Hari Jumaat, Penghulu Segala Hari - Barakallah, Alhamdulillah, MasyaAllah
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, jumpa lagi kita pada hari jumaat yang penuh Barakah. Yang penuh dengan kebaikkan bagi mereka yang mengamalkannya. Saya ni, bukan baik sangat, bukan alim sangat, bukan terlalu Mujahadah sangat, tapi saya akan cuba perbaiki diri dan kelemahan saya. Saya akui, saya banyak dosa yang menggunung sehingga semakin lari dari keadaan yang asal. Semakin lari daripada Sang Pencipta. Kadang-kadang, takut untuk menyatakan kelemahan diri tapi biar saya nampak apa kelemahan dan dosa -dosa yang saya lakukan. Biar saya ingat. Itulah saya.
" Allah, mohon doaku diterima oleh-Mu, agar aku berjaya menghalang diriku daripada melakukan kesalahan lagi. Amin. "
InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, apa kata kita lakukan beberapa adab dan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat. Banyak pahala tau. Banyak Barakah. Memandangkan Jumaat sudah berlalu, kita boleh lakukan pada hari akan datang. *Korang tau tak bila masanya hari jumaat penghulu segala hari tu? Baik semak waktu cepat!*
Baiklah, Jumaat kali ini banyak sangat istimewanya dan kekeringannya. Antaranya :
Hari ini, housemate saya merangkap tuan rumah merangkap KAK ALYA yang sebelum-sebelum ini saya asyik dok cakap BRIDE-TO-BE tu akan mengakhiri zaman bujang beliau. Wehooooo!!!! Berdebar tak kak? Mesti bergulung-gulung dalam hati akak kan? Maaf ye sis, hari ini saya tak dapat teman sis di hari bahagia sis. Ada perkara yang tak boleh nak elakkan. Hari itu, sebelum akak balik Muar kan, kita dah kiss pipi kiri dan kiss pipi kanan. Peluk-memeluk memberi semangat. * Poyo betul minah ni * Hahahaha..Esok saya akan muncul dengan budak konvoi ok! * Entry seterusnya nanti adalah berkaitan dengan majlis kakanda ku seorang ini. Tunggu tau. Tapi, en. Tunang saya tak ada. Beliau kene melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan pintu masuk negara.sob!! sob! >_<*
So, semalam, saya bersama en.tunang saya pergilah cari tuttttt untuk beliau. Shuhh!!! senyap-senyap tau. Jangan hebah kat dia. Nanti tak jadi suprise!!!!!! Eleh, yang habak kat dalam ni buat apa *dengan tangan bersilang sambil mata menjeling*. Alah, hari ini dia takkan baca punya sebab tengah sibuk berurusan dengan majlis nikah nanti. Jauh perjalanan kami mencari hadiah. Ke hulur ke hilir mencari hadiah *Padahal pergi Mydin kat BBU je pon, kecoh minah ni...hahahaha*
Hari ini, ramai juga sahabat handai daripada Zaman universiti akan menamatkan zaman Bujang. Uisyyy!!!! Ramainya!!!! Emmm, maaf ye kawan-kawan, saya tak dapat hadirkan diri sebab berlaku serentak majlisnya dengan kakanda I ni. Barakallah ye kalian semua. Semoga bahagia sehingga ke Jannah. Amin....
Kedua, hari ini adik bongsu saya, Nur Awadah balik daripada PLKN. Amboi! Suka balik yek. Padahal ada lagi sebulan lagi. Yelah, nak sambung pelajaran. Tu yang dibenarkan habis awal tu. Tapi mesti kene 2 bulan. Kalau tak, nanti kene repeat balik. Macam adik saya yang second tu, die dapat PLKN tapi kene buat penanguhan sebabnya dia nak masuk Form 6. Sampai sekrang dia tak pergi. Padahal dah isi untuk sambung semula. Tak ada pun panggil. Tu yang dia suka tu. *Jangan suka-suka ye. Nanti surat tu muncul, dahkene pergi)
Ketiga, alahai emak. Saya serabut tengok lukisan di atas meja. Pening kepala saya ni sebab batuk kering. Sakit anak tekak den ni. Apa nak buat, layan jelah. Tapi sebelum pergi kerja, saya ada telan ubat batuk woods. Tu sekali die batuk, amik ko. Tertelan air liur. Apapun sabar terima sedikit kekurangan antibodi. Dan yang penting, esok saya nak jelajah Muar. Hahahaha....
Sebelum nak tamatkan jari-jari ni menaip di kala waktu kerja ni, jangan lupa sunnah-sunnah Rasulullah. InsyaAllah, ada manfaat dan kebaikkannya. Terima kasih membaca.
********* Lukisan tu, saya buat tau [Klik Sini]..InsyaAllah, akan di transkasi ke dalam lukisan komputer pulak.
7 comments
background baru :) lukisan tue comel :D
ReplyDeletesalam jumaat dear...
ReplyDeleteSalam wawa,
ReplyDeletePadat betul hujung minggu ni ye..
Salam jumaat wawa. Eh? Wah! Padatnye jadual. XD
ReplyDeleteSalam jumaat sis
ReplyDeleteJumaat penghulu segala hari....hari yg mulia
ReplyDeleteMy recent post : Apa Menarik Tentang KLIA2 - Infografik
alahaiii..bru bce entry ni..ingt tk de sal sy..hihihi.. tq yayang... alhamdulillah... nk tiga mgu dah bergelar bini org..
ReplyDelete