Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.. :)
Hampir genap 3 bulan kami mendirikan rumah tangga. Fuhhh!!!! Baru 3 bulan Erna, belum 3 tahun lagi. Hahahaha....Macam tak percaya je yang Erna ni isteri orang. Aippp!! Marah En.Husband nanti. Hahahaha
Dalam masa 3 bulan, macam-macam benda berlaku dan berkembang sedikit-demi sedikit. Gaduh baik, manis tawar, pahit , masam bucuk semua ada. Adakala roamntik giler-giler. Adakalanya tarik mulut mucung sedepa. Adakalanya jugak gelak manja gitu. Adakalanya jugak gaduh kanak-kanak belum sampai tahap baling kasut. Semuanya dalam masa 3 bulan permulaan.
Dalam masa 3 bulan ni, bersungguh-sungguh memasak segala bagai. Basuh baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, sapu rumah. Semua-semualah. Tapi sekejap je, bila masing-masing dah bekerja, baju sebakul bagaikan juara mengunungnya, rumah sungguh rapi dengan jayanya pada pandangan mata kasar tidak dengan mata halus, kadang-kadang bagaikan satu aura kemalasan menusuk ke jiwa dimana rasa malas nak buat semuanya.
Kadang-kadang tarik muka dengan En.Husband. Kita pi suruh tarik meja, dia pi baring depan tv. Kan mucung sedepa kita bagi. Kadang-kadang juga, En.Husband surug makan ubat tapi kita hanya mengiyakan je, kan dah bagi diam seribu bahasa. Tapi semua tu sekejap je. Nak bermanja dengan En.Husband sendiri. Dalam rumah je pon, bukan dengan orang lain. Hahaha...
Kadang-kadang tu, bila En.Husband
off day, dia akan masak. Ringan sikit beban kita Kak Kiah. Eh! Kak Kiah ada lah. Bertambah sayanglah kita kat En Husband kita Kak Kiah. Tapi kadang-kadang tu dia cuma panaskan lauk yang ada je. Erna dah masak awal-awal pagi. Rajinkan? Rajinlah sangat.
Sepanjang 3 bulan ni jugak, kami sentiasa di rumah. Biarlah orang nak kata bagaikan katak dibawah tempurung. Memandangkan kerja En.Husband menjaga pintu negara dan masa kerja En.Husband tidak sama dengan Erna, jadi bila ade waktu cuti tu serentak, kami lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Kadang-kadang tu balik kampung belah Erna. Kampung En.Husband nun timur sana.
Satu je yang memang Erna nak buat sesuatu untuk En.Husband bila kami dah kahwin (memang dah kahwin pun). Apa dia? Memasak lauk yang En.Husband suka. Ada satu lauk tu kesukaan dia dan Erna berjaya lakukannya iaitu Ayam Masak Kurma. Bangga jugalah bila En.Husband kata sedap. Kembang hidung I ni tau tapi... Ada tapi daripada En.Husband iaitu kene baiki sedikit. Ok tak mengapa, itu baru permulaan.
|
En. Husband ni, orangnya tinggi. Antara adik beradik dia, dialah yang paling tinggi walaupun semua adik beradik dia tinggi. En.Husband orangnya simple. Tak bergaya tapi kemas. Yeke kemas? Mudah jugak dibawa berbincang, tetapi kene ade muncung sedepa dulu baru boleh berbincang. Siapa yang muncung sedepa. Tapi, kalau dia kata kene buat, time tu jugak kene buat. Mana Aci. Time kita mintak, lambat-lambat je. Wajib ada muncung jugak ni. Hahaha...Tetapi dia sangat menjaga, dia tak nak isteri dia sakit sebab isteri dia pernah ada kes masuk hospital sebelum kahwin. |
Well, dalam rumah tangga ni, mahu tidak mahu wajib ada bertolak ansur. Erna je melebihi emosional. Kesian En.Husband. Hahaha...