Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua... :)
Design kali ini ialah Business Card Al-Hayqal Resources. Perniagaan Al-Hayqal Resources adalah perniagaan kakak Ipar En.Husband. Jadi abang ipar iaitu suami kakak ipar En.Husband minta Erna design Business Card untuk kakak ipar. Design yang sangat simple. Dan yang paling penting, draft disediakan sendiri oleh kakak ipar sendiri. Erna just follow what she did and put the background colour. Warna pun dia orang yang pilih sendiri. Simple je, korang buat draft sendiri, Erna akan design dalam komputer. Atau kedua-duanya sama ada draft dan design dalam komputer.
Berminat untuk memiliki Business Card/Name Card/Kad Nama sendiri dengan harga yang mampu milik?
Korang boleh tempah melalui :
Email :nurernahazwani@gmail.com
*** Erna akan umumkan harga kemudian yek.
Jumpa Lagi!!!!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamaualaikum semua..:)
Erna menerima tempahan business card oleh Ariana Husna Enterprise. Dalam masa yang sama, mereka belum memiliki logo perniagaan. So, Erna menawarkan reka bentuk logo untuk Ariana Husna Enterprise. Alhamdulillah, perniagaan mereka memiliki logo yang super duper cun!!! Business card mereka masih on going..Hahaha macam nuffnang plak.
Berminat untuk memiliki logo perniagaan sendiri dengan harga yang mampu milik?
Erna boleh design untuk korang.
Korang boleh tempah melalui :
Email :nurernahazwani@gmail.com
*** Erna akan umumkan harga kemudian yek.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua..:)
PENGUMUMAN!!!!!!
Universiti Tun Husseion Onn Malaysia (UTHM) ada jawatan kosong di bahagian penjawatan! Apa tunggu lagi...Rebut peluang. Bagi yang berkelayakan untuk menjadi seorang Pensyarah, apa tunggu lagi, mohonlah segera.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web:
Awak tak nak cuba apply ke Erna? Bukan tak nak cuba, tapi tidak mencukupi syarat yang diberi.
Selamat Mencuba!!!!!!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamaualaikum semua. :)
Lagi tentang majlis kahwin Erna dan adik Erna. Ingatkan dah habis dah. Padahal Raya masih lagi berjalan. Syawal terus meriah. Ceritanya bukan panjang lebar pun. Cuma nak habak sikit je. Masa majlis kahwin kami tu, Erna buat sendiri Buku Tetamu/Guest Book [Klik Sini]. Begitu juga dengan proops yang berada atas meja dan di gunakan untuk bergambar. Asalnya suka-suka tapi memang suka-suka pun. Proops mudah dan simple je. Tapi begitu bermakna.
 |
Salah satu proops yang di hasilkan.(Gambar diambil oleh OrangKite Photographer) |
 |
Proops siap berbatang. |
 |
Proops yang belum berbatang |
Berminat untuk tempah proops custom made untuk kesemua majlis dengan harga yang mampu korang miliki? Kita buat pakai tangan je ni. Memangla tangan. Tak kan mulut. hihihi
Korang boleh tempah melalui :
Email : nurernahazwani@gmail.com
*** Erna akan umumkan harga kemudian yek.
Jumpa lagi!!!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
Fair & Lovely berwajah baru? Biar betul?
Puan akak oit!!! Fair & Lovely dah lama berwajah baru. Baru tau ke?
(Malu sudah)
Bukan jakun. Selalunya memang tak ambil peduli pun. Al-maklumlah, kita pengguna Safi. Tapi kan, sebelum menjadi pengguna Safi, peroduk pertama yang Erna guna masa zaman remaja dulu adalah Fair & Lovely. Memang berkesan. Nak kata cerah tu tak adalah sampai cerah melangit tapi memang nampak putihlah.
Masa tu, kita ikut mak punya penggunaan produk. Kalau mak guna produk Safi, Safilah yang kita guna. Dulu pun mak guna Fair & Lovely cream je. Pencucinya tak ada. Sebab masa tu Fair & Lovely ada produk cream pencerahan tu je. Ye ke? Ke ada je yang lain. Tapi sekarang, korang jangan risau daripada pencuci muka sampailah ke BB Cream. semua ada.
Produk Fair & Lovely sekarang ni boleh dikatakan sebagai rawatan kepada kulit bermasalah. Bukan sahaja nak memutih dan mencerahkan je malah, untuk kulit 30's pun ada produknya.
 |
Fair & Lovely Advance Multi Vitamin. Krim inilah yang kita guna. Ini krim pencerah. |
 |
Fair & Lovely Multi Vitamin Face Wash |
 |
Fair & Lovely Forever Glow |
 |
Fair & Lovely BB Cream |
Habis tu kenapa tak guna je Fair & Lovely ni? Hihihi...tak semua produk sesuai dengan kulit kita. Memang berkesan untuk mendapatkan kulit cerah, tapi bukanlah 3 hari terus jadi cerah yek. Cumanya, kulit kita cepat berminyak. Jadi, terpaksalah menghentikan penggunaan produk Fair & Lovely. Bagi yang bersesuaian dengan produk Fair & Lovely ni, baik anda teruskan yek.
Selamat Mencuba!!!!!
Bismillahhirahmannirrahim.
Assalmaualaikum semua..:)
Kembali semula dengan segmen seterusnya untuk bulan Ogos dan September. Mudah je segmen dia. Tak susah mana pun.
**********
Syarat-syarat penyertaan:
1) Follow blog Nuha
2) Follow Google+ Hayati Hanisah
3) Follow instagram Rakan Penyusuan Susu Ibu
4) Buat satu entry bertajuk "SEGMEN PENCARIAN SENARAI BLOG BULAN OGOS DAN SEPTEMBER OLEH NUHA".
