Saya penghidap GERD

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.

*PERINGATAN sebelum membaca : Post kali ni panjang ye kawan-kawan. Lama sangat tergendalannya.

3 tahun yang lalu, saya mengalami angin sendawa tanpa henti. Bayangkan sendawa tanpa henti. Penat!! Lepas tu, kaki dan tangan jadi sejuk sirap. Masa itu, saya berada dalam pengajian tahun 2 di UTHM. Dan ketika itu juga, saya bersama rakan-rakan tengah study. Bermula hari itu, angin terus melekat dalam badan. Bila angin terlalu banyak, mulalah sendawa tak henti-henti dan kepala sangat berat.

Tapi, apa kene mengena GERD dan gastrik ni? Disebabkan angin inilah, saya berterusan menghadapi keluarga angin puting beliung ni. Apabila angin ni menyerang dalam badan saya sampai ke kepala, saya akan sapu minyak atau pun mencari orang yang boleh mengurut saya. Jika berada di kampung, emak saya akan menjadi sasaran saya untuk tarik ubun rambut dan urut badan. Best wo! ringan je badan. Awak kene belajat urut mengurangkan anginye en.beliau.ngeh..ngeh...

Tapi.....Kerana angin inilah baru saya tahu yang saya ada satu penyakit yang tak pernah saya dengar. GERD. Ya GERD. Tahun lepas, apabila angin menyerang kembali, saya di bawa ke Poliklinik Penawar, Taman Universiti, Skudai. Doktor kata, kemungkinan saya ada gastrik, jadinya beliau bagi saya ubat gastrik. Sedangkan saya tak penah rasa sakit perut. Tapi, bulan 6 tahun lepas, saya semakin kerap sendawa dan muntah segala makanan selepas makan. Saya tak berdaya langsung dan en. beliau terus bawa saya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

The that time, I know that I have GERD. GERD dan gastrik berlainan penyakit. Gastrik ada kaitan dengan perut manakala GERD berlaku di esofagus dan asid dari perut naik ke esofagus. Seumpama sakit ulu hati. Tak faham lagi? Ok..Jom kita kenali GERD. (Amboi, panjangnya mukadimah..ngeh2...).

Apa itu GERD? GERD adalah singakatan bagi Gastro-Esophageal Reflux Disease. Ianya juga dikenali sebagai refluks gastroesofageal. Dalam perut kita ada asid untuk membantu dalam proses pencernaan makanan. Jika kita tak makan, asid akan menghakis dinding perut. Dalam kes saya, asid yang berlebihan dalam perut akan melimpah ke esofagus iaitu saluran makanan. Antara perut dan esofagus, terdapat satu injap yang menghalang asid atau makanan dalam perut melimpah semula ke esofagus. Jika berlaku, refluks asid berlaku dari perut ke esofagus, ianya menunjukkan bahawa injap tersebut menjadi lemah. Disebabkan itu, kita mungkin mengalami pedih ulu hati.



Simptop yang mungkin memberi bayang kepada kita adalah :
  • Terdapat rasa tidak selesa pada ulu hati. Anda akan merasa panas pada bahagian dada, dari pembukaan perut naik ke bahagian leher dan tekak. Ketika ini berlaku, secara automatiknya anda akan mengusap dada dengan tangan. 
  • Cenderung untuk rasa mual. Pada peringkat ini, satu cecair berasid akan naik ke tekak dan rasa masam asid ini akan membuatkan anda mahu muntah.
  • Sakit dada yang keterlaluan. Ia adalah umpama terdapat sengatan pada dada dan menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.
  • Kerap sendawa kerana angin yang ditolak dari perut ke kerongkong. 
  • Batuk berterusan yang menyebabkan anda kehilangan suara (serak). 
  • Rasa sebu perut kerana angin berkumpul di dalamnya.
(Emm....sah2 saya kene GERD....angin pun salah satu simptom juga...emmm)

Jadi, ketika saya berada di HSA, doktor menerangkan benda yang sama. Sebelum mengenal pasti punca sebenar penyakit saya, saya di diagnosis dengan cara memasukkan kamera dalam badan melalui mulut. Lupa dah nama dia. Mereka dapati terdapat luka kecil dan sedikit kuman dalam esofagus. GERD masih berada di level 1. Maknanya penyakit saya masih boleh dirawat.


