Hasil Daripada Berbudi Kepada Tanah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...
Sepatutnya, saya berjalan-jalan di Terengganu pada 24/05/2014. Niatnya, nak melawat keluarga en.Tunang di sana. Kiranya, saya balik Terengganu bersama en.Tunang. Tapi tu lah, perancangan kita ni, tak setanding dengan perancangan Allah. Perancangan Allah penuh dengan hikmah. Perancangan manusia pula, belum tentu ada kebaikkannya.
Disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa membatalkan perancangan kami disaat-saat akhir. Sadis woii!!!! Sedih tapi tak adalah sampai giler. Ayat dia macam ni " Sedih gile". Bukan-bukan, saya just sedih je. Hahaha... Yelah excited punyalah kan. Akhirnya, tak dapat pergi. En. Tunang saya lagi sedih kot. Dah lama beliau tak balik ke kampung. Duduk merantau di negeri orang. Pastu dapat pulak tu, cik. tunang daripada orang Johor. Jadi, harap bersabarlah ye en. Tunang.
Tapi kesedihan kami dan kekecewaan kami terubat. Selepas bagi tau mak dan ayah saya yang kami tak jadi balik Terengganu, mak pun cakap, "balik lah kampung kat Bukit Raja Darat. Buah mangga banyak ni. Kalau nak balik sini."
Mula-mula, saya malas nak balik. Bukan sebab kecewa tak balik ke Terengganu, tapi saya nak siapkan project terbaru ERFAY' ART WORLD [Klik Sini]. Projek apa tu? Haaa! Nantikan kemunculannya. Tapi, bila fikir-fikir balik, baik saya manfaatkan cuti mingguan saya di kampung. Kampung jugak. Hahahahaha..... So, saya bagi tau en. Tunang dan beliau pun setuju. Bergeraklah kami pulang ke kampung.
Sampai-sampai, mak dan ayah tak ada di rumah. Tinggal Ika (adik no.2) je. Mak dan ayah pergi ke rumah nenek yang jarak antara rumah saya dengan rumah nenek hanya mengambil masa perjalanan selama 1 minit. Dekat kan? Itu jalan kaki lah. Tapi, kalau naik motor, hanya beberapa saat je. Wahahahaha... Hari Raya memang senang. Tak payah pening kepala nak balik mana. *Lupa ke, awak tu yang bakal pening nanti* hahahaha..... So, proses memetik hasil tanaman ayah setelah berbudi kepada tanah di lakukan pada petang hari. * Sebelum ni sebut berbakti kepada tanah, pastu en tunang kata berbudi kepada tanah lah..wahahaha....*
Gigih ayah dan en. tunang kait buah. Kami -kami perempuan ni, duduk lihat je. Wahaha..... |
Yang ini pulak, buah mangga jenis kecil. Mak cakap, kalau dah betul-betul tua, buahnya manis. |
Ini baru sikit cik kiah. Masa first round, penuh satu kereta sorong ni. Yang dalam gambar tu, kutipan untuk second round. |
Misi mengagihkan buah mangga. Kalau kami yang makan, konfirm tak habis Cik Kiah oitt!! Jadi, kita kongsi sedikit bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. |
Ayah dan emak saya ni pandai, sebelum tanam pokok mangga dia orang akan dapatkan biji mangga yang isinya manis dan sedap dimakan. Bila, dia orang berpuas hati dengan buah mangga tu, dia orang akan semai biji mangga tu. Hasilnya, macam sekarang. Entah berapa jenis mangga yang dia orang tanam. Memandangkan kami sekeluarga hanya 5 orang sahaja tambah en. tunang jadi 6 orang, belum tentu buah tu habis. Ada lagi tu. Tak tahulah nak bagi kat siapa pulak. Ayah cakap, tak mengapa. Untuk makan pon. Betullah tu.
Inilah hikmahnya mengapa tak dapat balik ke Terengganu iaitu memetik hasil tanaman selepas berbudi kepada tanah. Jadi, jangan terlalu memandang negatif apabila perancangan kita tidak menjadi. Sebab, Allah dah tentukan kita di mana.
Oklah, jumpa entry yang lain. Terima Kasih membaca.
*******Lagi beberapa hari, adik nak balik daripada PLKN.
4 comments
untung berbudi kepada tanah ni sebenarnya....
ReplyDeletewahhh... banyak nya buah mangga... mmg betul lah, tak rugi klu berbudi pada tanah ni...:)
ReplyDeleteAdudu..ngidam fulak buah mangga. Post cni sikit wawa. Hehe..
ReplyDeleteIsmi Ana nak ke? blh sye poskan beberapa biji.
Delete