Kemampuan Dan Keinginan
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.
Saya nak macam-macam. Beg Prada, jam Rolex, kasut Carolino, tudung Ellezada, baju dress dekat Minazboutiqe dan macam-macam lagi. Tapi, bila fikir-fikir balik, semua ini adalah keiniginan saya yang tidak mampu dicapai melalui kemampuan saya. Ada sesiapa nak belikan untuk saya? Untunglah sangat kan.
Melihat naluri keinginan saya, banyak benda yang saya nak. Semuanya vok-vok belaka. Semuanya meriah-meriah belaka. Lepas tu, harga! fulamak, usah cakaplah. Mantoppp!! Tapi, pendam dan simpan dalam hati je. Dalam kotak pun ada. Sebab apa? Sebab kemampuan membatasi segalanya.
Cukup meriah isu tentang Pn. Mawar Fizo tu, yang dikatan "nak berfesyen ikut kemampuan." Agak-agak, ada tak yang saman saya atau si Fizo tu marah saya tak sebab ajuk kata-kata tu. Tak kiralah siapa yang cakap, tapi perkara ini telah membangkitkan kemarahan naluri si berkemampuan rendah. Hahaha, poyo je ayat. Malas nak ulas isu ni, tapi apa yang boleh saya kata, jika fesyen menepati syarak, orang ramai tetap akan cuba dapatkan. Tapi, jika fesyen entah pape, bukan atas kemampuan untuk memilikinya tapi keinginan semata-mata. Jadi, ianya menjadi sia-sia.
Jika keinginan dan kemampuan menjadi selari, ianya menjadi satu yang gah buat kita. Tak kirahlah, pakai tudung bawal harganya RM10 ke, Wideshawl harga RM15 ke, rasa selesa pakai dan menepati syarak, Alhamdulillah itulah keinginan dan kemampuan kita.
Ni tudung bawal plain bidang 60' dengan harga RM15. Best dan selesa. Lagipun, saya memang suka pakai tudung bawal. |
Bukan setakat tudung je, beg tangan ke kasut ke baju ke, macam-macam lagilah. Kaum wanita ni memang dilahirkan dengan naluri untuk bershopping. Cuma, kawal dengan tak kawal je. So, bersedialah ye wahai en.suami.
Sebelum ini, saya meminati kasut Carlolino. Ada satu kasut tu cantik sangat-sangat. Tapi rasanya, kasut dah tak ada kot. Tapi harga tak tercapai dek akal mu. Mampukah saya? Itu persoalannya. Jadi, saya berlalu tanpa memandang belakang. Akhirnya, saya mencari kasut Xess yang harga mampu dicapai oleh akal saya, iaitu RM 29.90. Selesa dan best nak jalan kemana aja. Sampai sekarang kasut Xess tu ada lagi. Saya siap pakai ke kerja atau pakai masa pergi jalan. Kasut Carlolino keinginan saya, kasut Xess kemampuan saya.
Saya meminati beg Prada, Carlorino dan Polo yang origanal yek. Design sangat cantik dan corak yang menarik. Saya memang tergila-gilakan beg sebegitu. Setiap kali berjalan-jalan dengan kawan-kawan, keluarga atau en.tunang, bila ke tempat beg, saya akan pandang tanpa berkelip. