Kenangan Bersama Pendidik
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.
Hari ini 16 Mei 2014. Ada apa dengan 16 Mei ini? Hari ibu 11 Mei, hari ini hari apa? Laaaaa, buat apa banyak tanya. Konfirm korang taukan. Takkanlah korang tak tahu."Tak baik tau." (sambil jari telunjuk di ayunkan ke depan dan tangan lagi satu mencekak di pingang).
Sebelum saya nak buat sesi imbau kembali ni, saya nak inform awal-awal sebab entry kali ini agak panjang sedikit. Harap-harap korang tak bosan membacanya. Saya nak imbau apa yek? Ok, masa zaman persekolahan dahulu, mesti korang ada guru kesayangan korang kan? Mungkin juga ada guru yang korang palingggggg tak suka kan? Alaaa, masa tu jiwa kacau, ada yang korang suka dan ada juga korang tak suka kan. Al-maklumlah, hati nak bebas je. " Bebaskan, bebaskan. Tak mampu ku bendung lagi." Wahaha nyanyi pulak.
Masa zaman sekolah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk (SMKTD), saya ada seorang guru yang berjiwa besar dalam membantu kami untuk dapat A1 dalam subjek Matematik Modern, SPM. Beriya-iya dia mengharapkan kami satu kelas untuk mendapat A1 dalam Matematik Modern. SPM masa zaman saya guna A1, A2, B3,B4 dan sebagainya. Ye kot, tak pasti betul ke tak (sambil-sambil tu, tangan letak di atas kepala).
Macam-macamlah cikgu saya tu buat untuk memastikan kami dapat A dalam Matematik Modern. Dia pulunnya kami dengan berbagai latihan Matematik. Semua latihan daripada sekolah mana entah pun dia bagi kat kami. Ada satu masa tu, kami kene berdiri kat atas kerusi. Tak ingat sebab apa. Dalam keseriusan dia tu, ada gelak-gelak jugak sebab saya tak ingat siapa rakan kelas saya yang suka buat lawak. Daripada serius tu, jadi tak serius. Tapi cikgu saya tu tahan gelak. Eleh cikgu, ingat kami tak perasan ke? Tapi tulah, usaha beliau membuahkan hasil. Hampir semua rakan kelas saya mendapat keputusan yang dia inginkan. Walaupun pada tahun kami mengambil keputusan, beliau tidak lagi mengajar di sekolah itu tapi kami tahu, beliau gembira dengan keputusan yang Kami perolehi.
Terima kasih, Cikgu Sharina. 2 tahun menjadi guru kelas kami ( 4 Jauhari 1-Fizik dan 5 Jauhari 1-Matematik Modern) cukup memberi kami aspirasi dan menjadikan kami orang yang berguna.
Gambar kelas pada tahun 2006. Yang duduk tengah-tengah tulah Cikgu Sharina, guru kelas kami. Sorry cik, Eiza, empunya gambar ni, kita curi dalam blog awak , Dunia Kecil Yang Hijau. Jangan lupa jenguk blog kawan kita ni. Kita kan kawan. Hahahaha...Masing-masing dengan muka budak. Baru saya perasan, ramai juga yang jadi pengawas, pastu pelajar lelaki pulak tu. |
Yang ini gathering pada tahun 2010 juga. Sebelum gathering bersama Cikgu Sharina. |
Tak silap saya masa ini, raya pada tahun 2011. Hilang dah muka kebudak-budakkan. Sekarang ni, ramai yang dah kawin. Dan ramai yang dah ada anak. Alahai, comel-comel berlaka. |
Kisah kenangan saya dan kawan-kawan saya dengan seorang pensyarah ketika saya melanjutkan pelajaran di Koleh Matrikulasi Pahang(KMPH). Walaupun, setahun sahaja pengajian saya di KMPH, cukup bagi saya ada seorang pensyarah yang sangat gah dan beriya-iya mengajar kami. Tapi malangnya pensyarah ni dapat anak didik macam saya sebab lupa nama beliau. Serius! Lupa sangat-sangat nama beliau. Tapi, lepas saya scroll balik blog lama saya di Dunia Senyuman [Klik Sini], Oh!! Miss Zarina rupanya.
Beliau mengajar kami dalam English subject. Walaupun, English saya yang bukan tulen dan carca merba, segalanya berkecai, tapi saya suka belajar dengan dia. Dia mampu menarik minat kami untuk terus belajar English. Best wooo!!!! Disebabkan beliau juga, saya dengan suka hatinya menjadi sukarelawan dalam program Gala Night-English Day. Beliau merupakan penganjur program tu.
