Tertinggal dan Terkunci

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum.

Selalunya, orang akan terkurung dalam rumah ke, terkurung dalam bilik ke, terkurung dalam bilik air ke, tapi saya selalu terkurung di luar rumahlah atau terkurung di luar  bilik la dan ada juga terkurung di luar tempat kerja. Hari ini, cukup 1 jam saya terkurung di luar rumah. Untuk kali kedua sekiannya. 1 jam!!!! Dah lambat pergi kerja Cik Erna oit. Masalahnya, kunci kereta dalam bilik.

Apa cerita sebenarnya? Ceritanya macam ini. Kebiasaanya, selepas bersiap nak pergi kerja, mandi, bedak badan, berbaju kemas dan semua-semuanyalah, saya akan capai beg kerja saya bersama kunci rumah dan kunci kereta. Kemudian, kunci pintu rumah dan start kereta.

Tapi kali ini, saya lupa nak capai kunci rumah dan kunci kereta. Hanya beg kerja sahaja. Biasanya, jika saya lupa atau tertinggal sesuatu, saya akan berdiri lama dalam bilik. Memikir punya lama, apa yang saya belum bawa. Tapi sampai suatu saat, saya berlalu sahaja tapi otak masih menerawang dan fikiran saya tak kene. Saya akan tersedar apabila benda yang kita ingin guna sebenarnya tertinggal dalam rumah atau bilik.

Kes pagi ini, saya tertinggal kunci rumah dan kunci kereta di dalam bilik. Saya tersedar bila saya ingin mengunci pintu pagar rumah. Mula mengelabah, macam mana nak pergi kerja sedangkan kunci kereta di dalam bilik. Lepas tu, saya dah kunci tombol pintu. Lagi pening wooo

Mulalah, saya menggunakan pelbagai gaya untuk membuka pintu dan mengambil kunci kereta. Antaranya, menggunakan kad keras untuk membuka pintu. Sebelum ini, saya pernah menggunakan kad keras untuk membuka pintu rumah di Kolej Kediaman Pewira. Mungkin kerana tombolnya mudah untuk dibuka, saya pun berjaya membuka pintu tu. Tapi kali ini, sampai nak patah kad saya, masih lagi tak boleh buka pintu tu. Woo, sangat safety pintu rumah sewa saya tu. Akhirnya, cara tersebut tidak boleh digunakan.

Kemudian, saya guna pin baju yang besar sikit tu. Sebelum ini, saya pernah membuka pintu bilik di Kolej Kediaman Pewira menggunakan Pin keras tu. Cungkil punya cungkil, akhirnya terbuka jugak. Mengapa saya tidak menggunakan kad seperti mana saya lakukan pada pintu hadapan? Sebab, kad keras dah patah. Wahaha. Tapi, saya tak berjaya menggunakan pin keras tu untuk buka pintu rumah sewa saya. Hampa, sampai bengkok pin keras tu. Akhirnya, cara tersebut tidak boleh digunakan.

Saya cuba dengan mencapai tombol pintu dalam melalui tingkap yang bergrill. Jarak antara pintu utama dengan tingkap adalah 1 hasta suku kot. Tetapi safety tingkap sangat tinggi, jadi tangan perempuan tak sampai nak membukanya. Lagilah, tangan comel saya ni. Akhirnya, cara tersebut tidak boleh digunakan.

Saya cuba untuk menendang pintu tersebut. 2, 3 kali juga tendang. Tapi tenaga tak ada, tak tertendang-tendang. Kalau pecah, lain pula ceritanya. Akhirnya, cara tersebut tidak boleh digunakan.

Dengan penuh kebuntuan, saya meminta pertolongan daripada jiran sebelah. Alhamdulillah, itulah hikmahnya berjiran. Akak jiran menyediakan pelbagai barang dan cara untuk membuka pintu. Saya cuba mencapai kunci pendua, yang jauh daripada pintu menggunakan batang kayu atau mop. Tapi, sememangnya jarak kunci pendua tu jauh sangat. Akhirnya, cara tersebut tidak boleh digunakan.

Kemudian, kami mencuba dengan alatan sejenis cangkuk cengkam. Saya bawa cangkuk tu ke tombol dibahagian dalam dan cuba mencangkuk tombol dengan pencangkuk tersebut. Kemudian, pusing dalam 90 darjah ke arah kiri. Tapi, disebabkan cangkuk tersebut terlalu besar, cangkuk tersebut tak dapat mencangkuk tombol pintu di bahagian dalam. Akhirnya, cara tersebut tidak boleh digunakan.

Kemudian, kami cuba menggunakan pembuka batang paip. Tapi yang dah rosak punya. Tak apalah kak, janji apa sahaja cara dan benda yang boleh membantu, kita cuba je. Ruang bukaan pembuka batang paip tu dah ngam dengan tombol. Tapi alatan tu dah rosak dan bahagian rahang pula tercabut. Akhirnya,  cara tersebut tidak boleh digunakan.

Kami cuba menggunakan kayu yang lebih panjang untuk mencapai kunci pendua. Sangat berpuas hati dengan kayu tu, memang sampai tempat kunci pendua tu. Tapi, kayu tu tiada pencangkuk, jadi tak dapat nak tarik kunci tu. Akhirnya, kayu yang terlalu panjang pun tak boleh digunakan.

Kemudian, datang jiran cina pula membantu. Aunty tu dengan anaknya cuba untuk mencapai tombol pintu dalam rumah. Tapi macam saya cakap tadi, kami ni tangan perempuan. Walaupun comel, kecik dan mulus je, tapi tangan kami pendek. Tak sampai juga.

The last one, akak jiran cuba menggunakan penyangkut baju besi yang dah ada pencangkuknya. Kami cantumkan di hujung kayu mop/penyapu tadi. Bagi ketat supaya tak longgar dan tak bergoyang. Kemudian, saya cuba capai kunci pendua menggunakan kayu tersebut. Cuba dan terus cuba, akhirnya kunci pendua dapat diambil. Alhamdulillah, lega sangat-sangat. Bayangkan, banyak cara nak buka pintu, akhirnya cara terakhir menggunakan kayu yang pertama bersama penyangkut baju dapat mengambil kunci pendua dan boleh buka pintu. Alhamdulillah, berkat pertolongan jiran.

Pengajaran disini, jangan terlalu mudah tertinggal barang, kelak menyusahkan diri macam saya tertinggal dan terkunci. Wahahaha. Kedua, hidup berjiran harus berbuat baik dan senyum tanda ikhlas dan sedekah, kelak bila berada dalam kesusuahan, mereka sudi tolong kita. Itulah hidup berjiran. Ketiga, kita perlu sediakan pelbagai plan tindakan atau method apabila berada dalam masalah. Macam saya, orang tengok pun macam pencuri je, padahal nak buka pintu umah sewa sendiri. Wahahaha.

Jumpa lagi, di entry yang akan datang. Terima kasih membaca. Jangan tertinggal dan terkunci yek.

p/s: Melepas nak beli karipap sedap di depan taman.



Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^