Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Akhirnya, seperti yang dijanjikan, First Mini Giveaway daripada Erna akan berlangsung pada hari ini. Daripada tahun lepas lagi Erna nak buat, tapi tak kesampaian. Maka dengan ini, Erna merasmikan mini giveaway alongwawaerna. Macam majlis besar pula nak dirasmikan. Hahaha.
 |
Jangan Lupa tepel banner ini!! |
Syarat-syarat penyertaan (Simple je) :
- Follow blog Erna : alongwawaerna.blogspot.com. (Jangan tipu yek)
- Like page ALONGWAWAERNA
- Like Page ERFAZ ArtDesign Solutions
- Buat satu entri : ERNA MINI-GIVEAWAY APRIL-MEI 2016. Sila sertakan gambar dalam entri tersebut dan lengkapkan ayat [ Saya inginkan gambar ini diportraitkan secara digital kerana ............................. (Patah perkataan bergantung kepada korang) ]. Jangan lupa tampal banner sekali. ** Gambar yang hendak diportraitkan tidak lebih daripada 4 orang dalam 1 gambar dan gambar mesti high resolution. Jangan gambar kecik dan jangan gambar edit yek.
- Jangan lupa komen dan paste kan url di dalam ruangan komen di bawah. Nanti Erna akan listkan senarai yang join yek.
- 6 pemenang akan dipilih :
- 1 pemenang yang bertuah akan menerima lukisan portrait format digital (dalam bentuk cd dan melalui email.whatsapp), pencetakan kanvas dan frame.
- 5 pemenang yang lain akan menerima lukisan portrait format digital (melalui email/whatsapp)
Pemenang akan dipilih melalui En.Husband yang sentiasa memantau dan menyokong Erna dalam dunia blog. Jadi, korang karanglah ayat-ayat yang bombastik yek:
Saya inginkan gambar ini diportraitkan secara digital kerana ............................. (Patah perkataan bergantung kepada korang)
Mini Giveaway ini berlangsung selama sebulan bermula 29 April 2016 (Jumaat) sehinga 27 Mei 2016 (Jumaat).
Keputusan akan diumumkan pada 31 Mei 2016
Senarai perserta (Belum ada lagi).
Selamat mencuba!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Bulan April ini, Erna tak ada join sebarang segmen kan Kak Kiah? So, apa kata kita join segmen bloglist Daripada blogger Azhafizah lagi. 2 bulan yang lalu, Erna ada join blog kak Azhafizah, kali ini join lagi walaupun muka kita je yang join. Hihihi
Segmennya cukup mudah. Tak perlu pening kepala nak memikir jawapan tempat kosong. Mudah je.
Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
TAMAT : 28 APRIL 2016
Bismillahirrahamannirrahim
Assalamualaikum semua..
Allah jadikan perempuan dengan sifat suka membeli belah. Walaupun mulut kata, "Alaa, kita bukannya suka beli baju mahal-mahal, murah-murah je bajunya.". Hakikatnya, tetap membeli belah juga kak Kiah.
Erna memang spesis manusia wanita yang tidak shopping sangat. Tapi, bila dapat shopping, penuh tangan. Biasanya, ianya akan terjadi pada awal bulan setiap bulan dan awal tahun setiap tahun. Awal bulan setiap bulan tertumpu kepada shopping barang dapur, manakala awal tahun setiap tahun pula adalah shopping barang-barang peribadi terutamanya barang-barang Erna dan En.Husband. Kami akan borong barang yang murah tapi puas hati.
Kadang-kadang tu, Erna akan beli barang-barang keperluan rumah atau hiasan rumah. Hari ini beli 3 barang, esok beli 4 barang, lusa beli 3 barang, hari seterusnya 3 barang lagi. Lama-lama banyak barang yang dibeli. Itulah cara Erna shopping.
Kali ini, Erna banyak beli barang untuk menghias rumah. Dalam masa yang sama, tengah buat senarai untuk membeli perkakas tanaman pulak dan beberapa lagi barang keperluan rumah. Balkoni belakang tu adalah pokok cili padi dan daun kesum dalam satu bekas. Banyak lagi kepala otak ni suruh beli. Beli sikit-sikit, lama-lama berlambaklah dalam rumah.
 |
Hasil tangkapan untuk hiasan rumah. Selagi terasa kosong dan terasa macam ada je nak tambah, automatik tangan mengambil. Hasil tangkapan ini berlaku di Mr.DIY . U Mall Taman Universiti. |
Jadi, En.Husband jangan mengeluhlah yek. Nasib baik isterimu ini tak minta belian dan gelang emas satu tangan. Semput nak cari duit. Hihihihi......
