The Liebster Award ~ Blogger Khamsi Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua....
Jujur saya cakap bahawasanya, saya tak terfikir akan ditag dalam Segmen Liebstar Award ni. Selalunya saya hanya memerhati dari jauh, dari ufuk selatan je. Tak terfikir akan ditag. Buat julung kalinya, saya akan menjawab beberapa soalan daripada blogger Stanzaku: Khamsi Abdullah. *Maaf le, saya lambat menjawabnya. Ni jawapan saya. - Kening dah berkriuk-kriuk memikirkan jawapan yang sesuai.*
1. Kenapa anda berblog?
Kenapa saya berblog? Kenapa yek? Well, mula-mula saya berblog ketika semester pertama tahun 2008. Masa tu, lecture saya memperkenalkan tentang blogspot ni. Awal blog, hanyalah cebisan kata-kata yang entah apa-apa. Pastu rasa boring. Diam agak lama. Lepas itu, saya kembali dengan Dunia Senyuman. Saya bangunkan balik blog lama saya dengan Dunia Senyuman *kadang-kadang jelah*. Pada tahun 2009, saya aktif berblog dan membuka laman Cerita AlongWawaErna(sekarang ni). Akhirnya, saya akui bahawa saya suka blog ketika saya kekosongan dan keseorangan dan adakalanya ketika saya penuh dengan idea. *macam tak kene je jawapan dia*
2. Sudah berapa lama anda berblog?
Rasanya macam dah jawab dalam soalan pertama. Starting to write in blogspot on 2008 but the true time on 2009 for first blog. Kemudian stop pada tahun 2012. Kenapa stop menulis dalam blog Dunia Senyuman? Rahsiah terpahat di hati. Lepastu, aktif balik dengan blog baru iaitu Cerita AlongWawaErna pada tahun 2012 jugak sehingga kini. Kira dengan jari,sudah 6 tahun berblog. *Lama jugak rupanya*
3. Anda rasa anda berblog sampai bila?
Sampai saya rasa nak muntah berblog. * toinkk!!!!*
4. Anda pelajar ataupun bekerja?
Sudah semestinya bekerja.
5. Apakah pendapat anda terhadap realiti kehidupan di Kuala Lumpur?. Di Malaysia bagi yang tak tinggal di Kuala Lumpur.
Emmmm...Saya tinggal di Skudai, Johor dan kampung di Pengerang, Johor. Jadi tak tahu kehidupan di Kuala Lumpur macam mana. Tak boleh nak imagine. Macam mana tu?? Tapi, as my personal option lah, kemana sahaja kita tinggal, kemana sahaja kita menetap, cabaran sentiasa ada dan ianya bergantung kepada kita bagaimana kita jalaninya. Bagaimana kita mengawal kehidupan kita supaya tidak tertugang terbalik badan kita.
6. Apakah buku yang anda rasa paling terkesan selepas membacanya? Kenapa?
Muhammad Bin Abdullah. Kehidupan, perjuangan dan dakwah kekasih Allah. Sampai menangis-nangis kot. Adik saya baca pun boleh menangis kot. Saya ada menulis review tentang buku itu dalam blog pertama saya dalam Dunia Senyuman. [Klik Sini] untuk tahu lebih lanjut mengapa saya begitu terkesan.
7. Apakah filem yang anda rasa paling terkesan selepas menontonnya? Kenapa?
Filem apa yek? Saya tak ingat. Serius!! Tak tahu filem apa. Biasanya lepas tengok filem, ianya akan hilang begitu sahaya. Bagaikan angin lalu tanpa meninggalkan kesan.
8. Oleh sebab saya minat seni. Cabang seni apakah yang anda minati dan kenapa?
ART dan GRAPHIC DESIGN (Illustrator)! Almost graphic design. Mengapa? sebab saya memang suka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yg pelik lagi memualkan. Lagilah saya bekerja di bahagian creative design dan multimedia dan membuka perkhidmatan kecilan dalam menghasilakan grafik.
9. Apa yang anda nampak pada diri anda pada 5 tahun yang akan datang? (Kerja, kehidupan, ekonomi etc.)
Saya tak boleh jangka dan tak nampak apa yang akan berlaku pada 5 tahun akan datang. Mungkin saya dah tiada di dunia. Semua itu saya tak boleh jangka. Sebab kuasa untuk menjadikan ianya berlaku pada Allah S.W.T. Jadi apa yang saya boleh lakukan adalah berdoa untuk 5 tahun akan datang . Saya berharap ketika itu, saya sudah kahwin dengan en.Tunang saya *semua orang impikan benda yang sama kan*, sudah boleh buka kedai perkhidmatan design sendiri, sudah ada rumah sendiri dan ada 3 orang anak. Wahahahaha......sugguh tinggi angan-angan itu.
10. Apakah pencapaian anda paling besar setakat sekarang?
Pencapaian paling besar, segulung Ijazah Sarjana Muda dan Sebuah kereta. Toink2!!! lagi...
11. Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers?
Apa yang penting, gembira menulis dan berkongsi ye kawan-kawan. GAMBATE!!!!! :)
That's all. Saya harap anda berpuas hati dengan jawapan saya ye wahai en Khamsi Abdullah. Terima kasih sekali lagi. *Tidak terfikir untuk tag sesiapa, takut-takut ramai majuk dengan saya*...wahahaha..poyo je lebih.
3 comments
Ana baru je jwb soalan encik KA semalam. Hari ni wawa pulak kan. :D ngeee~
ReplyDeleteuiiii sebuah kereta. hehe.
ReplyDeletelama dah blogging upenyeee
Wawa..maaf lambat baca jawapan taw. Pergh la tapinye jawapannye pun.. details sedetails2 nyes.. (Sambil bukak new tabs untuk link2 Dunia Snyuman).. So, kite start blogging lebih kurang dalam tahun yang sama.. Designer la ni.. Stail. hehe.. Terima kasih banyak Wawa sebab jawab semua soklan tu taw.. all the best:)
ReplyDelete