Selamat Hari Raya 2015- Raya Ke-3 dan Ke-4

Bismillahirrahamannirrahim..

Assalamualaikum semua.. :)

Raya Ketiga Erna serba ringkas. Erna beraya di kampung selama tiga hari. Petang Raya ke-3 Erna dan En.Husband bergerak pulang Ke Johor Bahru sebabnya keluarga mentua Erna akan beraya bersama kami Di Johor Bahru.

Serius, pada mulanya agak terkejut jugak bila En.Husband bagi tahu yang emak dan ayah mentua Erna akan beraya di rumah kami pada raya ke-3. Jadi, sampai je di rumah, terus kami kemas apa yang patut. Alhamdulillah, rumah kami ada 3 bilik. 1 bilik memang khusus untuk keluarga kami datang ke rumah kami.

Nasib baik jugaklah Erna dah pulun kemas rumah sehari sebelum balik kampung. Tak adalah penat sangat.


Raya Ke-3: Malam tu, selepas mak dan ayah mentua serta adik ipar sampai, kami pergi beraya ke rumah pak long dekat taman daya tu. Kat sana punyalah pulun makan dengan lontongnya. Lepas tu, pak long ajak makan Durian dekat Pandan, Nasib baik tak sesak sangat kat sana. Dapat jugak parking kereta.

Nampak tak isi dia. Memang marvelous!!! Bila kopek, mak datuk , bau dia menusuk ke jiwa. Masalahnya, Erna ni boleh pulak tak boleh bau durian. Masa kecik-kecik, 3 biji pun boleh melantak sorang-sorang. Lepas kahwin. Adoyai, tak boleh langsung bau durian. Tapi, syukur lepas raya ni, bau durian dah dapat balik. Erna dah melantak sebiji Durian.

Muka puas hati dapat makan durian.

Raya Keempat pulak, petang tu kami pergi jalan-jalan ke AEON Tebrau. Sebelum tu, kami ada jumpa anak buah abah dan emak, anak mak busu. Lepas tu baru berangkat ke AEON Tebrau. Masa ni, En.Husband tak ada. Dia kene kerja. Jaga pintu negara.

Pizzalah kita kan. Kenyang sudah...


Ini adalah raya kami yang sederhana. Tahun pertama kami berdua sambut raya sebagai suami isteri. Walaupun sederhana dan En Husband terpaksa kerja di Hari Raya Pertama, tapi kami tetap boleh beraya bersama kedua-dua belah keluarga.

Tahun depan kita pulun Raya ye En Husband.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!
Mohon maaf jika kita ada silap dna salah dalam penulisan dan perkongsian ye. Kososng-kosong!! :)





Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^