My Wedding Part 3 : Perkara penting dalam persiapan nikah dan walimatulurus.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua!!!
Peringatan: Post kali ini agak panjang. Sebab tersimpan dalam otak kita ni. Nasib baik belum berkarat lagi. hahaha
Agak terbiar jugak post kali ini. Tapi, ada lagi post yang terbiar. 3 kali ganda daripada post ini.
Alhamdulillah, Erna sudah bergelar Puan. Tapi tak payah lah korang ngada-ngada panggil Erna ini dengan panggilan Puan yek. Gigit kang. Eh! Tak boleh, nanti ada orang menjeling di rumah.
Well, mak dan ayah Erna nak sangat majlis Erna dan adik Erna, Ika dilakukan serentak. Senang katanya. Katanya lah. Lagipun, jimat pun yek. Ye ke mak? Akhirnya, tarikh kami pun ditentukan. Majlis nikah adik Erna awal seminggu daripada majlis nikah Erna. Langkah bendul ke Puan Erna. Aippp!!!.Kami sepakat menetapkan tarikh dan bersetuju dengan tarikh tersebut. Baik keluarga Erna, mahupun keluarga En.Husband dan keluarga adik ipar. Sepakat membawa berkat Kak Kiah. 23/05/2015 adalah hari bersejarah buat adik Erna manakala Erna pulak...jeng...jeng...jeng....tunggu.
"Awak dapat orang mana?"
"Macam mana boleh kenal?"
"Umur dia berapa?"
Amboi Kak Kiah, tak menyempat. Sabarlah dulu.
Bila dah tahu tarikh nikah, persiapan mula dilakukan. Bersilat kami dibuatnya. Silat gayung, silat cekak, macam-macam silat keluar. Paling penat mak dan ayah kamilah. Pergi shopping entah berapa kali. Turun naik pejabat Kadi pun boleh tahan jugak. Tak ada masalah pun. Saja je, jalan-jalan.
Sebelum majlis, persiapan mestilah ada. Semua orang terlibat. Walaupun Erna balik dua minggu sekali atau seminggu sekali tapi Erna tetap akan turun padang. Ye ke? Of courselah!!!!!! Kalau boleh, biar persiapan tu awal setahun ke, 6 bulan ke paling lewat 3 bulan yek. Yang paling penting borang nikah tu!
Sebelum tu, korang kene senaraikan benda yang korang perlu persiapkan. Biar teratur. Persiapan kita agak tungang langang jugak walaupun sudah buat senarai. Teruk sungguh!!!!! hahaha
Borang nikah.
Banyak benda korang kene setelkan. Ujian HIV lah, temuduga lah, cari saksilah. Wali pulak mestilah ayah kami kan. Proses dia tak adalah lama mana pun. Sekejap je melainkan banyak perkara yang korang tak selesai. Jawabnya memang turun naik pejabat Kadi lah. Kes kami hanya tak bawak surat nikah mak dan ayah yang original je. Yang lain setel dah.
Baju Nikah dan Kasut Nikah
Setahun lebih simpan kain untuk buat baju nikah. Masa tu ada promosi dekat JAKEL. Punya la semangatkan. Memang nak buat baju nikah sendiri. Design sendiri lepas tu cari tailor dan terangkan pada tailor tentang design yang Erna buat. Alhamdulillah, nasib baik ada tailor yang boleh buat. Simple je design dia tapi kita suka. hahaha.... Bayaran pun ok kot. Kalau jual dekat pasaran mahu beratus jugak. Perasan!!!!...Hahahaha..
Kenapa mak kita tak buat baju nikah kita? Mak kita tak pandai buat baju berfesyen ni. Baju kurung bolehlah. Sebab tulah, setiap kali raya, kite orang tak pernah beli baju. Mak kita je yang buat.Jimat kat situ. Baju nikah adik kita pun tailor lain yang buat.
Kasut Nikah pulak, kita beli je kat kedai. Saiz kaki kita ni kecik je. Saiz 5 je kak kiah. Memang tak sama saiz dengan kasut bridal. Nasib baik dah cakap awal-awal dengan bridal yang kite orang nak pakai kasut sendiri. Bridal pun kata "ok je". Lagipun nak kasut yang bertutup tapi kasi tinggi sikit tapi tinggi tu tak adalah sampai 4, 5 inci. Pastu tak nak heal tapi nak wedges. (fuhhh!! banyak tapilah) Pusing punya lah lama nak mencari, akhirnya jumpe juga. Murah je, janji ada...hahaha.. Mak geleng kepala tengok kita orang pilih kasut.
