Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.
*PERINGATAN sebelum membaca : Post kali ni panjang ye kawan-kawan. Lama sangat tergendalannya.
3 tahun yang lalu, saya mengalami angin sendawa tanpa henti. Bayangkan sendawa tanpa henti. Penat!! Lepas tu, kaki dan tangan jadi sejuk sirap. Masa itu, saya berada dalam pengajian tahun 2 di UTHM. Dan ketika itu juga, saya bersama rakan-rakan tengah study. Bermula hari itu, angin terus melekat dalam badan. Bila angin terlalu banyak, mulalah sendawa tak henti-henti dan kepala sangat berat.
Tapi, apa kene mengena GERD dan gastrik ni? Disebabkan angin inilah, saya berterusan menghadapi keluarga angin puting beliung ni. Apabila angin ni menyerang dalam badan saya sampai ke kepala, saya akan sapu minyak atau pun mencari orang yang boleh mengurut saya. Jika berada di kampung, emak saya akan menjadi sasaran saya untuk tarik ubun rambut dan urut badan. Best wo! ringan je badan. Awak kene belajat urut mengurangkan anginye en.beliau.ngeh..ngeh...
Tapi.....Kerana angin inilah baru saya tahu yang saya ada satu penyakit yang tak pernah saya dengar. GERD. Ya GERD. Tahun lepas, apabila angin menyerang kembali, saya di bawa ke Poliklinik Penawar, Taman Universiti, Skudai. Doktor kata, kemungkinan saya ada gastrik, jadinya beliau bagi saya ubat gastrik. Sedangkan saya tak penah rasa sakit perut. Tapi, bulan 6 tahun lepas, saya semakin kerap sendawa dan muntah segala makanan selepas makan. Saya tak berdaya langsung dan en. beliau terus bawa saya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
The that time, I know that I have GERD. GERD dan gastrik berlainan penyakit. Gastrik ada kaitan dengan perut manakala GERD berlaku di esofagus dan asid dari perut naik ke esofagus. Seumpama sakit ulu hati. Tak faham lagi? Ok..Jom kita kenali GERD. (Amboi, panjangnya mukadimah..ngeh2...).
Apa itu GERD? GERD adalah singakatan bagi Gastro-Esophageal Reflux Disease. Ianya juga dikenali sebagai refluks gastroesofageal. Dalam perut kita ada asid untuk membantu dalam proses pencernaan makanan. Jika kita tak makan, asid akan menghakis dinding perut. Dalam kes saya, asid yang berlebihan dalam perut akan melimpah ke esofagus iaitu saluran makanan. Antara perut dan esofagus, terdapat satu injap yang menghalang asid atau makanan dalam perut melimpah semula ke esofagus. Jika berlaku, refluks asid berlaku dari perut ke esofagus, ianya menunjukkan bahawa injap tersebut menjadi lemah. Disebabkan itu, kita mungkin mengalami pedih ulu hati.
Simptop yang mungkin memberi bayang kepada kita adalah :
Jadi, ketika saya berada di HSA, doktor menerangkan benda yang sama. Sebelum mengenal pasti punca sebenar penyakit saya, saya di diagnosis dengan cara memasukkan kamera dalam badan melalui mulut. Lupa dah nama dia. Mereka dapati terdapat luka kecil dan sedikit kuman dalam esofagus. GERD masih berada di level 1. Maknanya penyakit saya masih boleh dirawat.
Kemudian, doktor menyarankan kepada saya untuk mengurangkan pemgambilan makanan pedas, kekacang, makanan bersantan dan minuman berkafein dan bergas. Selain itu, saya diminta untuk mengurangkan kuantiti makanan tetapi mengambil dengan kerap. Maksudnya, makan sikit tapi banyak kali.
Selepas dua bulan, saya perlu dikehendaki melakukan check-up di HSA untuk memastikan simptom semakin berkurang. Sehingga kini saya melakukan rutin check-up 2 bulan sekali dan berharap akhir bulan 3 adalah check-up yang terakhir. Aminnn...Kadangkala, saya masih mengalami muntah, terasa pahit di dalam mulut, sendawa dan pedih ulu hati. Pernah satu hari itu, selepas makan saya muntah balik makanan yang telah di makan. Syok punya pasal, kan membazir namanya.