Ada sesuatu dalam cecair tu. Bukti menunjukkan dalam esofagus saya ada kuman..eeeeuuuwwww...

Kemudian, doktor menyarankan kepada saya untuk mengurangkan pemgambilan makanan pedas, kekacang, makanan bersantan dan minuman berkafein dan bergas. Selain itu, saya diminta untuk mengurangkan kuantiti makanan tetapi mengambil dengan kerap. Maksudnya, makan sikit tapi banyak kali.

Selepas dua bulan, saya perlu dikehendaki melakukan check-up di HSA untuk memastikan simptom semakin berkurang. Sehingga kini saya melakukan rutin check-up 2 bulan sekali dan berharap akhir bulan 3 adalah check-up yang terakhir. Aminnn...Kadangkala, saya masih mengalami muntah, terasa pahit di dalam mulut, sendawa dan pedih ulu hati. Pernah satu hari itu, selepas makan saya muntah balik makanan yang telah di makan. Syok punya pasal, kan membazir namanya.


Kad temujanji dan borang melakukan ultrasound. Ini chek-up untuk kali ke-3
Hasil ujian ultrasound. Eh! terscan kipas pula.
Alhamdulillah, simptom semakin hilang dan saya boleh makan makanan yang saya inginkan. Tetapi masih ada had dan limitnya. Apa yang saya lakukan? Saya menahan diri saya daripada mengambil makanan yang pedas terutamanya masakan asam pedas dan masak lemak cili padi..Best! terliur wo.... Tidak minum air bergas, kadang-kadang ada jugak ciloknya, tidak mengambil makanan santan..dan mengurangkan minum air nescafe..hahaha....Tapi sekarang, semuanya dah telan cuma ada limitnya.

Untuk pengambilan ubatan pula, pada awalnya saya mengambil ubatan daripada pihak hospital. Kemudian, saya berhenti dan ambil Habatus Sauda. Alhamdulillah, berkesan, Agin semakin berkurang. Saya juga pernah mengambil HERBALIFE. Supliment untuk pencernaan dalam badan. Usaha en.beliau untuk saya. Saya juga melakukan urutan daripada emak saya. Terima kasih emak ayah, terima kasih en. beliau.


Ubat yang di tempah khas oleh HSA. Poyo je lebih.


Bukan untuk kurus je tau. Ini adalah supliment untuk kesihatan. Tapi sekarang tak amik dah. Ongkos tak da.

Setiap penyakit yang Allah datangkan adalah suatu dugaan dan hadiah buat kita. Dan saya menerimanya dengan ikhlas. Ketika saya berada di HSA, ramai lagi yang menghidapi penyakit yang lebih bahaya daripada saya. Justeru, saya teruskan kehidupan normal saya untuk terus berada dalam keadaan sihat untuk orang yang saya sayang. GAMBATE!!!!

Rujukan :
1. http://ms.yourwebdoc.com/acidreflux.php
2. http://bernama548.blogspot.com/2011/07/angin-asid-berlebihan.html
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm
4. http://dara.karangkraf.com/chanteq/pedih-ulu-hati-jangan-ambil-mudah-gerd-1.125098
5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0831&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm







Share:

22 comments

  1. terbaik sy rae pun mcm nk masuk camera je dlm

    ReplyDelete
  2. Nk tya...sakit x masa msukk kamera dlm perut tu n ada kesan apa2 x

    ReplyDelete
  3. Bahaya gila x penyakit ni..sy dah 3mgu sendawa non stop

    ReplyDelete
    Replies
    1. peringakat awal belum di kategori bahaya tapi kalau dibiarkan boleh jd kanser...betulll....penat kalau sendawa non stop ni...

      Delete
  4. Salam..hai..
    Sy juga penghidap gerd dan Dr diagnose injap esofagus sy lemah dan menyebabkan acid perut naik ke esofagus..sebab tu sentiasa pedih ulu hati..boleh tau berapa lama saudari ambil masa utk pulih yer? Dan sekarang ni ada lg ker simptom2 gerd tu? Terimakasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti nak kate berapa lama...sebab almost 2 years sye ulang alik jumpe pkr untk sahkan tiada masalah lg. Alhamdulillah, sekrang ni sye ok. tp kdg2 terasa msm dan pahit kat tekak. Yg penting kene jge mkn.

