Lawat Adik - PLKN Teluk Sari, Mersing

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua....

Sejak minggu lepas lagi nak muncul tapi tak muncul-muncil. * sigh*. Banyak kerja mah. Tak terkejar rasanya, tapi saya suka apa yang saya buat dan ada juga rasa teruk. Apa yang saya rasa teruk adalah tuttttttttt...hahahaha. Private job.

Ok, sebelum ni saya ada habak dengan rakan-rakan di muka buku saya yang adik bongsu saya dapat PLKN di Teluk Sari, Mersing. Mula-mula nak pergi tu, adik saya terlalu excited. Tak taulah nak cakap macam mana excited-nya tu. Sampaikan mak cakap, baju terlebih muatan. Alahai dik, 3 bulan je pun.

Itu masa awal-awal dia nak pergi PLKN. Semangat sungguh! Nampak bara api yang memuncak di kepala beliau. Ops!!!!! tambahan semata-mata.Tapi sekarang ni, siap cakap dengan mak masa telefon tu, "mak, macam nak lari je". Cett!!!...mana semangat tu adik sayang oit. Jadi, nak bagi semangat kat dia balik(untungla), kami sekeluarga bersama en.tunang, pergi melawat adik tersayang di Kem PLKN, Teluk Sari Mersing pada 19/04/2014. Amboi adik saya ni, kirim barang macam-macam. Tomyam, ikan pari asam pedas dan ayam goreng pun dia minta mak masakan. Amboi adik, macam 5 tahun kat Landon je.

Lawaknya, kami sekeluarga boleh tersesat. Bukan tersesat, cuma confiused je. Mana satu PLKN yang adik pergi sebenarnya. Mersing ada 2 kem. Pertama sebelum sampai ke bandar, satu lagi selepas bandar. Kami pergi dengan 2 kereta, mak, ayah dan ika satu kereta. Saya dan en. tunang saya satu kereta. En.tunang sangka, kem PLKN tu sebelum ke Bandar Mersing. Rupa-rupanya, kem tu nak menghala ke Penyabung, selepas Bandar Mersing. Lagi seronoklah dia sebab boleh tunjuk tempat die membesar, di mana dia suka melepak dan menunjukkan jalan-jalan ke sekolah rendah dia. 

Sampai-sampai je, ramai ahli keluarga lain melawat anak-anak mereka. Bukan adik saya je yang minta macam-macam, kawan-kawan se kem dengannya pun sama macam adik.  emmm.....baranglah adik. Janji bahagia. 

Nampak tak muka semangat nak pergi PLKN. Depan pintu pun jadilah tangkap gambar. Masa ni hantar dia di Masjid Besar Kota Tinggi. Dia pergi Mersing naik Bas PLKN yang disediakan.
Budak petah si rambut maggi ni memang rajin jalan-jalan. Last-last bosan.
Amboi mak ayah. Possing abis... Satu perkara yang kadang-kadang rasa geram dengan ayah ialah mata akan terpejam, pastu pandang ke arah lain. Tapi kali ini, amik kau sebiji senyuman. Mak cool je.
Budak yang dikatakan 5 tahun tinggal di London. Sekali ngap je. Puas katanya. Ais batu semuanya dia minta bawa. Katanya, kat kem asyik minum air panas je, pastu nasi keras. Tu yang minta macam-macam tu.




Tak dilupakan kami bertiga yang kiut miut....uhuksss...terbatuk pula...(gambar daripada Ika, adik no 2 punya)
ehhhh! Rabbit mana pula ni. Jangan marah!!
Tapikan, tahun ini terpaksalah adik kesayangan saya tu sambut hari jadi di kem PLKN. Macam pelik je tapi apakan daya, nanti bila belajar macam tu pula. Best juga sambut dengan rakan-rakan. Terkilan jugalah sebab tak dapat nak wish kat dia. Adik, jangan lupa baca di muka buku jelah ye dik. Haaa!!!!! sebelum terlupa, along dan ika ada beli sesuatu kat adik. Hopefully sukalah yek.

Pink lagi!!!!! Berapa banyaklah koleksi beg dia berwarna pink. Habis kem baru amik yek. Ni je yang mampu dik."Selamat Ulang Tahun yang ke tutttt!"
Bila semak balik gambar-gambar yang ada, lupa plak nak snap kawasan PLKN Teluk Sari, Mersing. Dekat Penyabung, Mersing. Masa melawat adik tu, best sangat sebab dekat dengan pantai. Angin pantai tulah yang buatkan ayah boleh tidur. Kikikiki....emmmm.. Oklah, Jumpa lagi di entry seterusnya.

Terima kasih membaca.

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^