Tips Persiapan Raya 2015

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalamualaikum semua. :)

Erna tau dah, semua orang memang tak sabar untuk menyambut Syawal yang tidak lama lagi bakal menjelma kan? Gementar tak korang? Rasa dup dap dup dap tak? Atau biasa je?

Tapikan, dalam kesibukkan korang untuk menyambut Hari Raya yang tidak lama lagi bakal muncul ni, korang kene pastikan tiada pembaziran yang berlaku. Elakkan pembaziran. Tak baik membazir. Pembaziran itu adalah amalan Syaitan. Syaitan suka orang yang kuat membazir. Lagi-lagi depa semua tu dah tamat bercuti sebulan. Masa rayalah depa tak sabar nak hasut kita semua.

Jadi, apa yang perlu Erna/kita buat ketika persiapan raya ni?

Senaraikan barang-barang.
Kita ni memang diberi sifat suka membeli. Selagi tak habis membeli, selagi tulah kita terus mncari. Beli dan terus beli. Apabila membeli ni, ianya satu kepuasan yang teramat sangat. Tapi, sifat suka membeli ni bahaya kalau tidak ada had limit dan sekatannya. Secara tak langsung, boleh jadi boros seterusnya membazir ja. So, kita ni WAJIB buat satu senarai barang-barang dan perkara-perkara yang kita nak buat masa raya nanti. Sebabnya, kita dapat kawal pembelian kita ni.

Baju Raya
Tahun-tahun sebelum ni, baju raya mesti 2, 3 pasang. Dulu, Erna beli kain je. Kemudian emak Erna yang jahit. Tak ada baju fesyen-fesyen. Semuanya baju kurung je. Daripada kecik sehingga sekarang ni, baju kurunglah tetap tersemat di badan Erna dan adik beradik Erna. Sekarang ni, dah kahwin lain sikit. Sepasang je. Tapi baju kurung pun dah lama siap sekali dengan baju melayu En.Husband. So, bagi yang pandai jahit sama ada baju berfesyen ke atau baju kurung sahaja, lebih baik buat sahaja. Tapi kita ni kadang-kadang malas kan. Senang beli je kan. So, agak-agak nak baju lebih sepasang, better you all beli baju raya awal yek. So, di situ kita dapat jimat duit apa. Tak perlu terkejar-kejar cari baju , duit pun rasa macam tak laju je hilangkan.Ye ke?

Kuih Raya
Haa! jujur Erna cakap, jika ada kudrat dan masa lebih serta bahan pun mencukupi, Erna suka buat kuih raya. Daripada kecik sampai sekarang, emak Erna tidak pernah beli kuih raya. Suka buat. Kami pun suka makan. Hahaha...tapi sekarang ni tak cukup masa nak buat bagi mereka yang bekerja. Macam Ernalah. So, korang senaraikan kuih apa yang korang nak hidangkan kepada tetamu. Tak adalah bila nampak kuih ni, korang nak beli, dengar kawan jual kuih, korang pun nak beli. Akhirnya, duit pun dibeli. Eh!, hilang gitu je kan. Raya-raya jugak tapi kenelah berjimat.

Langsir Raya.
Jika langsir tahun lepas masih elok, warna masih gah lagi, jahitan masih kemas, apa kata korang pakai semula. Tapi kalau rasa nak yang baru, beli kain langsir awal tahun atau paling kurang 6 bulan sebelum raya. Tak perlulah kita ni terkial-kial mencari langsir baru masa nak dekat raya nanti.

Duit Raya.
Duit raya ni bukannya benda yang wajib pun. Ianya seakan tradisi atau benda suka-suka. Terutamanya kanak-kanak. Duit Raya ni boleh bangkitkan semangat kanak-kanak untuk menziarah rumah orang walaupun datangnya mereka hanya kerana duit Raya. Lama-lama dia orang sendiri akan faham maksud ziarah-menziarahi ketika raya. Malahan, duit raya juga boleh membantu mereka yang memerlukan. Tapi, jika kita letak duit raya sekepala RM10, agak-agaklah abag. Jika rezeki lebih bolehlah buat gitu. Tengok kemampuan. Tak perlu ikut cara orang lain. Kalau tak bagi pun tak apa sebab bukan benda yang Wajib. Betulkan?

Juada Hari Raya
Terliur dah rasanya apabila memikirkan tentang juadah hari raya nanti. Terutamanya daging sate dan ayam kuah kacang, Sungguh, tak sabar nak balik kampung. Kebiasaannya, juadah raya ni bukan masalah besar pun. Bab makanan kan. Ok je. Tapi, kita ni kene senaraikan jugaklah juadah apa yang kita nak buat masa raya. Mungkin, ada dikalangan kita akan buat juadah yang luar biasa kan. Kene tetapkan jugak jauadah yang boleh menjamu seisi keluarga kan.

Kebiasaannya, Hari Raya adalah hari yang dapat kita berkumpul dengan semua ahli keluarga baik yang jauh mahupun yang dekat. Memadailah kita menyambut Hari Raya dengan kesederhanaan. Asalkan keluarga kita gembira dan hubungan makin erat dari hari ke sehari.

Jumpa lagi!

## Ingat jangan selalu main mercun, tak pasal-pasal je terhilang sesuatu yang berharga.




Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^