Ujian Keseimbangan Otak

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.

Pagi-pagi saya sudah mengalami kacau bilau, apabila saya terlewat bangun. Subuh pun terlepas. MasyaAllah, teruknya saya. Mana taknya, bateri handphone mati. Bermakna, jam loceng tak berbunyi. Kali terakhir saya tersedar pada pukul 4.30 pagi. Semata-mata untuk mengejut en.beliau. Tapi, hampeh. Tak bangun terus. Kemudian, boleh pula mimpi yang pelik-pelik.

Macam mana saya boleh tersedar terus? Nasib baik Kak Alya berkelentang kelentung di dapur. Tu yang saya tersedar. Masalahnya, saya terus bangun sebab tersedar yang saya terlepas Subuh. Apabila terus bangun, kepala saya jadi pening. Doktor sudah pesan, saya tak boleh terus bangun sebab itu adalah salah satu punca tekanan darah saya sangat rendah. Mengucap sekali lagi. Bikin kelam kabut di pagi hari.

Sebenarnya, bukan itu yang saya nak cerita. Pernah tak korang buat ujian keseimbangan otak? Ujian itu adalah untuk mengetahui bahagian otak yang mana kita selalu guna. Adakah Kiri? Adakah Kanan? Atau kedua-dua kita guna?

Sebelum memulakan kerja, saya melayari laman muka buka dan terjumpa satu ujian keseimbangan otak. Dan saya klik laman yang membuat ujian tersebut. Nama laman itu ialah SOMMER + SOMMER. Ujiannya tidaklah susah pun, senang je. Soalannya tak banyak. Ada 16 soalan kesemuanya. Soalannya melibatkan pergerakkan, warna, riaksi kiri dan kanan dan perspektif kita.

Halaman pertama kuiz SOMMER + SOMMER  (Bahagian ujian keseimbangan otak)

Kesimpulan daripada ujian ini, saya merupakan manusia yang banyak menggunakan otak bahagian kanan. Tak percaya? Mai tengok keputusannya.

Saya pengguna otak kanan.

Percaya tak? Kalau korang tak percaya jugak, saya ada share link dalam laman muka buku saya.

Nie dia. Saya dah buat!!!!

Berdasarkan keputusan En. SOMMER +SOMMER ni, saya banyak menggunakan otak bahagian kanan. Dikatanya, saya lebih melihat imej dan adakalanya kacau-bilau. Berkreativiti (itu sudah tentu, ERFAy' ART DESIGN tulah buktinya. kan?..kan?). Adakalanya, suka mengikut gerak hati dan sentiasa berperasaan ingin tahu. Macam betul. Bagaimana boleh betul nie? Kebetulan kot.

Kalau nak tahu lebih details lagi, korang boleh klik butang "Mengapa? / Explanation of the brain test". Laman seterusnya akan menerangkan lebih detail mengapa kita dikatakan lebih mengguna otak bahagian kanan/ kiri. Korang cubalah. 

SOMMER + SOMMER
(Bahagian otak yang manakah lebih dominan?)

Jumpa lagi! :)




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^