Bimillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
30 Mei 2015, merupakan hari bersejarah buat Erna dan En.Husband kerana itulah termetarainya satu akad yang menjadikan kami sebagai suami isteri. Barulah den rasa apa yang adik kita rasa. Gementar kot.
Setelah seminggu menahan diri daripada gementar, 30 Mei 2015 jugaklah terasa bahangnya. Memandangkan cuaca pun sangat baik. Tapi dalam bilik kita, MasyaAllah, Allah je yang tahu. En.Husband ada cakap yang dia rasa gementar bukan kepalang.
Alhamdulillah, segala persiapan sudah selesai.
Tapi, pagi tu sebelum majlis nikah bermula, semua orang bersilat dekat dapur. Kita yang kontrol gementar tu hilang habis sebab tolong orang dapur. Lepas tu semua orang berteriak suruh Erna pergi mandi. Mana taknya, nikah pagi tu Kak Kiah. Nasib baik mak andam belum sampai lagi. Hahaha...
|
Alhamdulillah, cuaca ketika itu sangatlah cerah. |
|
Alaa, ingatkan ayah berjabat tangan dengan En.Husband. Rupanya ayah berakad dulu. Sama ketika adik nikah. Tak apalah, ayah tetap wali kami. |
|
Senyum dalam gementar ke En.Husband. Kan...kan.... |
|
Orang kata, perempuan yang diam tandanya setuju. Tok kadi kata, "setuju aja awak ni". Ala, malulah kita. Kontrol ni. |
|
Ketika bacaan taklik. |
|
Ketika penyerahan mas kahwin dan mahar. |
|
Pertama kali kot peluk cium ayah. Sebelum ni, cium tangan je. |
|
Masa ni jangan cakaplah. Bertahan air mata daripada tumpah tau. Tahan-tahan. |
|
Sabar yek. Alhamdulillah, dua-dua jadi isteri orang. Orang tau....hahaha |
|
Ok, tinggal lagi seorang dara. Dia kata available but coming soon. Macam mana tu. Tapi, kene jumpa kakak dia dulu yek. |
|
Apabila besan bertemu besan, ramai pelik macam dah lama kenal je kan. Memang pun, cume tak pernah bertemu. Macam tulah. |
|
Sebahagian barang hantaran daripada pihak perempuan. |
|
Sebahagian barang hantaran daripada pihak lelaki |
|
Alhamdulillah, I am his wife. |
Jujurnya, Erna bersyukur kepada Allah S.W.T kerana Allah kami bertemu. Malah restu emak dan ayah kami jugak, kami disatukan.
P/S: Gambar-gambar tu semua daripada OrangKite Photographer. Cantik kan? Hahahaha
Continue to part 6 ...
0 comments