Bubur, Sup Telur, Sambal Ikan Bilis dan Gula-gula Terindah
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum...:)
Ok! Hari ini hari Ahad. Hari Ahad hari berehat. For those, who working on goverment, happy working day. And for those, who working on private company, happy holiday (like me! hihihi) But, for those who working as Imigresen, yang mungkin hari ini mula bercuti, selamat bercuti dan yang mula berkerja, selamat bekerja. Apa ke pelik tetibe Imigresen ni?
Cuti yang penuh menduka citakan apabila diganggu oleh sang batuk kering. Demam sudah berlalu pergi tapi yang ini sang batuk kering memberi seribu keperitan dalam diri. Haaa! amik kau bila sudah bermadah.Sabar! sabar! penyakit itu hadiah daripada Allah, penghapus dosa kecil. Bila diri ini sudah berkata begitu, layankan jelah batuk ni Walapun sakitnya nak terbatuk-batuk. Haahahahaha.....
Well, batuk-batuk pun, makan tetap makan. Gigih ni nak memasak walaupun simple je. Saya rasa semua orang boleh buat. Untuk yang bawah 13 tahun, sila dapatkan nasihat daripada ibu-ibu dan ayah-ayah korang.. Bahaya! Macam tv show pulak. Tekak tak tau nak makan apa, janji perut perlu diisi. Tak memasal, perkara lain yang jadi.
Jadinya, saya hanya menyediakan bubur dan beberapa lauk yang simple tapi sedap dimakan. Yang penting, semua nutrisi mesti ada. Jomm, kita layan.
Sambal Ikan Bilis Ala-ala Bujang:
Bahan-bahan :
1. Ikan bilis ikut sukatan sendiri (Pastikan ikan bilis digoreng terlebih dahulu).
2. Bawang merah yang dihiris mayang
3. Lobak merah(potong ikut bentuk yang korang suka).
Bahan kisar/tumbuk(siapa yang rajin menumbukla):
1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Lada kering.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan sehingga minyak naik ye. (Yang ini,dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah faham mengapa mak kata tunggu sehingga minyak naik. hahahaha....sorrylah mak...saya pakai masak je ni).
2. Selepas minyak naik, masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan bawang merah yang dihiris mayang bersama lobak merah.
3. Tambah garam secukup rasa. Akhirnya, siap dan boleh dihidangkan. :)
Sup telur. Masakan yang senang jugaklah. Tapi sup telur ni nampak macam kurang bentuk. Nak buat macam mana, masa nak pecahkan telur tu, saya terketuk kuat....hahaha |
Sup Telur:
Bahan-bahan:
1. Telur 2 biji.
2. 1 1/2 Fish ball di potong dadu.
3. 1/2 Lobak merah dihiris kasar.
4. 1 biji Kentang potong 16(nak potong 4 pon boleh. Nak potong 8 pun boleh).
5. 1 biji Lada merah dihiris kasar.
6. 1 biji bawang merah dikisar bersama 1 1/2 ulas bawang putih.
7. Ikan bilis ditumbuk.
8. Air ikut sukatan sendiri.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta lada merah. Gaul sehingga naik minyak.
2. Masukkan air dan masukkan kentang. Tunggu sehinga air mendidih dan kentang menjadi empuk.
3. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan lobak merah dan fish ball yang dipotong dadu.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Siap lauk yang kedua!!!
Sambal ikan bilis dan sup telur ni, masak untuk seorang makan sahaja. Kalau bagi kat mak dan ayah rasa, apalah mereka punya riaksi..Kalau bagi kat bakal suami, apalah riaksi dia yek.huhuhuhu.....
Bila saya seorang kat rumah ni, dapat melantak, semua tak ingat. Tapi sikitttt je makan. Saya tak boleh makan terlalu banyak dalam satu masa. Tak memasal, saya muntah balik semua makanan yang dimakan. Ini semua gara-gara si GERD. Salah saya jugak, tak jaga permakanan. Akhirnya, dapatlah gula-gula yang terindah dalam hidup saya.
Apa-apa pun, pastikan pengambilan air suam atau air masak ye korang semua. InsyaAllah, sakit tu hadiah Allah.Penghapus dosa kecil. Tapi kenelah usaha untuk mencegah dan mengubatinya. Dalam masa yang sama, kene jaga permakanan. Saya cuba untuk jaga permakanan saya, walaupun ada jugak saya langgar. Hahahahaha....
Terima kasih membaca dan selamat mencuba!...:) Gambate!!!! Jumpa lagi..
1 comments
terliur bubur tu..
ReplyDeleteberbalas singgahan...
salam follow join this site