Lagi Tentang Camera 360 - Bunga Tenaga Solar

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wahai pembaca sekalian...:)

Jujur, semalam terlalu kepenatan sehingga tidak dapat berkongsi apa-apa pun. Capet bangat!!!! Semalam cuti, hari ini kerja. By the way, tommorow is holiday! Only me because I have dating with someone at HSA.

Kembali hal semalam, sejujurnyalah (jujur ni, tiada mainan disini), saya nak berkongsi lagilah tentang kegilaan saya terhadap penggunaan aplikasi Camera 360...alah, bercapuk dah camera 360 tu. Tak kisahlah korang nak kata apa pun, tapi saya rasa seronok mengambil mana-mana gambar menggunakan Camera 360.

Addicted sangat, sampai buat research segala bagai, macam nak buat PSM pulak. Rasa macam nak sambung belajar, kemudian bangunkan aplikasi serupa macam camera 360, tapi lebih hebat sehingga menandingi Camera DSLR...angan-angan je lebih tapi tak kisahkan apabila kita memikirkan sesuatu yang boleh menambahbaikkan yang sedia ada...Wahai pelajar junior FSKTM, UTHM!!!! ambillah peluang ini untuk membangunkan aplikasi semacam camera 360....kikikiki...macam depa-depa semua baca pula kan?

Jadinya, daripada pagi sehingga ke petang untuk semalamnya, saya ada menolong seorang staf yang sama tempat kerja dengan saya. Dia ni pindah rumah. Sebelum ni, dia sewa satu rumah gedebuk macam tu tanpa penyewa lain. Dia kata, senang kalau mak dan ayah dia nak datang sini. Tak payah nak sewa hotel. Dia orang KL. Tapi, cuba kawan-kawan bayangkan berapa harga sewa rumah jika seorang je yang menyewa. Lainlah kalau ada penyewa lain.

Harga sewa rumah tu RM700....Tujuh ratui cik kak...Gaji pun belum tentu lepas. Tapi tak pa la, dia sanggup. Mula-mula ja sanggup. Lepas itu, dia rasa macam membazir, akhirnya dia sewa bilik je. Nak dijadikan cerita, dia mintak tolong bawakkan barang-barang dia daripada rumah lama ke rumah baru.

Masa tengah menunggu dia punggah barang, saya ambil kesempatan mengambil gambar sekuntum bunga di dalam kereta saya menggunakan Camera 360. Kali ini melakukan perbezaan terhadap HDR Effect. Mulalah, tangan saya menghalakan Smart Phone saya ke atas bunga jelmaan dalam kereta saya.

What i get from this action? Let's go to scroll down.

Daripada HDR Effect, korang boleh pilih beberapa HDR selection part (Primary, Soft, Gorgeous, Classic, Bright and Storm). Apa yang kita boleh lihat adalah perbezaan daripada segi ketulusan dan keaslian warna sesuatu objektif serta keaslian keadaan sekeliling. Maksudnya, panorama yang berada di hadapan kita.


Dah menjelma pun bunga jelmaan dalam midnight ni. Rasa heaven ada bunga yang bergoyang-goyang depan mata. Menggunakan HDR Effect -Primary. Masih mengekalkan keaslian pnorama.Tapi warna nampak macam pudar.
Bunga jelmaan yang memberi impak maksima ketika memandu. Betul, ianya mampu menghasilkan mood yang baik. Korang cubalah tanam bunga jelmaan ini dalam kereta. Ini semua didikan bonda tercinta di kampung. 

Mula-mula saya beli midnight, mak saya dah mencorak apa yang akan diletakkan dalam kereta saya.Mak saya yang terlebih excited. Keluarlah perkataan 'bunga' dimulut beliau. "Letak bunga goyang-goyang macam dalam kereta ayah, along". Siap goyang-goyang. Mesti mak excited tengok bunga jelmaan ini dalam kereta saya.

Kita scroll down lagi untuk melihat perbezaan antara HDR Soft, HDR Gorgeous, HDR Classic, HDR Bright dan HDR Storm...:

Bunga jelmaan jadi lembut semacam je. Berkesan  terhadap warna pink. HDR Effect - Soft.

HDR Effect - Gorgeous.

Klasik sangatlah cik bunga jelmaan. Bunga jelmaan disetkan pada HDR Effect- Classic.

HDR Effect-Bright memfokuskan kepada pencahayaan. Jadi, bila gambar tu nampak malap, warna nampak suram akan jadi cerah, ala-ala semula jadi.

HDR Effect - Storm. Korang nampak storm ke? Hahaha, Panorama seakan-akan lebih terang dan nampak lebih garang.

Nampak perbezaannya kan? Banyak lagi yang boleh dibuat perbandingan antara effect-effect yang ada. Nanti-nantilah yek. Saya harus berhenti dahulu untuk setup computer baru dalam office ni. Ohhh!!!! blog ketika kerja yek! Kantoi..nak buat macam mane, sementara menunggu installation Adobe dalam komputer baru, kita berblog lah kan. Masa itu emas, jangan sesekali membazirkannya.

Alang-alang berbolong, jangan lupa baca Bismilah, mudah-mudahan Allah memberi panduan untuk perkara yang bermanfaat. Allah, sebaik pemberi panduan kepada kita.

Terima kasih membaca. Jumpa lagi...:)


*** Gambar-gambar tersebut mengunakan aplikasi camera 360 dalam Samsung Grand (GT-I9082).



Share:

2 comments

  1. nanti try buat Camera 360 yang ala2... >> macam comel jerk..macam cantek jerk... ekekekeke.. ;P

    ReplyDelete
  2. kan2.....comeljekan...jikalah ada kudrat utk menghasilkannya...hahahaha

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^