Fair & Lovely Berwajah Baru.


Bismillahirrahmannirrahim.


Assalamualaikum semua. :)



Fair & Lovely berwajah baru? Biar betul?
Puan akak oit!!! Fair & Lovely dah lama berwajah baru. Baru tau ke?
(Malu sudah

Bukan jakun. Selalunya memang tak ambil peduli pun. Al-maklumlah, kita pengguna Safi. Tapi kan, sebelum menjadi pengguna Safi, peroduk pertama yang Erna guna masa zaman remaja dulu adalah Fair & Lovely. Memang berkesan. Nak kata cerah tu tak adalah sampai cerah melangit tapi memang nampak putihlah.

Masa tu, kita ikut mak punya penggunaan produk. Kalau mak guna produk Safi, Safilah yang kita guna. Dulu pun mak guna Fair & Lovely cream je. Pencucinya tak ada. Sebab masa tu Fair & Lovely ada produk cream pencerahan tu je. Ye ke? Ke ada je yang lain. Tapi sekarang, korang jangan risau daripada pencuci muka sampailah ke BB Cream. semua ada. 

Produk Fair & Lovely sekarang ni boleh dikatakan sebagai rawatan kepada kulit bermasalah. Bukan sahaja nak memutih dan mencerahkan je malah, untuk kulit 30's pun ada produknya. 


Fair & Lovely Advance Multi Vitamin. Krim inilah yang kita guna. Ini krim pencerah. 

Fair & Lovely Multi Vitamin Face Wash

Fair & Lovely Forever Glow

Fair & Lovely BB Cream

Habis tu kenapa tak guna je Fair & Lovely ni? Hihihi...tak semua produk sesuai dengan kulit kita. Memang berkesan untuk mendapatkan kulit cerah, tapi bukanlah 3 hari terus jadi cerah yek. Cumanya, kulit kita cepat berminyak. Jadi, terpaksalah menghentikan penggunaan produk Fair & Lovely. Bagi yang bersesuaian dengan produk Fair & Lovely ni, baik anda teruskan yek. 

Selamat Mencuba!!!!!




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^