Memilih Produk Perawatan Muka- Safi vs Nutox

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum. :)

Akhirnya! saya dapat menyiapkan empat helai muka surat design katalog produk untuk Metalux (my lovely company...kononnya). 2 minggu berhempas pulas, jiwa menjadi kacau menyiapkan design untuk syarikat kesayangan saya (diulangi "kononnya"). Well bos, i'm very sorry for the late sending amendments. Everytime, my precious shiba got stuck. I'm waiting for my new laptop. When you want to give me a new laptop. I AM WAITING!!!

Disebabkan kerja bertimbun (untuk masa ini lah), shiba jadi bengong jap. Tambah lagi, saya dapat beberapa permohonan kawan-kawan saya yang meminta untuk design kad kawenlah, logolah(minta ampun, terpaksa lambat menyiapkannya, ampunkan saya na) ,cik shiba bertambah bengong. Haa! ERFAy' ART WORLD dah tak sabar nak bersua muka.

Lagi parah, jerawat saya makin bertimbun. Apa kene-mengena dengan jerawat? Tension punya pasal, jerawat hadir dengan jayanya. Pastu, datuk resdung pangkat moyang terjah mohon balas kerinduan, tu yang makin berlambak dan besar-besar jerawat tu.

Tapi, tak mengapa! sekarang ini kan banyak produk di pasaran. Dalam facebook pun sama. Berduyun-duyun promosi untuk tarik minat korang-korang semua, murah lagi you...Siap dengan testimonial sekali ( Tapi saya tengok, orang yang buat testimonial tu sama ja. Copy and paste ka?). Saya ada jugak cuba produk-produk yang dikatakan berkesan dalam tiga hari, ada kata tujuh hari, yang 24 jam pun ada (aikk, betui ka? macam magic swan pulak sampai 24 jam berkesan).

Tapi, hampeh. Sekejap je guna produk tu (nama produk tidak dapat disiarkan ketika ini). Sebab menggunakannya ialah murah dan ramai kata berkesan..tapii???@@@...Akhirnya, saya guna balik produk yang asal. SAFI jugak pujaan hati saya. Murah pun ya (boleh lah), halal pun ya. Saya juga merupakan penguna produk NUTOX..ala produk yang ada Fazura tu. Mahal kot! Memang mahal...Tapi tak semuanya saya guna, ada beberapa je saya guna. Jadi, masih lagi bawah RM50...


Dua produk menjadi pujaan hati saya. Dua-dua serasi dengan kulit. Walaupun tak mampu menangkis resdung, tapi dapat menangkis jerawat yang cuba timbul.

Mula-mula saya menggunakan produk NUTOX, was-was jugak. Kepala mendongak ke langit sambil tangan bersilang memikirkan adakah Nutox dan Botox merupakan benda yang sama?..ye kot..ehh! bukann!!...Ianya adalah berbeza. Rupanya, NUTOX adalah produk berasaskan sarang burung layang-layang (Bird Nest). Kita orang Islam pun boleh pakai. Tiada masalah. Gunalah tanpa was-was. Memang best je pakai produk NUTOX. Rasa wangi je. 3 jenis je yang saya guna sebab bersesuaian dengan keadaan muka (bukan sebab mahal ke..@@##$$) ...


1. Nutox BNest Trinity Radiance Cleansing Gel - Disebabkan kulit saya yang berjerawat, jadi saya memilih pencuci muka jenis gel, katanya ianya sesuai dgn muka macam saya nie. Selepas cuci muka dengan benda alah ni, saya rasa ade ketegangan sedikit. Pastu rasa wangi je lepas cuci muka.        2. NUTOX BNest Trinity Skin Reborn Exfoliator - Kadangkala, terasa kulit kasar dan semacam kusam. Jadinya, saya gunakan benda alah ni selepas mencuci muka. Rasa macam gam. Bagusnya, selepas kita gosok dimuka sehingga kelihatan kehitaman tu, kulit rasa licin dan segar. Rasa lebih ringan. Fungsi Skin Reborn nie adalah untuk membuang sel kulit mati. Gunakan 3 hari sekali selepas mencuci muka.       3. NUTOX Oxyfusion Skin Refining Astringent -  Senang kata dikira sebagai Toner. Lepas guna toner ni, kulit saya rasa lebih segar dan sejuk je. Wangi tentu ada. Kulit pun terasa lembam. Itu belum guna pelembap muka lagi. Selalunya saya sembur di kapas muka atau pun sembur terus kat muka. Jangan sembur kat mata sudah.

Kalau ongkosnya kurang, saya guna produk SAFI- suci dan bersih...Tak yah susah-susah nak oder, pergi Watson atau gurdian je (NUTOX pun ada jual di Watson atau Gurdian).Kedai runcit pun ada jual. Senang diperolehi. Mostly, saya lebih banyak menggunakan produk SAFI berunsur sari gamat. Sesuai dengan kulit berjerawat. Wangi pun ya. Tapi bukan sebab wangi ye tapi guna produk yang boleh melindungi kulit korang-korang tu.