5) Sertakan banner di atas di dalam entry anda dan linkkan ke entry ini.
6) Tinggalkan link entry tersebut di ruang komen entry ini.
Segmen ini berlangsung dari jam 12:00 tengahari 27 Julai 2015 dan akan tamat pada 11.59 pagi 28 Julai 2015 (24 jam).
**********
Mudah je kan. Apa lagi, jomlah kita support segmen blogger Nuha ni.
Jumpa lagi dan selamat mencuba!!!
Bismillahirrahamannirrahim..
Assalamualaikum semua.. :)
Raya Ketiga Erna serba ringkas. Erna beraya di kampung selama tiga hari. Petang Raya ke-3 Erna dan En.Husband bergerak pulang Ke Johor Bahru sebabnya keluarga mentua Erna akan beraya bersama kami Di Johor Bahru.
Serius, pada mulanya agak terkejut jugak bila En.Husband bagi tahu yang emak dan ayah mentua Erna akan beraya di rumah kami pada raya ke-3. Jadi, sampai je di rumah, terus kami kemas apa yang patut. Alhamdulillah, rumah kami ada 3 bilik. 1 bilik memang khusus untuk keluarga kami datang ke rumah kami.
Nasib baik jugaklah Erna dah pulun kemas rumah sehari sebelum balik kampung. Tak adalah penat sangat.
 |
Raya Ke-3: Malam tu, selepas mak dan ayah mentua serta adik ipar sampai, kami pergi beraya ke rumah pak long dekat taman daya tu. Kat sana punyalah pulun makan dengan lontongnya. Lepas tu, pak long ajak makan Durian dekat Pandan, Nasib baik tak sesak sangat kat sana. Dapat jugak parking kereta. |
 |
Nampak tak isi dia. Memang marvelous!!! Bila kopek, mak datuk , bau dia menusuk ke jiwa. Masalahnya, Erna ni boleh pulak tak boleh bau durian. Masa kecik-kecik, 3 biji pun boleh melantak sorang-sorang. Lepas kahwin. Adoyai, tak boleh langsung bau durian. Tapi, syukur lepas raya ni, bau durian dah dapat balik. Erna dah melantak sebiji Durian. |
 |
Muka puas hati dapat makan durian. |
 |
Raya Keempat pulak, petang tu kami pergi jalan-jalan ke AEON Tebrau. Sebelum tu, kami ada jumpa anak buah abah dan emak, anak mak busu. Lepas tu baru berangkat ke AEON Tebrau. Masa ni, En.Husband tak ada. Dia kene kerja. Jaga pintu negara. |
 |
Pizzalah kita kan. Kenyang sudah... |
Ini adalah raya kami yang sederhana. Tahun pertama kami berdua sambut raya sebagai suami isteri. Walaupun sederhana dan En Husband terpaksa kerja di Hari Raya Pertama, tapi kami tetap boleh beraya bersama kedua-dua belah keluarga.
Tahun depan kita pulun Raya ye En Husband.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!
Mohon maaf jika kita ada silap dna salah dalam penulisan dan perkongsian ye. Kososng-kosong!! :)
Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalmualaikum semua! :)
Seboleh mungkin Erna nak update design atau custom made yang Erna buat. Ada lagi beberapa design lagi dalam simpanan tapi belum berupdate.
Ok, kali ini Erna reka guest book custom made untuk majlis perkahwinan kami adik-beradik. Memang tak tempah. Buat je. Mula-mula nak beli je tapi macam hati berbelah bagi. Nasib baik En.Husband bagi support. Hati menjadi kuat untuk buat sendiri. Akhirnya, Erna teruskan jugak.
Tema warna bagi kedua-kedua buku ini adalah sama. Bezanya hanyalah nama pengantin. Warna pilihan adalah merah + coklat untuk muka surat depan dan muka surat belakang. Untuk bahagian dalam pula adalah warna hitam.
Berminat untuk tempah guest book custom made untuk kesemua majlis dengan harga yang mampu korang miliki?
Korang boleh tempah melalui :
Email : nurernahazwani@gmail.com
*** Erna akan umumkan harga kemudian yek.
Jumpa pada design seterusnya!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
Sempena Raya kali ini, Erna nak sangat buat kuih raya. Yang senang pun tak pe. Janji adalah usaha untuk buat kuih raya. Nak merasa perasaan emak Erna ketika buat kuih raya. Kuih pertama yang Erna buat ialah POPIA NESTUM. Senang je. Tak susah.
Bahan-bahan :
1. Kulit Popia
2. Nestum
3. Horlicks / Susu tepung
4. Gula
5. Air
Cara-cara :
1. Gulung kulit popia dan guting serong. Gunting tu ikut cara koranglah nak macam mana. Air tu pulak sebagai bahan pelekat. Ada setengah orang pulak guna tepung jagung atau putih telur untuk melekatkan di hujung kulit popia.
2. Kemudian, gorengkan kulit popia. Letak ke tepi yek.
3. Selesai mengoreng kulit popia, blend kan Nestum, Horlicks dan gula . Erna guna Horlicks. Tak guna susu tepung. Ada sesetengah orang guna Susu Tepung. Ada sesetengah orang guna Horlicks dan susu tepung. Tapi En.Husband tak nak susu tepung. Jadi Erna lebihkan Horlicks daripada gula. Tak ada sukat-sukat. Pakai Blend je.
4. Kemudian, barulah campurkan dengan kulit popia. Selesai. Boleh dihidangkan ketika raya nanti.
Jumpa lagi..