Alhamdulillah, simptom semakin hilang dan saya boleh makan makanan yang saya inginkan. Tetapi masih ada had dan limitnya. Apa yang saya lakukan? Saya menahan diri saya daripada mengambil makanan yang pedas terutamanya masakan asam pedas dan masak lemak cili padi..Best! terliur wo.... Tidak minum air bergas, kadang-kadang ada jugak ciloknya, tidak mengambil makanan santan..dan mengurangkan minum air nescafe..hahaha....Tapi sekarang, semuanya dah telan cuma ada limitnya.
Untuk pengambilan ubatan pula, pada awalnya saya mengambil ubatan daripada pihak hospital. Kemudian, saya berhenti dan ambil Habatus Sauda. Alhamdulillah, berkesan, Agin semakin berkurang. Saya juga pernah mengambil HERBALIFE. Supliment untuk pencernaan dalam badan. Usaha en.beliau untuk saya. Saya juga melakukan urutan daripada emak saya. Terima kasih emak ayah, terima kasih en. beliau.
Setiap penyakit yang Allah datangkan adalah suatu dugaan dan hadiah buat kita. Dan saya menerimanya dengan ikhlas. Ketika saya berada di HSA, ramai lagi yang menghidapi penyakit yang lebih bahaya daripada saya. Justeru, saya teruskan kehidupan normal saya untuk terus berada dalam keadaan sihat untuk orang yang saya sayang. GAMBATE!!!!
Rujukan :
1. http://ms.yourwebdoc.com/acidreflux.php
2. http://bernama548.blogspot.com/2011/07/angin-asid-berlebihan.html
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm
4. http://dara.karangkraf.com/chanteq/pedih-ulu-hati-jangan-ambil-mudah-gerd-1.125098
5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0831&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
*PERINGATAN sebelum membaca : Post kali ni panjang ye kawan-kawan. Lama sangat tergendalannya.
3 tahun yang lalu, saya mengalami angin sendawa tanpa henti. Bayangkan sendawa tanpa henti. Penat!! Lepas tu, kaki dan tangan jadi sejuk sirap. Masa itu, saya berada dalam pengajian tahun 2 di UTHM. Dan ketika itu juga, saya bersama rakan-rakan tengah study. Bermula hari itu, angin terus melekat dalam badan. Bila angin terlalu banyak, mulalah sendawa tak henti-henti dan kepala sangat berat.
Tapi, apa kene mengena GERD dan gastrik ni? Disebabkan angin inilah, saya berterusan menghadapi keluarga angin puting beliung ni. Apabila angin ni menyerang dalam badan saya sampai ke kepala, saya akan sapu minyak atau pun mencari orang yang boleh mengurut saya. Jika berada di kampung, emak saya akan menjadi sasaran saya untuk tarik ubun rambut dan urut badan. Best wo! ringan je badan. Awak kene belajat urut mengurangkan anginye en.beliau.ngeh..ngeh...
Tapi.....Kerana angin inilah baru saya tahu yang saya ada satu penyakit yang tak pernah saya dengar. GERD. Ya GERD. Tahun lepas, apabila angin menyerang kembali, saya di bawa ke Poliklinik Penawar, Taman Universiti, Skudai. Doktor kata, kemungkinan saya ada gastrik, jadinya beliau bagi saya ubat gastrik. Sedangkan saya tak penah rasa sakit perut. Tapi, bulan 6 tahun lepas, saya semakin kerap sendawa dan muntah segala makanan selepas makan. Saya tak berdaya langsung dan en. beliau terus bawa saya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
The that time, I know that I have GERD. GERD dan gastrik berlainan penyakit. Gastrik ada kaitan dengan perut manakala GERD berlaku di esofagus dan asid dari perut naik ke esofagus. Seumpama sakit ulu hati. Tak faham lagi? Ok..Jom kita kenali GERD. (Amboi, panjangnya mukadimah..ngeh2...).
Apa itu GERD? GERD adalah singakatan bagi Gastro-Esophageal Reflux Disease. Ianya juga dikenali sebagai refluks gastroesofageal. Dalam perut kita ada asid untuk membantu dalam proses pencernaan makanan. Jika kita tak makan, asid akan menghakis dinding perut. Dalam kes saya, asid yang berlebihan dalam perut akan melimpah ke esofagus iaitu saluran makanan. Antara perut dan esofagus, terdapat satu injap yang menghalang asid atau makanan dalam perut melimpah semula ke esofagus. Jika berlaku, refluks asid berlaku dari perut ke esofagus, ianya menunjukkan bahawa injap tersebut menjadi lemah. Disebabkan itu, kita mungkin mengalami pedih ulu hati.