Kasut ni murah je. Tak mahal mana pun. Ketinggian kasut ni dalam 2 1/2 inci. Murah-murah pun boleh guna masa raya. |
Kad Jemputan Kahwin
Bahagian ni paling awesome!! Ada perasaan bangga di situ. Aippp!!!!! Tak baik. Memang tak cari mana-mana kedai untuk oder kad kahwin. 100% kita buat sendiri tau. Tak percaya. Eh! percayalah. Kita design yang simple je. Janji ianya nampak sangat nice. Baik kad kahwin belah pihak En.Husband Erna mahupun belah majlis Erna. Dua-dua kad jemputan Erna design. Asalnya nak satukan je belah Erna dengan En.Husband tapi CANCEL sebab majlis Erna sekali dengan majlis adik. Jadi, kita orang dah decide, kad jemputan tu buat asing je. Lepas design, print sendiri. Nampak tak disitu yang kita buat sendiri. Budjet kurang sikit. hahaha. Gigih wei! Gigih buat kad kahwin sendiri. Lepas ni boleh buat untuk orang lain. ngeh..ngeh...(Nantikan untuk entri yang seterusnya yek )
Serius, ini kita buat sendiri. Print pun sendiri. Kad kahwin daripada majlis belah En.Husband. |
Barang Hantaran dan gubahan
Ada sesetengah barang tu, dah lama sangat membeli. Kemudian simpan. Ada sesetengah tu pulak, sebulan baru mencari. Dan ada barang tu pulak, lagi seminggu baru mencari. Hahaha. Kronologi yang tidak seimbang. Tapi yang paling penting, Erna suka membeli barang waktu promosi yang gempak punya. Kebanyakkan barang hantaran seperti beg ke, kasut ke; semuanya promosi antara 50% dan 70%. Termasuk jugak barang hantaran adik kita. Kita beli yang agak bagus tapi promosi 70%. Kene bijak membeli kak kiah.
Kemudian, sesi mengubah barang hantaran tidak menggunakan mana-mana orang tengah untuk mengubahnya. Hanya tangan emak kami sahaja yang kami gunakan. Mak kami pandai gubah pe. Erna pun ada tolong mak Erna jugak yek. Mak akan buat gubahan masa Erna ada kat kampung je. Dan masa tu pulak, adik Erna, Ika ada di rumah. Mulalah bersepah rumah. Lepas tu kemas balik. Kan jimat dah di situ.
Ungu pilihan adik Erna, Ika. Gubahan daripada emak pengantin dan pengantin sendiri. |
Oren pilihan Erna sendiri. Asalnya nak warna emas. Tak pun, ala-ala kuning keemasan gitu. Tapi mak kata, warna tu tak de. Sedih kita. |
Bridal Pengantin/Mak Andam
Alhamdulillah, kami dapat bridal yang super murah dan services dia pun baik. Memandangkan, majlis Walimatururus Erna berlangsung serentak dengan adik Erna, jadi kami pun mulakan pencarian bridal yang ok dan sesuai dengan bajet kami. Hampir 1 Johor kami mencari (tipu je lebih). Online survey je. Maklumat sekarang hujung jari je Kak Kiah!. Lebih kurang setengah tahun survey, tapi harga agak emmm......macam mana ni. Pening kepala dah. Akhirnya, kita tanya kawan sekampung dan 1 sekolah rendah dengan kita, Sheila. Dia sarankan Bridal yang dekat je dengan kampung. Paling kurang pun 15 minit je dari rumah. Kami menggunakan perkhidmatan D'INAI BRIDAL. Bridal ni dekat Sening, Kota Tinggi, Johor. Harga pun sangat berpatutan. Banyak jugaklah yang di tawarkan. Dan kami berpuas hati.
Alkisahnya, setiap hari berhubung dengan Kak Zai, iaitu owner Bridal ni. Tapi selama berhubung, tidak pernah langsung kami bertemu. Berhubung melalui telefon. Tapi di kedai pula,Erna jumpa pembantu Kak Zai je. Lepas majlis selesai, barulah Erna jumpa dengan Kak Zai. Sadis betul. Comel je orangnya. Mak andam atau orang yang make up kan Erna tu adalah adik Kak Zai. Kiranya, family business lah ni yek. Pelamin, make up dan aksesori majlis, semuanya daripada bridal. Tak payah pening-pening dah.
Jadi, sesiapa yang ingin melangsungkan perkahwinan, bolehlah cuba perkhidmatan mereka.
Photographer
Pada mulanya, Erna dan En.Husband tidak bercadang untuk menggunakan khidmat photographer ni. Beriya-iya kami kata, adik-beradik kami kan ada. Guna je perkhidmatan mereka. Tapi Erna fikir, adik-adik kami mesti sibuk. Jadi, Erna berbincang dengan En.Husband untuk menggunakan perkhidmatan photographer. Tambahan pula, majlis belah Erna diadakan sekali bersama dengan adik. Memandangkan adik pun ingin menggunakan perkhidmantan photographer. Sekali sekala je kan. Sebagai kenangan. Memandangkan semua orang sibuk.
Mulalah Erna senaraikan photographer yang menyediakan pakej yang terbaik dan yang paling penting mengikuti bajet kami. Lebih kurang setahun jugak memerhati laman photographer. Setahun kak Kiah. Bukan sekejap-sekejap je nak buat keputusan ni.
Kemudian, kita berbincang dengan adik, dia pun setuju. Lepastu berbincang dengan En.Husband dan dia pun kata ok. Kami pun memilih perkhidmatan OrangKite Photographer. Alhamdulillah, kami dapat pakej yang biasa tapi hasil memuaskan. Harga pun memenuhi bajet kami.
