My Wedding Part 6 : Majlis Wlimatururus Anak-anak En.Din dan Pn.Lina

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. :)

Nikah Erna selesai lebih kurang pukul 10 lebih. Erna nikah dalam pukul 9 pagi. Selepas tu, semua litang-pukang nak bersiap untuk majlis seterusnya. Mak dan ayah sudah mula sibuk dengan jemputan yang hadir.

Oh yek, tema mak dan ayah untuk majlis ini ialah merah menyala. Khemah pun merah hitam. Orang kata, garang sungguh. Tapi menyerlah. Tak kisah lah mak, janji orang boleh duduk makan kan. Erna dan adik Erna cepat-cepat bersiap sebab majlis sanding pukul 12.30 tengah hari. Memang awal giler. Ada sebab mengapa ayah dan emak Erna mempercepatkan majlis sanding. Sebab, boleh selesai awal.

Alhamdulillah, Tak putus-putus orang datang dan Alhamdulillah, majlis selesai dengan jayanya.

Juadah untuk jemputan dan tuan rumah sendiri ialah NASI MINYAK. Siapa lagi yang masak kalau bukan nenek kita dan kawan-kawannya. Kawan-kawan pun adik-beradik nenek sendiri. Ini adalah sebahagian lauk yang dimasak oleh nenek and the geng.

Simple creation. Tidak terlalu  gah sebab ruang kecik. Tambahan pula, ada dua pengantin. Warna pilihan sendiri. Pihak bridal yang suruh kita orang pilih warna, kita orang pun pilih lah...Hahaha

Sebahagian proops dan goodies bag untuk tetamu.

Mereka yang menjayakan majlis walimatururs.

Jangan keras sangat En.Husband-En.Husband. Tegak sikit berdiri.

-Orang kata ini dikatakan adat. Siap dengan berkompang segala bagai. Pada pendapat Erna, ini suka-suka dan ini adalah warisan melayu yang kurang mendapat tempat di hati remaja masa kini. Jika ada kompang, mereka yang di gelar Gen Y akan tahu dan kenal warisan kompang.- Jauh mukadimahnya. Ayah sanggup mencari kompang sampai ke air tawar. Nasib baik jumpa. Lepas tu, ke mana tah mereka kene pergi. Tulah sebabnya mengapa majlis sanding bermula pukul 12.30 walaupun lewat 10 minit je.

Majlis kahwin di Johor wajib ada tol ok. WAJIB. Bukan apa. Suka-suka. Bukan Tol Plus tu yek. Ni tol kahwin. Kalau ikut cara orang tua-tua, siap ada tukang karut lagi. Berbalas-balas pantun. Lepas, bukan sikit tol yang die orang pasang. Banyak. Tapi, majlis Erna just pasak 3 tol je.

Layanan VVIP daripada emak dan ayah.Marvelous!!!

Tepung tawar tapi baling bunga rampai je.

Iniah keluarga besar Erna. Dua orang sudah selesai. Tinggal sorang je lagi.

Ini pula keluarga Mentua Erna.

Ini keluarga besan mak ayah a.k.a keluarga mentua adik Erna.

Makan damai.
Sebahagian ahli keluarga Erna yang lain.

Sahabat handai adik Erna, Ika.

Sebahagian Sahabat Handai Erna dan En.Husband.

Pasukan Imegresen pun turut diundang. Tak sangka.Lepas penat bekerja terus sahaja ke majlis kami. Mereka ini adalah sahabat En.Husband




Terima kasih tidak terhingga kepada ahli keluaga kami terutamanya nenek dan atuk, adik beradik emak dan adik beradik ayah. Syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa menolong antara satu sama lain.

p/s: Gambar-gambar ni semuanya daripada OrangKite Photographer.

Continue to part 7...




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^