Selamat Hari Raya 2015- Raya Pertama dan Raya Ke-2.

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum semua...:)

9 Syawal dah!! Baru nak update Raya kan. Al-maklumlah baru ada kesungguhan nak update raya kita ni.

Alhamdulillah, Raya kali ini Erna dah bertukar status. Menyambut syawal dengan gelaran yang baru. Tapikan, yang sedihnya, Raya pertama kita tak dapat nak sambut bersama dengan En.Husband sebab En.Husband ada tugasan di pintu masuk negara. 

Walaubagaimanapun, keluarga kan ada. Alhamdulillah tetap sambut dengan baik.

Raya Pertama
Di pagi raya, Erna dah bangun awal dalam pukul 4 pagi sebab nak hantar En.Husband pergi kerja. Malam raya kami bertolak ke kampung. Pagi raya pulak En.Husband kene balik semula ke Johor Bahru. Nasib baik 45 minit je dari Pengerang, Johor.

Seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelum ini, selepas sediakan juadah raya tunggu ayah dari surau, kemudian bermaaf-maafan. Tahun ni tak ada gambar family sebab baru dapat gambar family yang besar punya. Lepas tu, kami bertolak ziarah kubur arwah Tok Yah, Tok Bak dan sedara mara yang terdekat. Gambar selfie kat kubur tak yek. Nanti ada orang tegur.

Selesai ziarah ke kubur, barulah beraya ke rumah nenek dan sanak saudara yang lain. Mai kita pi serbu rumah Nenek dan Atok dulu belah emak yek !!


Anak-anak dan cucu tok mat dan nenek Yah.

Jemput makan semua. Juadah nenek memang holio. Nasi minyak, nasi dagang, rendang, sambal kacang dan lemang. Tak cukup ruang dalam perut ni nak masuk semuanya. Gara-gara raya, berat badan naik.

Sesi bermaaf-maafan. 

Kalau orang tengok mesti tak tahu, mana satu emak mana satu anak. Mana yang sulong, mana yang bongsu.

My lovely gandpa and grandma. Inilah nenek dan datuk kami yang ada. Atuk masih kuat lagi walaupun pernah mengalami kemalangan pada tahun 2008. Dah boleh bawak motor sekarang ni. Nenek masih gah lagi untuk bangun pagi.

Ini mak cik kami yang masih single tapi tak tahu lagi available ke tak.

Dulu kecik je budak ni sekarang dah comel dah.

Eh ke rumah, mak-cik-mak cik, adik beradik ayah pulak. Mentang-mentang dekat. Jalan kaki je pun.


Perut tak habis hadam lagi, nampak pulak udang besar. Makan! rezeki depan mata. Lepas tu ngadu dengan En. Husband yang berat dah naik.

Tinggal yang ni je. Yang lain balik umah mak mentua katanya. Erna bila lagi? Tahun depan InsyaAllah.

Bertiga lagi. Sudah pasti.

Ada dara dan ada bini orang. Carilah mana anak dara dan bini orang? hahaha

Tak sangka mereka datang malam tu. Ni geng-geng ex-5J1. Ada lagi tapi yang ni aktif dari raya pertama sampailah raya ketiga. Muka ni tetap ada....hahaha


Raya Kedua.
En. Husband sampai kampung semula pada Raya Kedua. He did his job for 24 hours. Itulah pengorbanan Imigresen yang orang tak nampak selama ni. Yang orang nampak Imigresen tak melakukan tugas tapi sebaliknya mereka tidak tahu apa yang Imigresen lalui. Yes, Suami saya adalah seorang Imigresen. I know very well about his Job. What he do for our country.

Raya Kedua, barulah kami dapat beraya bersama. Berwarna sedondon dan bergambar bersama. Tak kisah pun orang lain bergambar awal sebab kami akan tetap ada memori bersama. Tak apa En.Husband, InsyaAllah tahun depan kita balas balik yek. Hihihi...


Kita orang baru dapat pakai baju sedondon. Sadis tak?

Apa? Abang  dah tak nak pakai baju melayu warna peach tu lagi? Sampai hati....(nangis)


Ini kisah Erna di Hari Raya pertama dan Kedua. Bagaimana yang Ketiga dan Keempat?

Selamat Hari Raya!!!!!!!





Share:

4 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^