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Akhirnya, nafsu makan durian dah kembali semula. Seronoknya. Nasib baik boleh bau durian. Kalau tak, asyik mengelak je bila nampak durian.
Disebabkan MIL dan FIL serta adik ipar datang, En. Husband dan Erna pun bawalah mereka pergi jalan-jalan. Tetiba, adik ipar boleh kata 'TERINGIN' nak makan durian, maka kami pun bawalah pergi ke tempat makan durian di A Mart Tampoi, Johor Bahru.
Perghh!!! dapat pula durian yang King punya. Harga pun kinglah. Tapi, masing-masing puas hatilah.
Puas hati memang puas hati tapi kenelah beringat, bahawasanya durian bersifat panas. Kemudian, melahap ketika elnino melanda, musim panas yang membahang. Jadinya, panas dalam lah jawabnya kan.
 |
Nampak tak isi die yang gebu. Inilah durian king segala king. Berlemak, tapi tak manis dan tak muak makan. |
 |
Nikmat betul En.Husband makan. Nampak sangat menahan lama untuk makan. |
 |
My MIL and my FIL. |
 |
Budak yang berbaju hijau tulah yang mengidam makan durian. Mengalahkan ibu mengandung. Hihihi. Lepastu angin je memanjang. |
Fuhhhh!!! basah tilam kami dengan peluh yang mencurah-curah. Take some precaution before the hard condition appeared. Kami minum ikut cara orang tua-tualah. Petua untuk mengurangkan panas dalam selepas makan durian ialah minum air dalam bekas durian. Walaupun peluh mencurah-curah, tapi masih bertahan sebab amalkan petua orang tua-tua.
Asbab betul makan durian ketika musim panas. Nasib baik tak makan banyak. Itu pun segala atok nenek angin datang menerpa. Nasib baik tak lama.
 |
Eh! Eh! terselit pula si comel ni. Terima kasih emak, ayah, ika, adik ipar dan adik sebab sudi datang rumah dan bawa si comel ni yang semakin bijak. Inilah Si comel Muhammad Rafiq bin Norazizan selepas 2 bulan. Tunggu mak long ahad ni yek. Mak long cuti balik kampung. |
pss:// Gambar tak berapa cantik sebab Handphone boleh hang.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, ERFAZ ArtDesign Solutions mendapat perhatian daripada kawan-kawan. Ramai kawan-kawan memberi sokongan yang jitu. Ini belum lagi sokongan daripada keluarga. Alhamdulillah.
Sempena pembukaan ERFAZ ArtDesign Solutions, Erna dan En.Husband nak buat PROMOSI selama sebulan. Bermula 18 April 2016 sehingga 31 Mei 2016. Eh! itu bukan sebulan, itu dah lebih sebulan.
Untuk tahu lebih maklumat,
atau boleh email ke nurernahazwani@gmail.com
atau whatsapp ke 0137725597
Untuk blogger pula, Erna akan buat Mini Give away selama sebulan juga. Tak lama je lagi. Jangan ketinggalan. Eh, lukisan untuk bloglist pemenang masih dalam process. Ada beberapa orang dah dapat lukisan itu, yang belum terima sabar yek. Tengah berusaha.
Jemput datang ke Page ERFAZ ArtDesign Solutions yek untuk tahu promosi dengan lebih lanjut.
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Segala urusan dan rancangan Erna dan En.Husband berjalan dengan lancar. Akhirnya! ERFAZ ArtDesign Solutions telah ditubuhkan pada 17 April 2016. Alhamdulillah, itu tandanya Erna memang bersungguh-sungguh nak berniaga.
Alhamdulillah, pada16 April 2016 (Ahad), macam-macam tempat kami pergi. Banyak urusan betul. Ke SMM lah, ke Kastam lah. Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Kesian En. Husband, sudahlah petang tu dia kerja. Pagi-pagi kene bangun sebab kene teman isteri dia ni. Terima Kasih En.Husband.
Sebelum ini, ERFAZ ArtDesign Solutions dah ada cumanya belum didaftarkan lagi. Jadi tidak terlalu menonjol sangat. Biasa-biasa sahaja. Erna pun just ambil tempahan melukis daripada kawan-kawan dan berkongsi segala hasil design dan karya secara rawak melalui facebook peribadi, instagram dan dalam blog. Daripada itu, Erna dah nampak apa yang sesuai dengan Erna.
