Allah selayak-Nya
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.
Sesungguhnya, Allah Maha Agung. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Kita semua dikejutkan satu berita yang tidak terlintas difikiran kita, kehilangan Pesawat MAS MH370 dengan sekelip mata sahaja. Hari ini sudah memasuki hari yang ke-empat. Kita masih terpinga dan berfikir kemanakah dan dimanakah pesawat tersebut?
Kecanggihan teknologi masa kini masih lagi tidak dapat membantu untuk mengesan kemanakah pesawat tersebut. Pelbagai spekulasi yang datang daripada pelbagai pihak, turut menresahkan jiwa kepada semua orang terutamanya ahli keluarga. Malah, timbul beberapa masalah yang secara tidak langsung hadir disebabkan kelalaian kita.
MasyaAllah, tidak mengertikah kita akan apa yang ingin Dia tunjukkan. Tidak sedarkah kita dengan apa yang berlaku adalah disebabkan kita juga, disebabkan kebongkakkan kita sendiri.
Saya tidak mahu berbicara mengenai spekulasi yang dikeluarkan dalam laman muka buku dan beberapa berita tetapi saya ingin kita fahami dan mengerti apa yang berlaku adalah kehendak Allah.
Saya begitu tertarik dan sangat bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Kapten Noruddin Abd Majid. Siapakah beliau? Beliau adalah juruterbang pertama membawa masuk pesawat Boeing 777 MAS.
Mengapa saya begitu tertarik dengan pandangan beliau?
Pandangan beliau mengatakan bahawa, pesawat MH370 benar-benar hilang. Tiada titik nokhtah. Tiada lencongan. Hilang. Dengan yakin beliau berkata demikian. Beliau juga berkata, terdapat 2 cara untuk menemui pesawat tersebut. Pertama, doa daripada orang-orang yang soleh. Kedua, doa daripada ahli keluarga. Beliau berkata pada temuramah pada malam semalam, 10/03/2014.
Kemudian, beliau kembali memberi pandangan dalam MHI pada hari ini,11/03/2014. Banyak juga kata-kata yang telah membuka mata saya dan saya akui itu kebenarannya. Antaranya:
"Berakhirnya Sains, maka bermulalah KUDRAT ALLAH. Kudrat Allah bersama dengan orang yang beriman. Orang yang beriman perlu yakin dengan janji Allah."
"Usaha manusia itu limit kerana manusia itu makhluk. Selain manusia, ada alam lain. Alam lain juga makhluk. Malaikat pun makhluk. Apa yang ada di atas bumi benda yang nyata senang diusahakan. Manakala yang tidak dinyata , susah untuk diusaha sebab kita perlu lihat termasuk di dalam air. Semuanya ini telah diberitahu oleh Allah S.W.T. Kunci kepada semua perkara berada di dalam tangan kita tetapi kita telah lari daripada maksud sebenarnya. Bermulalah masalah timbul."
"Kehidupan kita dipengaruhi oleh apa yang kita tengok, apa yang kita lihat dan apa yang kita rasa. Ini adalah limit manusia. Tapi apa yang kita tidak nampak, apa yang kita tidak lihat dan apa yang kita tidak rasa adalah milik Pencipta(Allah) kita termasuklah yang nyata. Kita kene rayu dengan Allah sebab undang-undang Allah S.W.T berada diatas kehidupan manusia. Allah ingin memperingatkan kita bahawa kita ini lemah, kita tidak boleh sombong, kita tidak boleh merasakan bahawa tahu segala-galanya. Dunia ini bukan milik kita."
"Sains adalah satu benda dicipta untuk memberitahu kepada manusia tentang sifat suatu benda. SIFAT CIPTAAN. Bila berlaku suatu usaha ke atas ciptaan melalui pengetahuan dan sains, ianya dipanggil teknologi. Maksudnya, manusia mendapat manfaat daripada semua benda. Allah yang ciptakan semuanya. Allah yang meletakkan sifat kepada semua benda untuk memberi manfaat kepada semua manusia. Ini adalah Sunahtullah. Dari segi sains dipanggil "Nature". Dari segi Melayu di panggil semulajadi. Sunahtullah is haq of haq.
Beliau mampu menjawab semua persoalan dengan ketegasan tentang Allah dan apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Tegas tentang kelalaian dan kealpaan kita tentang nikmat yang Allah beri. Inilah hikmah disebalik apa yang berlaku. Yang paling penting, kita harus kembali kepada Pencipta kita.
"Merayu dan pujuk Allah. Lakukan solat Taubat." penutup pandangan daripada Kapten Norudin Abd Majid
0 comments