Trick Permainan Saya

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.

Kadang kala, saya selalu menggunakan pelbagai trick. Eh! tak baik macam tu. Itu menipu namanya. Emm...betul, itu merupakan satu penipuan. Tapi bukan besar pun penipuan tu. Sebenarnya, "menarik perhatian adalah permainan saya". Haa!!! barulah ayat yang betul.

Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak sedar bahawa kita sentiasa melakukan trick for attraction. Dalam bahasa melayunya, atau bahasa mudahnya ialah penipuan untuk menarik perhatian. Setiap waktu. Celik mata je daripada tidur, Kita sudah melakukan satu trick. "Mak! mak masak apa tu? Sedap baunya". Sedangkan, matahari sudah terpacak, kita baru nak bangun.Takut mak marah lah tu(Yang tu bukan sayalah).

Sebagai contoh, anak-anak melakukan trick/penipuan untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Kebiasaannya, ibu bapa akan berfikir anak-anak mereka ni mengada-ngada, nakal. Suka buat hal. Apabila ibubapa sudah fikir macam tu, apalagi, mulalah tangan nak mengerutukan kan. Menari-nari dan tup!! dah sampai ke peha anak. Sedangkan, anak-anak hanyalah untuk menguji sama ada ibu bapa mereka masih lagi melihat anak-anaknya atau tidak. Itu merupakan trick anak-anak yang nakal.

Haa! ini kalau dah sampai tahap memuji ayahnya, faham-faham jelah. Dah nampak sangat trick-nya.

Trick juga boleh dilakukan pada bahagian promosi/ marketing. Ianya dipanggil Attraction Marketing. Sekarang ini, berlambak perniagaan online. Tak kiralah di laman sesawang muka buku ke, blog ke, twitter ke, Instagram ke, semuanya. Nampaknya, semua orang sedar akan kebaikan perniagaan. Tapi, bagaimana mereka-mereka ini boleh menarik pelbagai pelanggan untuk menjenggah dan membeli dengan mereka? Itu gunanya trick dalam marketing. Siapa yang ambil kos perniagaan, taulah kot.


Attraction Marketing

Kebanyakkan trick for attraction dilakukan untuk mendapat kasih sayang. Tak pun dalam menarik perhatian daripada pasangan kita. Buatlah macam mana pun, walaupun sampai bergaduh tahap gaban, tinggi melangit pun. Apabila dapat tindak balas daripada pasangan, itu sudah dikira berjaya. Macam pernah buat je? Of course!!. Saya selalu je buat dekat en. beliau. Itu dululah. InsyaAllah, sekarang tak ada main trick2 nie. Tak baik tau. Sabarlah en.beliau. Dah en.beliau dapat orang macam saya, terimalah seadanya. ngeh...ngeh...ngeh....

Ini bukan cara saya main trick ye en.beliau. Kadang-kadang, rasa teruk pun ada. Kikiki

Jadi, trick for attaction sentiasa ada dalam kehidupan kita. No more trick, no more attraction. Ye ke? Tapi, lebih baik kita berada dalam keadaan benar. Adakalanya trick boleh membawa kepada keburukan. Lain yang kita minta, lain pula jadinya.

Haaa! ini trick yang tidak bagus. Elakkan..

Terima kasih membaca. Jumpa lagi.

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^