Erna lebih kepada design dan lukisan. Disebabkan itu, tertubuhnya ERFAZ ArtDesign Solutions dengan sokongan En.Husband. Kiranya, kami sama-sama bangunkan bersama-sama. Bagaimana boleh terfikir akan nama ERFAZ ArtDesign Solutions? ERFAZ adalah nama gabungan Erna dan suami. 'ER' instead for 'ERNA' and 'FA' instead for 'FAIZ'. While alphabate 'Z' is instead for our father name's. Nama ayah kami berdua bermula dengan huruf 'Z'. Jadilah ERFAZ. Disebabkan kami menyediakan perkhidmatan design dan lukisan, Erna tambah 'ArtDesign Solutions'. Dalam masa yang sama, kami akan menyediakan pencetakkan kad nama dan kad kahwin ekonomi. InsyaAllah.
Itulah serba sedikit berkaitan dengan ERFAZ ArtDesign Solutions. Blog AlongWawaErna ini juga menjadi platform untuk berkongsi hasil tangan Erna. Kiranya, segala hasil dan promosi,Erna akan kongsi dalam blog ini jugak.
Jangan lupa like page ERFAZ ArtDesign Solutions yek. Masih baru dibuka jadi tak banyak artwork dalam page ni. Tak pe, nanti jadilah macam dalam blog ni kan.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Adoi, muka merah Kak Kiah! Kenapa? Panas ke? Maaf ye Kak Kiah. Kepenatan dan tengah bekerja untuk siapkan lukisan ni. Jenuh juga. Hihihi, terima kasih kepada yang bloglist yang menang untuk segmen erna tu kerana sudi hantar gambar yek. InsyaAllah, masih dalam proses menyiapkan lukisan.
Ada antara korang yang telah menerima lukisan tu. Hope korang sangat berpuas hati. Lepas siap lukisan itu, Erna akan review page korang dan perkenalkan di laman page facebook Erna yek. InsyaAllah.
Ok, kali ini Erna nak kongsi satu hasil lukisan smudge painting yang Erna telah siap sebelum dalam bentuk Frame. Sila [Klik Sini] untuk ke smudge painting tersebut. Sahabat erna tempah dengan pakej bersama frame untuk dihadiahkan kepada sahabat beliau. Akhirnya, lukisan tersebut sudah sampai ke penerima. Macam-macam halangan lukisan itu kene tempuh. Akhirnya, sampai juga kepada penerima.
Alhamdulillah, kawan Erna berpuas hati, penerima berpuas hati dan Erna pun berpuas hati. Jika korang nak lukisan format digital itu dicuci dan diframekan, meh sini hubungi Erna. Tapi, sebelum tu jangan lupa jenguk page [Tempah Painting] untuk tahu maklumat dengan lebih lanjut.
Oh, ye! Akan menyusul satu segmen mini giveaway untuk bulan Mei nanti. Bulan Mei banyak sambutankan? Bolehlah buat. Korang tunggu yek. Kali ini judge dia bukan random.org tapi En.Husband sendiri. Amik kau. Masalahnya, dia pun tak tahu yang dia akan jadi Judge.
Oklah, jumpa lagi!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Tempahan Smudge Painting datang daripada sahabat universiti dan sahabat kelab dan juga patner jawatan dalam kelab, Kak Farehan. Beliau meminta erna lukis semula gambar anak beliau. 2 lakaran dalam satu portrait. Comel sangat-sangat junior kak Farehan dan Muaz. Erna kenal suami isteri ini melalui kelab Kaunseling. Kami berlainan course tapi kami berkawan melalui kelab di universiti. Alhamdulillah, suami isteri dan kini menjadi ibu dan ayah dah. Terima kasih tempah dengan kita.
Berminat untuk memiliki potrait sendiri atau ahli keluarga atau sahabat handai?
Korang boleh tempah melalui :
Email :nurernahazwani@gmail.com
Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum semua..
Ingat lagi tak yang Erna siapkan design Mardhiyyah signboard? Eh! mestilah korang tak ingatkan. [Klik Sini] nak tahu tempahan design dengan lebih lanjut. Alhamdulillah, pihak kedai Mardhiyyah telah pasang signboard tu di kedai mereka. Abang ipar send gambar yang mereka tengah pasang signboard tu. Bila tengok gambar tu, Alhamdulillah cantik jugak. Hihihi....
 |
Sebelum pemsangan. Besar jugak. |
 |
Selepas pemasangan. Gah di situ. Smile!!!! |
Berminat untuk memiliki signboard kedai sendiri dengan harga yang mampu milik?
Erna boleh design untuk korang.
