ketika temuduga, macam-macam perasaan keluar. Takut, gemuruh, gementar dan macam-macam  lagi perasaan timbul. Masuk tandas entah berapa kali. Yang menjadi mangsa tandas. Penangan temuduga. 

Orang tua-tua selalu berpesan, sebelum melangkah, selawat 3x dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Masa temuduga je ke baru berdoa? Itulah manusia. Apabila keadaan terdesak baru nak ingat Alah. Berusaha dahulu sambil disulami tawakal. Hati harusnya pahat dengan nama Allah. Betul tak?





Bagaimana agaknya temuduga berkaitan solat? Bagi sesiapa yang cukup solat, Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang kurang solat, nak jawab apa masa temuduga? Jadi, marilah kita sedaya upaya cukupkan solat 5 waktu. Bukan sedaya upaya tapi WAJIB cukupkan solat.(Ingatkan diri sendiri)







Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^