Assalamualaikum w.b.t......
Hari ini saya begitu tersentuh melihat sebuah kehidupan seorang remaja perempuan yang menghidap 2 penyakit kanser dalam satu masa di You Tube. Bukan simpati yang saya luahkan tetapi kagum dengan semangat remaja ini dikala usia remajanya dihiasi dua penyakit kanser yang berantai.
"Aik, yang dekat Malaysia ni ko tak lihat pulak?"
"Buat apa simpati dengan agama lain. Tak ada faedahnya."
MasyaAllah, tiada bezanya rakyat Malaysia atau rakyat di luar negara. Walaupun perbezaan mereka dengan kita adalah agama. Kita tetap sama. Bermula daripada perut Ibu. Dan perlu kita ketahui bahawa semua manusia baik Muslim(orang Islam) mahupun orang bukan Islam, kita tetap manusia. Manusia dijadikan daripada tanah. Apabila kita mati, kita tetap kembali kepada tanah.
Kembali kepada remaja perempuan ini. Kehidupan remaja perempuan ini yang dipanggil Talia seperti remaja biasa. Bahkan, kehidupannya tiada rasa tergugat. Bahagia dengan keluarganya. Talia dikenali apabila melakukan sesuatu untuk dirinya dengan meghasilkan VLOG. VLOG??? Apa itu VLOG. Senang cerita, VLOG macam BLOG. Bezanya, Blog lebih kepada pendekatan ayat. Manakala, Vlog lebih kepada pendekatan video. Ikut selera masing-masing.
SubahanaAllah, malunya saya. Saya ni sakit sedikit dah rasa macam terbeban, sedangkan budak yang bernama Talia ini, hidup dengan dua kanser tiada rasa terbeban malah lebih ceria daripada yang kita sakit-sakit biasa ini.
Kelincahan dan kepetahan bercakap di VLOG menarik ramai orang di luar sana untuk mengenali siapa dia Talia. Tidak perlu kita ikut apa yang dia lakukan di Vlog. Tetapi kita perlu kuat dan tabah apabila sakit hadir dalam diri kita. Tidak bermakna sakit itu adalah penamat kehidupan. Jika sakit itu datang cuba kita katakan:
"Pak cik Resdung rindu kat saya. Dia datang melawat je."
"Kekasih hati lelah nak duduk seketika. 30 minit je. Along yang benarkan."
Kita perlu ingat, ujian dan kesakitan yang Allah berikan kepada kita bukan kerana Allah tidak sayang kepada kita. Allah terlalu sayang kepada kita. Sebab itu Allah turunkan sakit dan dugaan kepada kita agar kita sentiasa ingat kepada-Nya, sentiasa berdamping dengan-Nya malah sentiasa mencari-Nya dan mengadu kepada-Nya. Allah selayaknya.
Saya juga mengenali seorang sahabat saya ketika berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Nur Syameera atau dikenali Meera atau Mia. 3 tahun saya mengenali Meera. Beliau pernah mengalami tulang belakang bengkok. Tapi kesungguhan dan kecekalan beliau amat saya kagumi. Saya sayang beliau.
Saya ingat lagi ketika kami sibuk menjalankan satu program di universiti. Walaupun beliau dalam keadaan kesakitan, beliau tetap cuba menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab beliau. Bagi beliau tugasan itu penting dan beliau juga tidak pernah merungut. Walaupun saya tidak merasai kesakitan beliau, tetapi saya yakin kesakitan itu sangat perit melihat air mata beliau yang bertandang ke pipi.
Yang buat pis tu Nur Syameera. |
MasyaAllah, kuatnya awak Nur Syameera. Saya sayang awak. Tapi awak bahagia menjalankan tugasan awak dalam program tersebut.
Bukan sahabat saya sahaja. Saya juga mengenali seorang penulis blog. Beliau cekal menghadapi penyakit yang sama dengan sahabat saya,Meera. Walaupun saya hanya mengenali penulis ini melalui penulisan blognya, disebabkan tertarik dengan cara penulisan beliau, saya mengikuti penulisan blognya sehingga kini. Kini beliau bahagia dengan kehidupannya. Bersama dengan kekasih hatinya dan buah hatinya. MasyaAllah, tersenyum saya ketika membaca perjalanan hidupnya. Adakalanya, saya turut mengalirkan air mata. Ini adalah laman blognya -----> http://niqobgirl.blogspot.com/
Orang yang terakhir yang saya kagumi dan paling saya sayangi. Emak saya sendiri. Wanita yang paling cekal dan tabah di dalam kehidupan saya. Emak saya tidak layan penyakitnya, tangannya tetap lincah melakukan sebarang kerja dirumah. Emak saya seorang surirumah. Emak saya seorang ibu yang masakannya sangat holio!!!!!
Emak saya. Itulah emak saya yang dianugerahkan oleh Allah kepada saya dan adik-adik saya. Emak saya tiada tolok bandingnya. Pengorbanan beliau menjaga kami daripada kecil, mengandungkan kami dan membesarkan kami sehingga kami kenal apa itu dunia. Emak saya seorang wanita yang tidak pernah kenal apa itu sakit. Asalkan suaminya dan anak-anaknya sihat hendak-Nya. Itulah emak saya. Bagi emak saya sakit adalah bahagia.
Nielah emak saya...Love you, emak. Jangan cemburu!!! |
Cebisan video yang saya lihat mengenai Talia:
Wrote by ernahazwani