Dialog Yang Sering Kedengaran Ketika Hari Raya
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamaualaikum semua..:)
Mood raya tinggal separa je lagi sebab, kerja, kerja dan kerja. Hahaha..tapi Raya kali ini memang berbeza. Kalau dulu, even ketika belajar atau kerja, mood raya tu tetap membuak-buak sampai kuih boleh hadap sorang depan tv. Tapi kali ini, dua kali ganda hadapnya. Makin naik kot berat badan ni. Aiyak..!!!!
Tapi, lagilah apabila berada di kampung. Emak masak memang menusuk kalbu. Makin membuak-buak makannya sehinggalah timbul satu suara yang akan menusuk terus ke gegendang telinga. Biasalah, apabila dah berkumpul dengan ahli keluarga walaupun semuanya dekat-dekat, mesti ada soalan-soalan yang sebenarnya tak nak dengar langsung. Malah, macam nak sembunyi belakang emak je. Itu sebelum kahwin. Selepas kahwin pulak, nak sembunyi belakang suami pulak.
Sebenarnya, soalan-soalan atau dialog-dialog yang biasa kedengaran di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai ketika raya tu memang membuka seribu soalan yang tak nak di dengar oleh mana-mana individu atau pasangan. Apabila mereka bertanya, macam nak pergi teriak di tengah ahli keluarga dengan berkata "STOP". Kang tak memasal emak pi cubit peha, si suami pi jeling tajam. Adoi, menusuk jiwa dah tu.
Nak tau ke soalan-soalan atau dialog-dialog yang selalu kita dengar? Di bawah ni:
Pada Erna, mungkin mereka ingin mengambil berat akan diri ini tapikan, sedarkah mereka bahawasanya soalan itu telah meragut jiwa seseorang. Amboi ayat, bombastik sungguh!!!! Boleh je nak tanya tapi akan mendapat riaksi yang berbezalah kan? Hahaha... Erna senang je, Erna akan jawab "Allah lebih tahu bila", tak pun diam je. Sebab mereka bukan tahu pun sama ada kita berusaha ke tak. Allah lebih tahu.
Tapi En.Husband cakap, jika ada sesiapa yang sering bertanya dan berdialog seperti di atas, En.Husband mintak Erna tanya mereka balik, " Bila awak nak balik rumah bawah tanah" atau"Bila awak nak mati?". Nampak kuang ajak, tapi sangat rare....hahahahaha....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!! :)
2 comments
Setuju !
ReplyDeletekann....tq2...hahaha
Delete