Korang boleh tempah melalui :
Email :nurernahazwani@gmail.com
(Erna hanya menyediakan perkhidmatan design dulu. Khidmat pencetakkan belum lagi yek)
Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Ahad yang lepas, Erna dan En.Husband balik kampung. Memang sebulan sekali kami akan balik kampung Bukit Raja, Sg,Rengit. Kebiasannya kami akan balik bila En.Husband off day. Terkena pula pada hari Ahad. Jadi dapatlah balik sekejap.
Memandangkan hari Ahad tu, En.Husband kepenatan bekerja, kitalah yang memandu. Walaupun kepenatan melanda sejak seminggu yang lalu, untuk husband yang mengantuk dan penat bekerja, kita pun pandulah kereta. Tapi seronok dapat bawa kereta pagi-pagi. Kenderaan tak banyak. Smooth je highway Senai-Desaru.
Tapi satu je Erna nak pesan, bagi sesiapa yang ingin ke Pengerang, silalah ikut jalan alternatif untuk mengelak lubang-lubang yang ada yek. Besar-besar pula tu disebabkan projek RAPID. Erna amik kesempatan untuk melihat perubahan yang berlaku di Teluk Ramunia. Serius, kiri-kanan semuanya bengkel-bengkel dan company baru. Sebelum ini, tak ada pun. Dahlah tepi pantai. Lepas tu, ada pulak taman rumah 3 tingkat. Amboi, ingat bandar ke. Eh! tak boleh nak cakaplah. Itu baru Teluk Ramunia, belum lagi Sunai Rengit hingga ke bekas Sungai Kapal. Kenapa bekas Sungai Kapal? Di sebabkan projek RAPID tulah jadi Sungai Kapal jadi bekas Sungai Kapal. Tak ada dah Sungai Kapal. Ini semua gara-gara tutttt. Tak baik cakap kat sini.
Sejak-sejak ada prjek RAPID Pengerang ini, semua orang berlumba-lumba nak buat duit. Sewa rumah dengan harga beribu-ribu. Penyewa mesti daripada company. Ada orang tertentu je boleh menyewa. Disebabkan projek tu jugalah, kepanasan melanda di tanah Pengerang, berhabuk. Lepas tu boleh jadi jem kat sungai rengit setiap pagi dan petang, kemalangan jangan cakaplah. Semuanya melibatkan orang-orang yang bawak hilux. Sampaikan ayah Erna terus buat bonggol kat kampung. Sebabnya orang-orang yang bawa hilux ni tak faham bahasa. Bawa laju-laju. Tak tahu agaknya itu kawasan kampung bukan bandar. Eiii...lecehlah ada projek ini. Menyesakkan,
Disebabkan projek inilah, kampung tergadai. Tempat bermain telah hilang. Memang dapat duit, tapi warisan orang-orang dulu dah hilang disebabkan projek ini. Biarlah macam dulu, orang tak kenal pun Pengerang tu kat mana. Tapi sekarang ini orang kenal Pengerang disebabkan projek ini. Projek yang mengadaikan warisan untuk generasi seterusnya.
En.Husband geram je tengok-tengok bangla yang bertapak di Pengerang. Erna minta dia bersabar. Selagi mereka ada permit, kita tak boleh nak buat apa. Tu kat kampung tu ramai rasanya yang dah tamat permit. Itu boleh mendatangkan geram. Siap ayah bawa En.Husband pergi tengok kawasan yang di huni bangla. Kampung pun dah tak selamat dah. Dulu siap boleh jalan kaki lagi pusing-pusing kampung. Sekarang, semua budak kene kurung dalam rumah. Tak selamat dah. Dahlah jenis bangsa yang ambil barang orang. Rumah orang tu, pakai terjah ambil hak orang. Emak siap cerita kes curi menjadi-jadi kat kampung. Sabar ye En.Husband, tunggu masa je p cekup orang-orang asing tu. Ni pun gara-gara orang TUUTTTTTTTT. Tak boleh juga cakap kat sini.
Kan dah bebel panjang. Rindu dah kampung dulu, Sungai rengit dulu, Teluk Ramunia dulu dan Pengerang dulu. Ini semuanya gara TUTTTTTTTT!!!.
Geram dah ni.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Lukisan seterusnya dihasilkan sebagai hadiah hari jadi daripada Erna sendiri kepada seorang yang telah dianggap sebagai kakak saya. Saya pernah menyewa bilik di rumah keluarganya sebelum kahwin. Duduk terfikir nak bagi apa kat beliau. Alang-alang tak ada kerja sangat, Erna pun lukis 2 lukisan buat beliau.
Berminat untuk memiliki potrait sendiri atau ahli keluarga atau sahabat handai?
Korang boleh tempah melalui :
Email :nurernahazwani@gmail.com