Perkara Yang Dilakukan Ketika Berjalan-Jalan di Pusat Membeli Belah
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum. :)
Masa saya berada di Parit Raja dulu, setiap minggu saya dan rakan-rakan saya mesti keluar berjalan-jalan ke bandar atau dikenali 'OUTING' (mak datuk, kaya sangat ke sampai setiap minggu keluar ke bandar? Tak ke bandar pun, shopping complex je pun). Depa(pelajar) tak panggil keluar berjalan-jalan, depa panggil outing. Rasanya, semua sebut outing. kikikiki...Baru ada semangat selepas berguling depan buku dan coding yang membahang.
Apabila keluar, masing-masing mesti teruja sampai kecoh satu rumah. Oh, rindu sangat dengan budak rumah M2-05! Bila keluar, benda yang selalu dibuat ialah makan, jalan-jalan, main bowling atau tengok movie. Tu jelah kot. Sometime, we go to the shopping( kalau duit tu berkepuk dalam dompet la). Paling tak boleh tahan, mana-mana tempat yang kita orang berhenti dan cantik, mesti snap gambar.
Sampai sekarang pun, cara saya berouting ke shopping complex yang dulu kala, kekal sampai sekarang. Perbezaannya ialah kawan-kawan yang saya keluar bersama. Nak tau ke apa yang saya buat ketika berouting di shopping complex? wahahaha, macam bagus pulakkan. I haven't tips that can make your outing become a wonderful like star + flower in your head. Tapi, untuk mendapatkan kepuasan, boleh aja.
Pertama, korang harus memilih pakaian yang sesuai dengan keadaan pada hari tersebut (kita perempuan ok, haruslah memilih pakaian yang sesuai). Bagi kaum adam, jangan merungut isteri-isteri atau tunang-tunang korang yang sedang bersiap. Itu memang dah lumrahnya sebagai seorang wanita.The simple one is choose the color for your clothes. Tak kisahlah, t-shirt ke, blouse ke, kurung ke asalkan warna ok, DONE!
The that day, saya memilih warna biru. Biru memberi ketenangan. Hanya t-shirt yang ringkas dan jeans yang longgar memudahkan pergerakkan. Tudung bawal daripada Erfay' Collections. Yang tak sangkanya, my friend choose the blue color too.- Together with MY LOVELY MIDNIGHT |
Kedua, cari tempat untuk melampiaskan kelaparan. Kita makan dululah. Baru ada tenaga untuk meneruskan aktiviti di shopping complex. Kalau tak ada tenaga, mcm mane nak meneruskan perjalanan. Betul tak? (Nampak sangat pergi waktu tengah hari)...
Ketiga, mari tonton wayang! Memandangkan, sekarang ni musim cerita yang bestlaaa sgt, konfem yang kaki wayang berpusu-pusu pergi dapatkan tiket. Daripada pemerhatian saya, ada keluarga yang bawa anak-anak pergi melihat cerita berunsurkan kekeluargaan. Macam cerita Frozen(yang nie, saya tengok di rumah je). Serius!comel giler. Kisah tentang adik-beradik. Ada moral value kat situ. Pandai-pandailah pilih cerita.
Keempat, Shopping!! Bab ni, kaum seperti kami memang suka. Tak dapat beli barang tapi sekadar mengusha, ok je. Jadi, bersabarlah kaum adam dengan isteri-isteri kamu, dengan tunang-tunang kamu yek. Tapi, saya ni spesis yang jarang bershopping. Hanya barang tertentu je beli. Kebanyakkannya, lebih kepada teman orang bershopping. Tapi, apabila ada barang yang saya inginkan sangat-sangat, saya akan cari sampai dapat.
Blue shirt lagi dan Donut Big Apple. Puas kot. - AEON, Bukit Indah |
Tapi, setiap orang ada cara tersendiri ketika berouting dalam shopping kompleks. Mungkin lebih kaw punya daripada aktiviti saya. Tak pun lebih berstrategi macam nak pergi berperang. Pulak dah..hahaha. Tak kisahlah aktiviti apapun, yang penting jangan lupa SOLAT! itu patut diutamakan. Lepas solat, sambung balik aktiviti kita yang lain sebab, macam sia-sia je aktiviti kitakan.... :)
Sampai sini sahaja perkongsian saya. Jumpa dihari yang akan datang..:)
2 comments
Happy Weekend rite? ;)
ReplyDeletekak tl : of course! hehehe...puas sgt2..!!!!
ReplyDelete