BBQ Bersama Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Saya memang suka buat cerita yang tertunggak. 30/04/2014(Rabu) yang lepas, malam ambang Hari Pekerja tu, keluarga belah ayah saya ada buat makan-makan. Bakar ayam, bakar ikan, bakar daging, bakar ketam, bakar yang boleh dimakan. Sangat-sangatlah meriah. Sebenarnya, hari tu saya kerja. Lepas kerja, saya dan en. tunang terus shoot balik kampung semata-mata nak makan semua-semua tu. En. tunang? Oh! Dia tak kerja. Off day untuk 2 hari. Hari jumaat dia sambung balik kerja.

Sampai-sampai je, masing-masing dah sibuk membakar. Fuhh, nasib baik jalan tak sesak. Smooth je. Tiada halangan daripada lori-lori gaint. Laju je en.tunang bawak. Macam pelesit. Hahaha.. Sabar ye en.tunang. Dah sampai tu, apa lagi, saya siapkan diri, baru join dengan mereka-mereka semua.

Amboi, makan macam nak menjamu 100 orang makan. Apa taknya, ayah kata masing-masing ada sumbangkan bahan mentah. Sebab tu menu banyak lorrr. Saya paling kenyang sebab en.ketam ada. Akhirnya, dikau dapat ku terkam en. ketam. Wahaha...Tak tahulah nak cerita macam mana lagi.


Dunia mereka. Berdua lebih baik. Bahaha...haruslah botak, haruslah cantik, mainlah puas-puas selagi hayat dikandung badan.Hihihi.

Bila adik-adik saya semua ni dah jumpa kamera, baik prince mahupun princess.

Nampak tak! Nampak tak! Masyuk !!

Masaklah oit...Hangus kang.




Nilah adik-adik ku yang pantang jumpa kamera. Turun temurun.


Ada cerita disebalik nak amik gambar ni. Sorok-sorok kot. Lepas masing-masing kenyang, mulalah nak duduk bersandar. Lepas tu Mak uda ke mak, tak pasti suruh amik gambar bapak-bapak bersandar kekeyangan. Tap,  boleh pulak terselit si bujang. En.tunang, bila nak amik bahagian?

Nampak tak muka puas hati melahap ketam? Sila abaikan sebiji di pipi tu.

4 ekor ketam ini, saya yang punya. Bahahaha...

Alhamdulillah, didikan arwah tokyah, kami masih lagi buat makan-makan bersama, berkampung bersama-sama. Hikmah tinggal berdekatan. Masih tidak tengelam, walaupun arwah tok yah tak ada. Seronok bila makan ramai-ramai ni. Cuma, kekurangan seseorang. Adik saya yang tengah lelah di PLKN. GAMBATE!! adik tinggal lagi 3 minggu je lagi.

Oklah, sampai sini je kite ketemu. Jumpa lagi di cerita yang akan datang. Terima kasih membaca.


*Kredit kepada adik-adikku yang sudi sedekahkan gambar-gambar ni. Choiii!!!!



Share:

3 comments

  1. bagus bagus buat makan, gather gather macam ni....kena ada sikap kerjasama dan sporting. Bukan mudah nak kumpulkan adik beradik yg ramaikan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Dlm ramai-ramai tu, kene ada sorang yang mengerakkan semua agenda. Baru berkesan. Kira macam leader. Alhamdulillah, masih kekal.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^