Kenangan bersama kelas H20 dalam Minggu Biologi semester 1/2008. |
Jamuan terakhir kami ketika kami berada di KMPH. Kami buat jamuan 2 hari sebelum tamatnya pengajian kami. Setahun sahaja pengajian kami cukup memberi seribu kenangan yang berharga. |
Akhirnya, saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kenangan saya dan rakan-rakan saya adalah bersama dengan Puan Suriawati dalam subjek Produksi Multimedia. Tak silap lah. Lupa lagi. Itulah kali pertamannya kami belajar dalam pangung wayang...opss!! terkantoi pulak. Eh, kami pergi ada motif tau. Objektifnya, kami kene buat review pasal cerita tu, kemudian kene perhatikan cara shooting movie tu dan kenal pasti setiap sudut pengambilan video. Kemudian, kami kene buat rumusan tentang penggunaan CGI dalam movie tu. Amik ko sekali kena buat. Patutla masing-masing khusyuk je.
Kami yang seramai dalam 10-15 orang (Tak silapla. Tak silap lagi!!). Termasuk pensyarah kami, iaitu Puan Suriawati, berduyun-duyun terjah MBO Batu Pahat Mall untuk menonton movie. Movie masa tu adalah Merong Mahawangsa. Kesemuanya daripada kami adalah pelajar jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat major multimedia. Sikit je kan jumlah kami. Apabila, Pn. Suriawati umumkan akan menonton movie sambil belajar, woo!!! masing-masing berkobar-kobar tengok. Pergi satu kelas kot, dengan pensyarah pulak tu. Semangatlah masing-masing.
Dengan pendekatan beliaulah, kami suka akan subjek tu dan lebih bangga dapat keputusan yang memberangsangkan.(yeke???@@@@) Betulah tu. hihihi...Terima kasih Pn. kerana berjaya bantu kami mengenali dunia produksi..
Cerita inilah yang kami tonton masa tu. Dah lama dah cerita ni. Janji best. Sebab boleh keluar dengan pensyarah dan kawan-kawan kot. Lastnya, rumusan entah kemana. Wahahaha.... |
Mereka adalah segelintir warga pendidik yang mampu memberi saya dan rakan-rakan, satu aspirasi ketika mendidik kami. Tak kira daripada sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, kolej matikulasi, dan univerisiti, mereka tetap memberi yang terbaik buat kami. Kenangan saya bersama warga pendidik bukan mereka berempat sahaja, malah ramai lagi. Ini hanyalah segelintir yang saya butirkan sebagai satu kenangan yang bermakna buat saya. Anda pula bagaimana?
Alhamdulillah, walaupun saya bukan menjadi sebahagian daripada warga pendidik, saya akui menjadi seorang pendidik mempunyai tanggungjawab yang berat. Apabila sudah meningkat dewasa, pengertian saya terhadap warga pendidik lebih meluas. Malah, ramai kawan-kawan saya menjadi guru atau pensyarah. Justeru, kenanglah kejayaan kita bukan sahaja dalam kerjaya kita ke, semua itu datangnya daripada dedikasi seorang guru/pensyarah.
******Berpeluh mencari gambar-gambar daripada blog lama, gambar daripada rakan, wahaha...sorry curi gambar. Kitakan kawan. hihihi. Cuma gambar kenangan bersama Pn-Suriawati je tak ada.Cho!!!!!!! Benda berharga pun boleh lupa simpan.
10 comments
salam. kenangan yang tak terlupakan..betul kan? :):)
ReplyDeleteBetul. masing-masing ada kenangan masing. kenangan ini akan kekal sampai bila2....
Deleteseronoknya... ada kenangan bergambar.... selamat hari guru ya..
ReplyDeleteSgt seronok. Hihihi
DeleteSaya paling tak boleh lupa kesemua cikgu math saya. Sebab saya tak minat math dari sekolah rendah. n selalunya tak siap homework.
ReplyDeletewahahaa...sebab kes tak siap homework , kite prg kene diri atas kerusi.
Deletehehe .. jasa guru tiada tandingannya .. ~~ bestt woo, bila recall balik time skolah .. ~ bnyak suka duka, pahit maniss bersama guru.. ada ckgu yang kta suka, ad yang kta tak suka, lumrah namanya.. tapi last2 bila dah berpisah semua, sungguh .. rindu bukan kepalang >_<
ReplyDeletedatang follow sini dah :)
kann.....hal-hal dulu menjadi kenangan. terima kasih.
Deletedari muka adik-adik hinggalah ke muka kakak-kakak :D
ReplyDeletesekarang bukan muka kakak-kakak dah....mcm muka mak2 pulak. hahahaha....
Delete