Company Iftar di MELETOP Steamboat & Grill

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.

Sekelip mata je, kita sudah menginjak ke 22 Ramadhan. 10 malam yang terakhir. Cepatnya masa berlalu.

Ok, semalam company Erna ada buat majlis berbuka puasa. Kali ni, staf boleh bawak family untuk berbuka puasa bersama-sama. Destinasi berbuka adalah di Meletop Steamboat and Grill di Pulai Jaya, Johor.

Alhamdulillah, kali ini En.Husband dapat ikut serta majlis berbuka sebagai suami. Ikutkan, En.Husband tak dapat ikut sebab dia kerja. Memandangkan semalam dia PT kerana menyertai pertandingan azan untuk program pasukan Imegresen. Tak mengapa tak menang ye En.Husband, bukan rezeki tapi rezeki kita di petang hari.

Alhamdulillah, memang meletoplah tempatnya. Beraneka makanan ada. Yang bestnya ada kambing golek. Best giler. Banyak makanan laut yang dihidangkan, perapan ayam, daging dan kambing pun berbagai. Sayur yang boleh dikatakan meriah. Dan ketika itu ada nasi berani.

Erna tak dapat nak amik gambar makanan dekat-dekat. Memandangkan kawasan tempat makanan penuh sesak dengan pengunjung, kita guna gambar dekat facebook mereka jelah. 

Ada menu istimewa sempena Ramadhan ni tau. Harga tetap sama. Sampai 15 Julai je. Lepastu mereka tutup untuk cuti raya yek.

Memang meletop habislah

Ini baru sedikit yek. Kat dalam belum tengok lagi. Kat luar ni penuh dengan mereka yang berbuka puasa. Sebab tu kene buat tempahan dulu. Kalau tak, melepaslah korang.

Terkejut ke apa Choi Wan qi ni? Jangan risau, orang tak marah. Makan je...Hahahaha

Majlis ni juga sempena farewall for Yek Bai Wang. Semalam tu hari terakhir die buat intership di company kite orang.


Muaz, makan duduk yek. Tak baik makan berdiri.

Aunty, angry bird mana? 
Anak-anak staf. Meriah sebab budak-budak ni ada.

Apa yang korang mintak dengan aunty Winnie tu.?

My favorite, Kupang. Nyum...nyum...

Kenyang ye En.Husband.


Jadi, kalau korang yang berada di Johor Bahru boleh mencuba di Meletop Steamboat and Grill ni. 

MELETOP STEAMBOAT & GRILL
Alamat : No 55, jalan perdana 4Taman Sri Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai, Skudai, JB
Whatapp/ Call : 013-744 8634

Sebelum korang nak pergi tu, jangan lupa buat tempahan yek. Memang penuh beb. 

Pasti korang kenyang. Jumpe lagi!!!








Share:

2 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^