Simptop yang mungkin memberi bayang kepada kita adalah :
- Terdapat rasa tidak selesa pada ulu hati. Anda akan merasa panas pada bahagian dada, dari pembukaan perut naik ke bahagian leher dan tekak. Ketika ini berlaku, secara automatiknya anda akan mengusap dada dengan tangan.
- Cenderung untuk rasa mual. Pada peringkat ini, satu cecair berasid akan naik ke tekak dan rasa masam asid ini akan membuatkan anda mahu muntah.
- Sakit dada yang keterlaluan. Ia adalah umpama terdapat sengatan pada dada dan menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.
- Kerap sendawa kerana angin yang ditolak dari perut ke kerongkong.
- Batuk berterusan yang menyebabkan anda kehilangan suara (serak).
- Rasa sebu perut kerana angin berkumpul di dalamnya.
Jadi, ketika saya berada di HSA, doktor menerangkan benda yang sama. Sebelum mengenal pasti punca sebenar penyakit saya, saya di diagnosis dengan cara memasukkan kamera dalam badan melalui mulut. Lupa dah nama dia. Mereka dapati terdapat luka kecil dan sedikit kuman dalam esofagus. GERD masih berada di level 1. Maknanya penyakit saya masih boleh dirawat.
Ada sesuatu dalam cecair tu. Bukti menunjukkan dalam esofagus saya ada kuman..eeeeuuuwwww... |
Kemudian, doktor menyarankan kepada saya untuk mengurangkan pemgambilan makanan pedas, kekacang, makanan bersantan dan minuman berkafein dan bergas. Selain itu, saya diminta untuk mengurangkan kuantiti makanan tetapi mengambil dengan kerap. Maksudnya, makan sikit tapi banyak kali.
Selepas dua bulan, saya perlu dikehendaki melakukan check-up di HSA untuk memastikan simptom semakin berkurang. Sehingga kini saya melakukan rutin check-up 2 bulan sekali dan berharap akhir bulan 3 adalah check-up yang terakhir. Aminnn...Kadangkala, saya masih mengalami muntah, terasa pahit di dalam mulut, sendawa dan pedih ulu hati. Pernah satu hari itu, selepas makan saya muntah balik makanan yang telah di makan. Syok punya pasal, kan membazir namanya.
Kad temujanji dan borang melakukan ultrasound. Ini chek-up untuk kali ke-3 |
Hasil ujian ultrasound. Eh! terscan kipas pula. |
Untuk pengambilan ubatan pula, pada awalnya saya mengambil ubatan daripada pihak hospital. Kemudian, saya berhenti dan ambil Habatus Sauda. Alhamdulillah, berkesan, Agin semakin berkurang. Saya juga pernah mengambil HERBALIFE. Supliment untuk pencernaan dalam badan. Usaha en.beliau untuk saya. Saya juga melakukan urutan daripada emak saya. Terima kasih emak ayah, terima kasih en. beliau.
Ubat yang di tempah khas oleh HSA. Poyo je lebih. |
Bukan untuk kurus je tau. Ini adalah supliment untuk kesihatan. Tapi sekarang tak amik dah. Ongkos tak da. |
Setiap penyakit yang Allah datangkan adalah suatu dugaan dan hadiah buat kita. Dan saya menerimanya dengan ikhlas. Ketika saya berada di HSA, ramai lagi yang menghidapi penyakit yang lebih bahaya daripada saya. Justeru, saya teruskan kehidupan normal saya untuk terus berada dalam keadaan sihat untuk orang yang saya sayang. GAMBATE!!!!
Rujukan :
1. http://ms.yourwebdoc.com/acidreflux.php
2. http://bernama548.blogspot.com/2011/07/angin-asid-berlebihan.html
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm
4. http://dara.karangkraf.com/chanteq/pedih-ulu-hati-jangan-ambil-mudah-gerd-1.125098
5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0831&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
Wrote by ernahazwani