Latar Belakang Baru

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua....

Bila terpandang lukisan dan design atas meja ofis, saya rasa lemah satu badan. *Eh! Bukan suka ke keje tu* . Bila badan kita tengah lemah gemalai, tekak dah macam kene gerudi, mata berair bagaikan winter sonata, telinga berdenyut-denyut dan asyik bersin comel je nie, memang tak keruan dibuatnya. Alahai lemah gemalai. 

Mulalah saya nak buat kerja kurang sopan dalam ofis ni. Nak bagi mood datang. Wahahahaha....Kerja kurang sopan dikala waktu bekerja ialah menukar skin and background page. Bukan jemu dengan old skin but i want to make my blog appearance in simple but nice. Yang putih ni, memang simple tapi putih sesangat. Winter sonata pun tak terlalu putih. Ada sedikit calit coklat. * aceceh..macam penah pegang je salji tu...*

So, saya malas nak buat sendiri. Sebab kalau buat sendiri akan memakan masa. Jadi, saya cari di pelusuk engine search dan editor yang terer but it must be a free. Mencari pun makan masa dalam 1 jam. Nak compare ini dan itu. Ada menu bar ke tak. Image title punya tempat tu besar ke tak kan. Semuanya memakan masa. *Kata nak buat kerja kurang sopan*.

Lepastu, saya jumpa skin yang saya suka dan berkenan di hati. Sikap saya, jika dah berkenan, jangan disimpan. Terus amik dan guna. Sama juga ketika saya nak beli barang. Bila sudah jumpa barang yang baik punya, terus amik dan pergi bayar. Tapi ada condition juga. Bukan pakai redah je. Kene tengok cantik ke tak, selesa ke tak dan mampu dimiliki ataupun tidak. Tapi, kalau skin blog pulak, kene tengok free ke tak. Wahahahaha....

Bila dah jumpa, apa lagi kita mulakan dengan make some editing on image banner. Pam....pung....pam buat dekat Adobe Photoshop dan saya akan buat sesimple mungkin but nice kan, jadilah kat atas tu. Bukan atas syiling tapi tu haaa! Banner dalam blog saya ni.

Lepas tu, masukkan kod HTML dan CSS. Tapi sebelum tu download dulu theme dan skin tu, pastu baru masukkan di bahagian Template->edit HTML. Jelajah coding tu, tengok size, font-Style, java script semunya. Kemudian, baru kita save. Kemudian, make some changes on Layout. Add some gadgets. Saya buat dan tambah mengikut yang asal. Tak tambah apa-apa pun.Saya tak buat page saya terlalu berat dengan gadget. Senang untuk korang baca dan tak menyesakkan mata. Hihihihi.

Hasilnya? 


Eh! Lari daripada warna hidup. Saya lebih suka kepada warna pink, purple, blue, and white. Tapi macam comel pulak yang ini. Sekali sekala ubah, apa salahnya. Kata designer. Mainan warna tu sudah menjadi rutin.

Yang ini pulak previous skin. Putih , bersih, suci dan murni je kan. Ikutkan malas nak ubah. Dah nampak cool. Tapi, disebabkan diri tengah lemah gemalai, layankan ajelah.

Yang ini, skin yang sebelum gambar kedua. Green turqouise. Tapi tak silap hanya guna untuk 2 hari je. Tak lama pun.

Dari mana saya perolehi skin template ni ek? Ala, ini semua on the spot je. Taip dekat search engine Google dan terjumpa 1 blogger yang menyediakan template yang sangat nice. Very nice!!!! So korang boleh pergi ke, Blogger Candy punya laman [Klik Sini]. *eleh, konfem ramai yang dah tau lebih awal daripada hang* Tak kisahlah, janji nak kongsi dengan korang semua.

Eh! Bos datang. Oklah, jumpa entry yang akan datang.



Share:

9 comments

  1. yang ni nampak comel sikit. still simple yet interesting. tak sakit kepala bila tengok.

    saya pun suka warna putih. and saya pun asyik cepat bosan je. sebab tu header tak habis-habis bertukar. haha.

    ReplyDelete
  2. Eh? Yg waner biru tu lawa lagilah! Hehe..suke3. Tp yg skrg pun cantik gak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahahaha..bukan biru yunk..tp hijau. cantik tapi x berapa suka design dalaman dia...
      dan xde menu bar. mlas nak edit2...nak terus ada je...

      Delete
  3. yang biru tu lawa la.. btw salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tu hijau yunk.....salam perkenalan...

      Delete
  4. cantek,, simple but nice.. xserabut mata nak tengok.. i likeee..

    ReplyDelete
  5. wahh....nice o...ehehe sambil tu datang nak sampai kan berita baik ehehe gua tag awak dalam GA ni
    http://sitracey.blogspot.com/2014/05/beauti-giveaway-2-by-rafydahouse.html#comment-form

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^