Mee Kolok, Atirah Eatery

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua..

Hari ini, sehari suntuk teman kawan saya, Dyasmira @ Mira pergi Klinik Muru di Kolam Air, Larkin. Kesian kawan saya tu, alahan satu badan. Penuh bintik-bintik kecil kat badan. Dua minggu rasanya. Tapi, lepas berbual dengan mak saya, mak saya cakap, mungkin Mira kene campak keladi. Bukan demam campak tau. Demam campak terus yang bintik besar-besar tu. Yang ini kecik-kecik je. Kalau tak rawat dengan cepat, boleh demam. Penawar dia? Minum air kelapa. setel.

Sebelum teman Mira pergi Klinik Muru tu, dia ajak saya makan Mee Kolok di Hutan Bandar,Johor Bahru. Mee Kolok? Apa tu? Pertama kali saya dengar Mee Kolok. * Yelah tu pertama kali. Mira tu dok asyik cakap mee kolok. Sampai nangis-nangis kat husband dia nak makan mee kolok.* Opsss!!!! Hahahaha....

Mee Kolok bukan makanan negeri Johor tau. Mee Kolok adalah sejenis makanan yang cukup popular di negeri Sarawak. Mengikut kata-kata en.Wikipedia, gerai-gerai di daerah Kuching, Sarawak banyak menyediakan Mee Kolok. Menurut en.Wikipedia lagi, Mee Kolok dihidangkan bersama kicap dan kuah sup. 

Tapi, saya kat Johor. Mana ada peluang nak pergi Sarawak. Jadi, kita serbu warung Atirah Eatery yang menyediakan Mee Kolok. Bukan Mee Kolok sahaja tau, malah Char Mee pun ada. Char Mee tu apa? Saya pun tak tau. Sampai-sampai je, mak cik tu kata Char Mee belum panas, Mee Kolok je yang dah panas. Tak apalah mak cik. Kami datang pun nak makan Mee Kolok.

Kawasan gerai dia bersebelahan dengan Hutan Bandar, Johor Bahru. Disebabkan kami parking hujng sebelah kiri, berdekatan dengan Hutan Bandar, ambil gambar tepi pun jadilah. Banyak warung kat sini. Boleh juga dikatakan sebagai medan selera. Wahaha..menambah je kerja aku.

Bila korang parking atas, memang nampak dah warung Atirah Eatery tu. Tapi memandangkan kami parking hujung sekali, kene menapak jauh sikit. Pastu cari signboard "Atirah Eatery" tu.

Menu dia memang ada dua je iaitu Mee Kolok dan Char Mee. Masa kita orang datang, Mee Kolok dah boleh dihidangkan kat orang ramai. Self-service okai. Jangan main-main tau.

Taraa!!! Inilah Mee Koloknya. Sedap! RM5 untuk satu mangkuk. Mee Kolok ni menggunakan yee mee bersama hirisan ayam yang boleh dikatakan tebal hirisnya, daun bawang dan kuah sup. Sedikit sambal. Sedap! Bagi saya yang memang tekak orang Johor, bila mencuba makanan negeri orang lain, yes! berkenan di jiwa. *Nak sedapkan hati lah tu*..Eh! Betullah.

Mira cakap, kalau nak makan Mee Kolok, kene datang awal kat warung Atirah Eatery ni. Sebab cepat habis kot! Walaupun operasi bermula pada pukul 8.00 pagi dan habis pada pukul 2.00 petang, dan korang datang pukul 12.00 tengah hari, jangan berangan nak makan Mee Kolok. So, better korang datang pukul 9.00 pagi. Pastu berebut-rebut nak Mee Kolok. Ni alamatnya :

Atirah Eatery
Hutan Bandar Johor Bharu Jalan Tasek Utara, Taman Bakti, 80200 Johor Bahru

Sebelum pergi ke destinasi seterusnya, kita ke sini dulu. Jadilah kat bahagian depan Hutan Bandar ni. Katanya, nak masuk sini kene bayar.


Jangan lupa singgah!!!!!!!




Share:

4 comments

  1. Dekat hutan bandar tu ada ciken chop , murah juga. Sedap pun sedap. ^^

    p.s : singgah & follow erna. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa! yg kat bawah tu kan? RM5 je kan? kat si tu belum pernah pergi lagi. Yg dekat dgn TNB tu je pergi. Tu cawangan dia kan?

      Delete
  2. sedapnya nampak.. ayam dia nampak macam sweet2 je dengan potongan macam tu.. xboleh jadik ni.. nak jugak la..

    ReplyDelete
  3. haaa..makanannn..sedapnya...hani datang sini

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^