ERFAZ ArtDesign Solutions in officially


Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Segala urusan dan rancangan Erna dan En.Husband berjalan dengan lancar. Akhirnya! ERFAZ ArtDesign Solutions telah ditubuhkan pada 17 April 2016. Alhamdulillah, itu tandanya Erna memang bersungguh-sungguh nak berniaga.



Alhamdulillah, pada16 April 2016 (Ahad), macam-macam tempat kami pergi. Banyak urusan betul. Ke SMM lah, ke Kastam lah. Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Kesian En. Husband, sudahlah petang tu dia kerja. Pagi-pagi kene bangun sebab kene teman isteri dia ni. Terima Kasih En.Husband.

Sebelum ini, ERFAZ ArtDesign Solutions dah ada cumanya belum didaftarkan lagi. Jadi tidak terlalu menonjol sangat. Biasa-biasa sahaja. Erna pun just ambil tempahan melukis daripada kawan-kawan dan berkongsi segala hasil design dan karya secara rawak melalui facebook peribadi, instagram dan dalam blog. Daripada itu, Erna dah nampak apa yang sesuai dengan Erna.

Erna lebih kepada design dan lukisan. Disebabkan itu, tertubuhnya ERFAZ ArtDesign Solutions dengan sokongan En.Husband. Kiranya, kami sama-sama bangunkan bersama-sama. Bagaimana boleh terfikir akan nama ERFAZ ArtDesign Solutions? ERFAZ adalah nama gabungan Erna dan suami. 'ER' instead for 'ERNA' and 'FA' instead for 'FAIZ'. While alphabate 'Z' is instead for our father name's. Nama ayah kami berdua bermula dengan huruf 'Z'. Jadilah ERFAZ. Disebabkan kami menyediakan perkhidmatan design dan lukisan, Erna tambah 'ArtDesign Solutions'. Dalam masa yang sama, kami akan menyediakan pencetakkan kad nama dan kad kahwin ekonomi. InsyaAllah.

Itulah serba sedikit berkaitan dengan ERFAZ ArtDesign Solutions. Blog AlongWawaErna ini juga menjadi platform untuk berkongsi hasil tangan Erna. Kiranya, segala hasil dan promosi,Erna akan kongsi dalam blog ini jugak.

Jangan lupa like page ERFAZ ArtDesign Solutions yek. Masih baru dibuka jadi tak banyak artwork dalam page ni. Tak pe, nanti jadilah macam dalam blog ni kan.

https://www.facebook.com/ERFAZ-ArtDesign-Solutions-1192394014118840/?ref=aymt_homepage_panel

Untuk melihat artwork Erna yang lain, Sila ke >> PORTFOLIO/ARTWORK.
Untuk mengetahui harga dan cara menempah, Sila ke >> HARGA/CARA TEMPAHAN



Tags:

Share:

2 comments

  1. Good luck erna..
    Semoga terus berjaya dalam perniagaan ini..

    ReplyDelete
  2. Tahniah awak di atas pembukaan company awak dan suami :) Semoga terus berjaya! Btw, nama company lain daripada lain, sedap :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^