Popia Nestum Awsome

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. :)

Sempena Raya kali ini, Erna nak sangat buat kuih raya. Yang senang pun tak pe. Janji adalah usaha untuk buat kuih raya. Nak merasa perasaan emak Erna ketika buat kuih raya. Kuih pertama yang Erna buat ialah POPIA NESTUM. Senang je. Tak susah.



Bahan-bahan :

1. Kulit Popia
2. Nestum
3. Horlicks / Susu tepung
4. Gula
5. Air

Cara-cara :

1. Gulung kulit popia dan guting serong. Gunting tu ikut cara koranglah nak macam mana. Air tu pulak sebagai bahan pelekat. Ada setengah orang pulak guna tepung jagung atau putih telur untuk melekatkan di hujung kulit popia.

2. Kemudian, gorengkan kulit popia. Letak ke tepi yek.

3. Selesai mengoreng kulit popia, blend kan Nestum, Horlicks dan gula . Erna guna Horlicks. Tak guna susu tepung. Ada sesetengah orang guna Susu Tepung. Ada sesetengah orang guna Horlicks dan susu tepung. Tapi En.Husband tak nak susu tepung. Jadi Erna lebihkan Horlicks daripada gula. Tak ada sukat-sukat. Pakai Blend je.

4. Kemudian, barulah campurkan dengan kulit popia. Selesai. Boleh dihidangkan ketika raya nanti.


Jumpa lagi..




Tags:

Share:

4 comments

  1. Swnang giler kan...ada yg buat letak milo pun...sedap gak...hihihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. betul.....buat sebalang je....mcm tak ckup plak

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^