Syampoo Safi Shayla - Khas Untuk Bertudung

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...

Saya memiliki masalah rambut daripada kecil lagi. Nak habak ni, kita ada uban. Opssss!!!!! terkantoi pulak. Wahahaha. Jujurnya saya memiliki masalah uban atau rambut putih daripada kecil lagi. *Isy..tua bebenor sangatlah. Kecik-kecik dah ada uban*. Macam-macam cara nak hilangkan uban tu. Selain mencabut sehelai demi sehali uban tu,saya juga ada menggunakan inai. Inai? iya, inai. Pakai kat rabut. Orang tua kata bagus untuk rambut. *Bukan dai rambut okai. Itu haram namanya*

Bila orang belai atau bahasa pasar, main rambut kita, rasanya memang best sangat-sangat. Masa saya kecik, mak rajin mencabut uban saya. Sampai habis. Tak ada langsung uban. Tapi yang peliknya, mengapa uban makin bertambah banyak? Sampai mak tak tahu nak buat apa. Lepas tu, arwah tok yah ke nenek yang bagi tau kat mak, tok seh cabut uban lagi. *usahlah nak loghat segala bagai. wahahaha*. Mak pun tak cabut. Memang batul lahh. Bila tak cabut uban tu, tak rasa uban bertambah. Tapi, nak bagi uban tu nampak kurang, potong rambut jelah. Uban tetap ada tapi dah kurang sebab bila rambut dah panjang je, saya minta ayah potong rambut. * Kita tak potong rambut kat kedai. So en.tunang, sila-silalah pandai mengunting rambut...hahahaha*

So, bila dah besar ni, uban makin berkurang tapi ada satu masalah besar buat semua warga wanita/hawa/ibu-ibu/makcik-makcik/kakak-kakak/nenek-nenek iaitu rambut gugur. Uishhhh!!! Usah cakaplah. Rambut saya seakan buah yang gugur sentiasa. Dalam bilik tu, bersepah rambut-rambut yang gugur. Rasa, argghhhhhh. Mesti lady-lady ada masalah yang samakan. Lagi-lagi kita bertudungkan?

Sebelum ini, saya dah macam-macam guna syampoo rambut. Malah siap guna minyak rambut dan perapi lagi. Mula-mula tu nampak oklah, tapi rambut tetap gugur.Wahhh! macam mana ni? Daripada Sunsilk, ke Rejoice, ke Pantene, ke Loreal, semua tak jalan. Apa pun tak boleh. *Uisyyy banyak betul syampoonya. Tak bagus. Jangan tiru okay*. Frust tau! Frust sesangat.

Lepas tu, keluar pulak iklan Syampoo Safi Shayla ni. Uisyy! Macam bagus je. Macam okay je. Yelah, saya memang pakai barang Safi. Tak Percaya? Kalau tak percaya, korang baca entry  Memilih Produk Perawatan Muka- Safi vs Nutox [Klik Sini]. Syampoo Safi Shayla ni dah melambai-lambai dekat saya supaya mencuba produk dia orang yang terbaru ni. Sebelum ini, Safi ada juga memasarkan produk Syampoo, tapi kali ini sesuai untuk mereka yang bertudung. 


Resource from Google Image


Syampoo Safi Shayla memasarkan beberapa ramuan untuk penjagaan yang sempurna buat si bertudung. Syampoo Safi Shayla juga menyediakan penyegar dan perapi untuk menambahkan perasa dalam penjagaan rambut. Terdapat 4 kategori untuk syampoo ni. Antaranya ialah untuk rambut licin terurus, untuk rambut segar bermaya, untuk rambut anti-kelumumur dan untuk kawalan rambut gugur. Yang penting, Syampoo Safi Shayla mengandungi sunnah Rasululah iaitu Habbatus Sauda.

Uisyyy!!! Tak boleh jadi ni. Pakai Loreal pun tak jalan. Harap wangi je. Apa lagi, saya pergilah mencari Syampoo Safi Shayla ni. Mula-mula, saya mencari syampoo tu di Watson. Uisyyy!! Peliknya,nape Watson tak jual Syampoo Shayla. Cett! Kata rangkaian produk terbaik. Lepas tu, saya pergi jenggah-jenggah ke Guardian pulak. Dia orang kata produk  tu belum sampai lagi. Alaa, hampa rasanya. Lastly, pergi tawaf di dalam AEON pulak. Yess!!! Ada syampoo tu. Mereka cuma jual syampoo sahaja. Tak kisahlah kan, janji ada. Saya beli untuk kawalan rambut gugur. Dah itu masalah besarnya kan.


Saya memilih Syampu untuk Kawalan rambut gugur. Kalau tak kurang ni, tak taulah nak jawab apa. Wahahaha..

Syampoo Safi Shayla untuk wanita bertudung. Yang tak bertudung pun boleh guna jugak. Pastu, nampak tak Habbatus Sauda tu. Khasiat Habbatus Sauda tinggi tau.

Mula-mula pakai, memang wangi. Sangat wangi beb. Saya tak tipu. Rambut pun rasa bebas je. Biasanya, saya akan basuh rambut ketika mandi petang. Sebabnya, esok pagi saya tak akan basuh rambut. Jadi, bau wangi tu kekal sampai esok paginya. Khasiatnya, saya tak mahu sharelah sebab bila korang beli, korang akan tahu khasiatnya bagaimana. Yang penting ada Habbatus Sauda tu. Saya dah pakai tiga kali penggunaan *bukan 3 kali pembelian tau*. Setakat ini, rambut masih gugur, tapi tidak terlalu gah dan riaknya dia gugur. InsyaAllah, saya akan tengok dalam masa sebulan ini.

Kalau korang nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut, korang pergi ke laman safi [Klik Sini]. Semua info ada kat situ.

Emmm, tak salahkan kita mencuba produk yang lain supaya kita rasa begitu yakin dengan penggunaannya. Saya memang pengguna produk safi. InsyaAllah, selepas sebulan, saya akan buat review balik penggunaan Syampoo Safi Shayla.

Terima kasih membaca.


 

Share:

8 comments

  1. Safi yg biase pun bau dia wangi gile. Apekan lagi safi shayla. Mmg tgh crik syampu safi shayla. Tp xjmpe plak. Katanye brg belum smpai. -_-' nmpknye kne gi aeon gak la pasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak g aeonlah baru ade....guardian blom sampaj..watson x amik...pelik betul...hahaha...even 2 hr rambut still wangi.

      Delete
    2. Akak g aeonlah baru ade....guardian blom sampaj..watson x amik...pelik betul...hahaha...even 2 hr rambut still wangi.

      Delete
  2. Semoga selesai masalah rambut gugur tu... KN masa mengandung je rambut tak gugur langsung! hehe

    ReplyDelete
  3. hai...ika datang singgah sini... anyway ika nak minta bantu ika menang rm500 bole? pergi kat entry ika yg ni ye.... http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

    ReplyDelete
  4. macam best lah syampo ni sis..
    nanti akak nak cuba jugak..

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^