Ramadhan- Sekejapnya Dia datang.

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua! :)

MasyaAllah, lagi sehari je nak Raya! Biar betul? Betullah ni. Jangan Kak Kiah nak buat muka beruk terkajut ye.

Kali ini Ramadhan begitu sekejap. Berlalunya tanpa memandang kita. Tetapi kita masih terkial-kial. Adakah kita semua bakal bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun depan. Moga-moga Allah memberi keizinan kepada kita lagi untuk mengecapi Ramadhan yang indah ini. Serius!! Sekejap sangat. Tak tahu nak cakap apa.

Ramadhan kali ini, rutin saya berubah. Kali pertama menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Buatkan juadah berbuka, buatkan juadah sahur. Tak sempat beli atau En.Husband yang buatkan. Kita balik kerja pukul 6 Kak Kiah. Kalau sempat, kita masaklah.

Ramadhan kali ini seperti tahun sebelum ini, jarang dapat berbuka dengan ahli keluarga. Kene ikut waktu terluang En.Husband. Orang kerja jaga pintu negara ni tak tetap waktunya. Free je, menyendeng sebelah En.Husband nak buka puasa dengan keluarga kita, InsyaAllah, tahun depan kita balik terengganu pulak.

Ramadhan kali ini Erna anggarkan yang Erna muslimah yang gagal. Kali ini gagal untuk kecapi ganjaran Ramadhan yang banyak. Mungkin kite belum adapt dengan suasana yang baru.

"Eh! mana boleh macam tu. Suasana baru ke lama, jangan jadikan alasan yek."

Eh, kita silap! Sebab itulah rasa sedih. Sekejap sangat Ramadhan kali ini. Tapi yang bestnya ialah apabila dapat berjemaah dengan En.Husband. Satu perasaan yang indah terutamanya dalam bulan Ramadhan. Walaupun, jarang kami dapat lakukan atas sebab En.Husband pikul tanggungjawab negara, tapi bila berjemaah, sangat seronok. Itulah indahnya Ramadhan untuk suami isteri yang baru.

Adakah kita akan berjumpa Ramadhan lagi? Moga-moga Allah izinkan kita jumpa Ramadhan pada tahun depan.


Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^