Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua....
Akhirnya, saya dapat menjejakkan kaki ke Tanjung Piai, Pontian, Johor. Tanjung Piai di iktiraf lama dah sebagai penghujung Benua Asia (Macam bangga pun ada..kakaka). Berkurun nak pergi jalan ke Tanjung Piai. Ini semua angkara Aziah, sahabat saya di UTHM tu. Asyik dok ulang yang dia seronok pergi Tanjung Piai. Dia kata, memori dia tu. Dengan siapakah Aziah? cerita lama usah di kenang, tapi simpan dalam-dalam. hihihi..
Ahad lepas, 27/04/2014, saya ada appoitment di Hospital Sultanah Aminah (HSA). HSA sokmo. Alah, amik darah je pun. Satu tabung uji penuh okai. Masa nurse nak cucuk tu, saya pejam rapat-rapat okai. Bukan takut jarum, tapi takut sakit je. Hahaha.. Tapi, tak ada rasa apa-apa pun okai. Cuma, lepas nurse tu amik darah baru terasa sengal-sengal di pelipat tangan. Alahai rasa nyesal pula amik darah di bahagian tangan kanan tapi selalunya tangan tu juga kene cucuk. hahaha...Kesian en.tunang kene cari park kereta. HSA memang penuh dengan manusia. Lagilah, hari ahad.
Selepas ambil darah di HSA, saya dan en.tunang terasa lapar. Apa taknya, perut kosong. Tak sarap lagi. En.tunang ajak makan kacang pool yang sedap kat Larkin tu. Alah, kacang pool suami kepada pelakon Wan Maimunah tu. Tempatnya sebelah Balai Bomba, Larkin. Bersebelahan. Bagi kami yang baru first time nak makan kat situ, dok tekan kat waze. Oh! dekat je....hahahaha. Banyaklah dekat. Masa sampai tu, en.tunang kata, ada rezeki jumpalah Wan Maimunah tu. Hahahaha. Tak dan nya. Kacang Poolnya sangat sedap. Rasanya pun cukup. Penuh kot warung dia. Terkilannya, lupa nak amik gambar kacang pool tu dan tempatnya skali. Lepas tu lupa pula nama kedai makan tu. Hahaha. Nanti-nanti, ada peluang, saya kongsi dengan koranglah yek.
Lepas dah melahap sampai kenyang, kami pun bergolek ke Tanjung Piai. Yang lawaknya, kami boleh redah semua jalan-jalan nak ke hala Tanjung Piai tu. Semuanya gara-gara waze tu. Hahaha, bergantung lagikan. Nak buat macam mana, first time jalan ke sana memanglah kene guna waze. Dah biasa, waze pun tak pandang. Bab ni, hanya kami berdua je yang tau. Hihihi....
|
Tiket masuk ke Taman Negara, Tanjung Piai. Rm5 seorang untuk dewasa. Kira oklah kot, sebab nak stay kat situ sampai pukul 7 petang pun tak apa. Siap ada yang memancing lagi. |
|
Pintu masuk utama Taman Negara Tanjung Piai. |
|
Nilah batu yang kawan dok tayang gambar dia masa dia pergi Tanjung Piai. Batu ni selepas kaunter tiket. |
|
Semua jenis pokok bakau ada di sini. Kenali dulu pastu baru explore pokok bakau yang lain okai. |
|
Manalah penghujung benua tu. Alahai, jauh lagi rupanya. |
|
Hampir nak sampai!!! |
|
Kat sini terteranya pengiktirafan Tanjung Piai sebagai penghujung Benua Asia |
|
Congratulation! You are now standing at the Southern most tip of Mainland Asia |
|
Ni baru betul-betul penghujung Asia. |
|
I came, I saw, I conquered |
|
Kami sempat beli cenderahati sebagai tanda kami dah sampai Tanjung Piai. En. tunang minta saya simpan. Baik en.tunang! hihihi |
|
Nampak tak tanda keletihan dia. Inilah hadiahnya lepas berjalan |
Lepas ni, nak ajak makayah dan adik-adik ke sini pula. Sekali-sekala, apasalahnya. So, kalau korang nak pergi bercuti ke Johor (yang bagi jauh-jauh lah yek), korang leh simpan alamat ni:
Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
(Ni ambil dari en.google sebab tak tau alamat sebenar.Kami kan guna waze. hihihi)
Okay Puan Aziah, sila ke Johor secepat mungkin, nanti kita dating di sini. Terima kasih membaca. :)
**credit to en.tunang sebab dia yang ambil gambar semua-semua ni.
0 comments