Ilmu Dan Restu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Sekarang ni, semua orang duduk busy tentang penenmpatan pengajian ke IPT, Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6(Pra U) atau mana-mana sahaja. Bahkan keluarga saya sendiri. Saya nak buat apa, jiwa dah kerja. Zaman belajar dah habis dah. Ohoiii!!!! Apa yang dah habis? Ke mana sahaja kita pergi, kita tetap belajar. Ilmu tidak pernah habis ok.

Kini giliran adik-adik sekalian untuk menuntut ilmu sehingga impian korang tercapai. Bagi yang berjaya menempatkan diri kemana-mana sahaja pusat pengajian, tahniah diucapkan. Tapi, bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa yek. Perjalanan masih jauh. Banyak peluang sekarang ni. Tingkatkan usaha.

Tapi, korang mesti ada dilema nak buat keputusan kan? Mesti punyalah. Mesti ada yang dapat jauh-jauh tapi ibubapa tak bagi. Ada pulak tu dapat yang dekat, tapi hati nak jauh-jauh. Ada pulak tu dapat kos yang kita betul-betul tak suka. Ada pulak tu, korang berpuas hati apa yang korang dapat tapi ada pulak kekangan kewangan. Kan??????

Dilema bagi individu yang dapat penempatan pengajian lagi tinggi daripada delima bagi individu yang tidak berjaya meneruskan pembelajaran. Ingatlah adik-adik, ilmu Allah ini sangat luas. Luas yang kita tak dapat dikira menggunakan tangan. Kalkulator pun tak mampu mengira. Luas yang hanya Allah sahaja tahu.


Allah berkata  dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud: 
"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

Maknanya, makin kita korek ilmu makin berkembang ilmu yang kita perolehi. Tidak semestinya, apa yang ilmu yang korang inginkan tidak semestinya itu yang korang dapat, sedangkan banyak lagi ilmu yang korang boleh perolehi. Jangan terlalu memilih ilmu, sedangkan Allah telah curahkan ilmu yang banyak pada kita sehinggakan kita tidak mampu untuk memikulnya.

Dalam masa yang sama, restu ibubapa menuntut ilmu itu perlu tau. Bahkan, jika korang dapat melanjutkan pengajian ke University Oxford tapi ibubapa tak bagi tapi korang pergi juga, sia-sia je ilmu yang korang dapat. Tanpa restu ibubapa sia-sia je. 

Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata :

Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w (untuk berjihad) lalu baginda bertanya. " Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?"
Dia menjawab, "Ibubapa aku." Rasulullah bertanya, " Adakah mereka meberi izin kepada engkau?" Dia menjawa, "Tidak."

Rasulullah bersabda, " Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka menginzinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak), maka berbuatlah baik kepada mereka berdua." [1]

Ini bukan setakat kes jihad je, menuntut ilmu atau pergi mana-mana tanpa keizinan ibubapa, makanya sia-sia sahaja yang kita buat. Keberkatan usah cakaplah kan. Saya pernah rasai apa yang saya lakukan. Ianya bukan sahaja ingin sambung pengajian sehingga peringkat Master, tetapi termasuk kerja jugak.

Selepas tamat pengajian saya dalam Sarjana Muda, saya dan kawan-kawan saya bercadang untuk sambung pengajian kami sehingga ke peringkat Sarjana (Master). Master kot!!!!! Siapa tak nak. Keluar je, rasa gah je ada sijil Master. Tapi itu hanya sijil je kan. Zaman sekarang, semua orang cari skill (kemahiran). SKILL Kak Kiah oit!!!! Sijil tu tengok sebelah mata je. Sekarang ni saya terasa susahnya nak cari kerja. Alhamdulillah, kita dah dapat kerja ok. Setahun suku dah kerja. Setahun suku? Sepadan dengan apa yang saya belajar.