Jadi, sesiapa yang masih tertanya-tanya photographer mana yang sesuai, Erna cadangkan OrangKite Photographer. Memandangkan sekarang ada promosi Julai ni. Rebut peluang sekarang.
Jamuan Makanan dan Khemah
Kami adik beradik langsung tidak menyentuh urusan ni. Sebab, mak dan ayah kami yang setelkan. Segala juadah untuk orang ramai, bahan dan siapa tukang masak, emak dan ayah kami setelkan. Memandangkan kami buat di rumah sahaja dan tukang masak pun kebanyakannya daripada kalangan keluarga Erna. Kami mengekalkan aktiviti rewang di kampung. Yang Erna tahu, ketua dan chef dalam segala perihal masakan adalah nenek Erna. Waktu ni sangat best. Sebab, semua ahli keluarga belah emak dan ayah Erna berkumpul. Meriah tau!!!!!
Resepi nenek sendiri ni. Tak pakai catering. Mengekalkan tradisi rewang. |
Guest Book (Buku tetamu) dan Props
Bahagian ni pun seperti kad kahwin. Kita yang design dan kita yang hasilkan. Tak percaya jugak? Alahai Kak Kiah, percayalah. Seronok tak terhingga. Erna hasilkan 2 buku tetamu. Satu untuk Erna dan En.Husband, satu lagi untuk adik dan suami dia. Semuanya keluarkan duit sendiri. Tapi puasnya bukan kepalang.(Nantikan untuk entri yang seterusnya yek )
Guest book daripada pihak kita. Buat sendiri yek. Design sendiri. Malam-malam gigih buat buku tetamu ni. |
Guest book untuk adik kita dan pasangan dia. |
Proops pun sama. Bukan proops untuk photobooth tau, tapi ini hanyalah proops untuk guest book table je. Gigih buat benda ni. Ada barang, semuanya menjadi. Tak ada barang kenelah mencari. hahahaha. (Nantikan untuk entri yang seterusnya yek )
Sebahagain proops yang dihasilkan. |
Goodies Bag
Sebelum tetapkan tarikh lagi kita dah pikirkan tentang goodies bag ni. Mak siap berangan nak bagi tetamu cawan lah. Lepas tu tak jadi, tukar kepada tasbih. Tasbih tu buat sendiri pulak tu. Lastnya tak menjadi. Mak kata bagi yang lagi senang. Makanan. Apa lagi kan. Dan yang paling best sekali ada telur pindang. Bukan senang nak dapat telur pindang ni. Susah wei. Kat kedai sebiji RM2 tau [ye ke?].... yang ini makanlah puas-puas. Nenek yang buat pulak tu. Cadangan kita, awak-awak semua yang nak kahwin tu, baik senaraikan cadangan nak bagi goodies bag. Lepas tu dapat kata putus daripada orang atasan yek. Bukan apa, depa yang nak bagi kat tetamu nanti. Kita duduk atas pelamin je nanti.
Sebahagian goodies bag yang disediakan. Banyak wei. Dalamnya ada air kotak 1 litre, telur pindang 1 biji dan sebungkus jeli. |
Tak salah jika kita nak buat sesuatu majlis tu gempak-segempaknya asalkan kita tidak membazir. Senarai dahulu perkara-perkara wajib terutamanya borang nikah tu yek baru perkara lain. Kemudian lakukan survey untuk membandingkan perkhidmatan dan harga supaya kita tidak melebihi bajet tapi masih lagi berpuas hati dengan perkhidmatan dan hasil daripada mereka.
"Amboi Puan Erna, laju je bagi nasihat."
Ececeh... bukan nasihat tapi pandangan sahaja.
Jumpe part yang seterusnya. :)
***Kebanyakan gambar daripada hasil OrangKite Photographer.
Continue to part 4
8 comments
Bab kawen ni memang banyak benda nak fikir. Tapi puas hati kalau kita urus dan buat sendiri apa yang patut :)
ReplyDeletebetul kak. Kita boleh pikir apa yg kita nak.
DeleteBoleh la buat untuk saye.. :p
ReplyDeleteInsyaAllah. Boleh je...:)
Deletewahhh bagusnya merewang masa kenduri...dekat tempat kita, semua org pakai catering jer skrg, susah nak cari org yang still merewang...bgus2...kita sebenrnya suka rewang2 ni, boleh mengeratkan silaturahim femli kan... :D baru 2 bulan yer kawwen? tahniah yer :D semoga bahagia hingga ke syurga yer erna :D
ReplyDeleteKan.....best sebenarnya..Hopefully masih ade aktiviti macam ni lagi. Terima kasih..:)
Deletebestnyer kawen, ahhahaa..salam singgah dari GA mialiana.... suke sgt tgk org cite psal baje t kawen~hihi, sbg info..and nona also org johor gakkkkk, tp area pasir gudanggg...
ReplyDeletetQ infoo, hihi, follow kamuuuuu
Ye ke? Salam perkenalan.....Org Johor jgk yek.....blhlah jumpe kan...
Delete