      Delete
  5. Assalamualaikum.Kepada sesiapa yg menghidap gerd boleh wasap num hp sy 0128484574 affan. Sy akan add korang dlm grup wasap gerd byk benda blh kongsi.tq

    ReplyDelete
  6. yg masukkan kamera tu org panggil scope. sy pun disahkan gerd. sbelum scope, doc masukkan bius so sy terlelap 2 jam lbih. alhamdulillah tak dak rasa selepas scope. tpi doc ada warning, bg sesetengah org akan experience rasa tak selesa kat tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye pulak masa tu x rase pape...die spray dlm tekak kan? tup2 dgr kate dah selesai....mcm tu je......tp lps tu...berangin je perut...kembung semacam.....

      Delete
  7. assalam sis, nk tnya sy sendawa non stop tu mmg ad smpai tahap skrg sy muntah tnpa henti bila mkn @ minum.. tekak perit sbb sume bnda keluar n badan tak larat..tu simptom gak ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu simptom jgk sis....better g cek....gerd ni ade level die. nasib baik kite masih lg level 1. masih boleh dicegah dan boleh diubat.

      Delete
  8. Salam kalau buat scope tu kena berapa ye? Sebab saya da hampir sebulan asik angin.. Kadang2 angin tersekat kat dada.. Rasa loya.. Tp x muntah.. Smpai kena jolok anak tekak baru angin yg terkumpul kat dada tu keluar.. Tapi memang sakit dada la impact dia.. Sbb angin byk melulu2 keluar.. Sy dah dekat sebulan jugak x kerja ni.. Sbb sakit ni.. Dah pantang makan.. Makan sikit2 tapi kerap dah try halia ngan bawang putih.. Madu pun.. Berurut lagi la.. Hehehehe tp tetap jugak ade angin sendawa ngan kentut.. 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye tak pasti sebab mase tu sye masuk hospital then terus buat skali. jd tak tahu berapa

      Delete
    2. saya buat kat hospital swasta so dalam 1k jugaklah termasuk ubat.

      Delete
    3. Salam..klu nak byk tips utk gerd blh wasap no sy 0128484574 affan sy akan masukkan dlm grup wasap utk gerd

      Delete
  9. assalamualaikum..sya rasa mcm sama je simptom penyakit ni ada pada saya..adakah saudari rasa jantung berdebar masa kena..saya selalu sesak nafas..kena sendawa baru boleh bernafas..adakah saudari rasa seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Selalu je kalau tak sendawa tak boleh bernafas. sebabnya, acid dlm perut dah naik ke bahagian saluran mknan. Boleh di cengah dgn jaga pemakanan

      Delete
  10. Salam..boleh saya dapatkan email? Sbb saya ada anak berusia 4 tahun yg mempunyai sindrom mcmni..sering muntah2 dan selsema.. boleh hubungi saya di fazlinsubakhi81@gmail.com ... saya nak tanye bagaimana proses cik refer ke hsa? Sbb sy xtahu cara utk refer ke pakar hsa.

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum,..saya pun kerap sedawa...rasa nafas pendek dh cek di klinik dan doktor pun sahkan saya ada gerd..tp saya belum pernah ke hospital lg...rasa takut pula...saya tinggal di batu pahat..suami pun kerja di hospital batu pahat..tapi x sure nak rujuk ke x...sbb takut sgt..kadang2 rasa seram sejuk...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya boleh je dilekan pergi ke hospital jika kes tak serius. saya masih level 1. luka tak besar. masih kecik dna boleh di cegah drpd merebak. Skrg ni sye tak pasti dah ok ke tak. Actually, kita kene byk jge permakanan. permakanan yng byk bg faktor kpd gerd.

      Delete
  12. Salam... awk buat rawatan sebagai pesakit luar ker...tak masuk wad kn

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.Kepada sesiapa yg menghidap gerd atau rasa mcm ada simtom gerd boleh wasap num hp sy 0128484574 affan. Sy akan add korang dlm grup wasap gerd..byk benda blh kongsi dn byk tips yg berguna yg d kongsi oleh ahli grup malah dh ramai ahli grup yg semakin pulih dr gerd.tq

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^