Jadi, kami plan nak kerja part time. So, kami mohon kerja kilang Fujitsu, sebelah universiti (UTHM) . Jiran ok.  Saya pun bagitahu mak dan ayah yang saya nak kerja part time dan bincang dengan mak dan ayah tentang perancangan saya nak sambung Master. Saya tahu mak dan ayah saya seperti berat hati nak bagi kami sambung pelajaran. Duit lagi nak pakai kan. Pastu, mak dan ayah saya kata, kerja kilang tak sesuai dengan saya
(ini bukan nak pandang jelik ok. Cuma bagi seorang ayah ianya tak sesuai dengan saya yag banyak kerenah). Tapi, saya degil. Saya nak jugak sambung. Saya nak juga kerja part time kat kilang Fujitsu tu. Mak dan ayah saya mengalahlah jugak. Tapi saya tahu mak dan ayah saya tak setuju dengan keputusan saya. Dan saya teruskan rancangan saya. 

Apakan daya, saya kerja kat Fujitsu tu tak sampai seminggu. Saya rasa terbeban, saya rasa teruk sangat. Saya berdoa dan mohon bantuan daripada Allah, adakah keputusan saya tepat. Saya rasa hati saya semakin jauh dengan keputusan yang saya buat. Akhirnya, saya berbincang semula dengan mak dan ayah saya sambil nangis-nangis (tak malu nangis. Dah besar gong dah. hihihihi). Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Alhamdulilah, selepas pulang ke kampung. Hati saya tenang.

Tentang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana tu, saya dah berbincang lama dah dengan mak dan ayah saya, serta fikir punya fikir, saya buat keputusan untuk kerja sahaja. Bagi peluang kepada adik-adik saya.  Alhamdulillah, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil sebab ianya mampu memberi kegembiraan dan kesenangan kepada mak dan ayah saya. 

Justeru, restu ibu dan ayah itu perlu ye adik-adik sekalian yang bakal melanjutkan pelajaran. Walaupun, ibu bapa kita tidak izinkan melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih jauh, kita jangan terlalu kecewa dengan keizinan mereka. Mereka bukan tidak bagi tapi mereka memikirkan kebarangkalian yang mungkin tidak sesuai dengan adik-adik. Jadikan ianya suatu tekad yang adik-adik akan lebih berusaha. Ibu bapa akan tetap doakan kita. Tak kiralah kemana sahaja kita pergi tapi keizinan itu ibarat restu yang yang memberi keberkatan kepada kita. Keberkatan ilmu daripada Allah adalah bermula daripada restu ibubapa kita.

Rasullullah s.a.w bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[2]

Jangan terlalu kecewa, tapi pandanglah ia sebagai satu cabaran. Akan ada hikmah yang akan Allah turunkan kepada adik-adik. Hikmah itu akan datang juga. Percaya kepada Allah. InsyaAllah.

Good Luck kepada semua!!!!! GAMBATE!!!!!!


[1] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – no: 2530 (Kitab Jihad, Bab Berkenaan seorang lelaki yang berperang tetapi tidak  disukai oleh ibubapanya).
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899


Share:

5 comments

  1. Assalamu'alaikum, Saya ada tag kat segmen ni:
    >>>>>LIEBSTER AWARDS<<<<<<<<<
    http://stanzaku.blogspot.com/2014/05/the-liebster-awards-kena-jugak.html

    kalau sudi, jom la jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahaha..tq2...InsyaAllah..nanti saya jawab yek....

      Delete
  2. timm brsetuju! timm sndri pun skng alhmdulillah di tahun akhir pngajian..agak blur nak buat apa lepas ni..rasanya kerja kot..nk mmbyar ptptn tu..aduhai..

    ReplyDelete
  3. tq perkongsian yang baik disini erna...dilema yang anak kak ana lalui sehari dua yang lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm keluarga sye, adik saye yg dilema skrg ni. mak tak bg sbb jauh.. die nak pergi tp tulah sye ckp dgn die apa2 pun restu tu perlu ada.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^