1. SAFI Pembersih Muka Anti-Jerawat Sari Gamat - Selepas membasuh muka menggunakan benda alah ni, pastinya rasa wangi. hihihi tapi yang penting jerawat seperti mengecut. Taklah sampai hilang. Ambil masa jugak la.         2. SAFI Nano BioWhite & Q10 Penyegar - Selepas mandi, wajib menggunakan penyegar, baru nampak segar sikit. Bila sapu menggunakan kapas muka, hitam kot(tak adalah hitam mana pun..saja je tu).     3. SAFI Nano BioWhite & Q10 Serum -  Jika rasa-rasa kulit semacam tua, pakailah serum. Kebanyakkan serum memang mahal sebab dia ada anti-penuaan. Kiranya, SAFI membantu menghasilkan serum yang baik dengan harga yang mampu dimiliki. Memang terasa tegang wo.         4. SAFI Pelembap Muka dengan Sari Gamat -  Selepas pakai tonner, baru boleh tepek pelembap ni, memang terasa kulit sangat lembap. Yang paling bestnya, saya menggunakannya di hari siang dan juga malam. Jimat jugak. Yang penting, kulit terasa holio.

Ada orang kata, tak bagus pakai produk bertukar-tukar atau bercampur. Well, kulit saya memang bermasalah disebabkan atuk resdung yang berpangkat moyang ni. Sedikit sebanyak, produk Safi dan NUTOX dapat mengurangkan kematangan jerawat-jerawat manis saya. Kata en. emm emm, dia tak kisah pun (Ye ke die tak kisah?)....

Diantara kedua-duanya, dua-dua sangat ok. Pada sayalah. I am very satisfied. Jika modal lebih, saya boleh guna Nutox. Jika, kurang modal, ada Nutox , ada Safi. Right now, I am using 3 produk Nutox(Pencuci muka, skin reborn untuk sel kulit mati dan toner) and moisturiser drpd SAFI( suci dan bersih ---> sambil kedua-dua belah tangan di letakkan di pipi muka ala-ala kiut gitu..Oh!! please lah.)...:)


Suci bersih je muka. Padahal, jerawat bertepet kat muka. Sedar akan kekurangan diri...:(
Walau bagaimanapun, kecantikan itu datangnya daripada Allah. Jika cantik di muka, tidak cantik di hati, maka macam buah yang busuk di dalam, elok diluar. Bahaya! Niat kerana Allah, kecantikkan itu untuk bakal suami..eh, silap..hihihi...kecantikan untuk membentuk keyakinan diri. Allah jualah yang memberi kecantikkan sebagai amanah untuk beribadah kepada-Nya...:)

Terima kasih membaca.Jumpa lagi. :)


Share:

7 comments

  1. sy masih mncari produk yg sesuai... en.wink2 kdang2 ade gak komen...tp tk penah lgi la tahap membunuh jiwa...tp kdang2 sntap gak... hmm..risau jgak la..kot la sebb bnde ni..kang lain lak dier pk... lgi2 time dier puji org len..rse RENDAH DIRI yg amat sgt... rse cam nk suh dier g kat org len...huhuhu..sedey tau muke gini.. sikit jerk pun..mmbunuh keyakinan diri utk trus rse cam diri ni cantik... fuhhh...

    ReplyDelete
  2. Najef Alya:

    Ikutkan kulit kita cantik sebenarnya...tapi sebenarnya kita ada masalah dalaman.....emmm..tapi saya tengok dah ok....rg tua kata..dah kawin, kulit cantik dah..yeke?...rendah diri tak pe...tapi kene semangat sebab ianya akan hilang jgak t..jom wat facial..kkikikiki

    ReplyDelete
  3. cuba try produk himalaya . Saya pun jenis muka cepat jerawat nak naik, tapi lepas pakai himalaya, jerawat dah tak naik kecuali time period. Sekarang tinggal nak buang bekas tapak jerawat :D

    ReplyDelete
  4. just nak share.. kalo kita ade masalah kulit yg teruk (outer) sembuhkan yang (inner) dulu insyaAllah yg luar pon akn sembuh ckit demi cikit.. Jom try Inner Nutrition Herbalife & Outer Nutrition Herbalife~he e he ..
    Boleh order ngan kita kalo nak. Free konsultansi

    ReplyDelete
  5. nak sihat? nak kulit cantik? kunjungi laman kami untuk mendapatkan tips dan info berkaitan kesihatan anda. pakar rundingan kami sedia membantu anda. http://marissaestheticshq.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. nak tanye.. safi balqis nie boleh hilangkan parut ? expectically kulit lelaki.. macam kulit buaya.. susah nak ilang.. boleh ke ? :)

    ReplyDelete
  7. Kalo safi y krim kaler ijau y aloe vera 2 y ley ilang parut,pencuci lak y mentimun,kaler ijau gk,.


    Nk dptkan pelbgai rgkaian prduk kcntikan dlman n luaran blh pm wasup 0196225344

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^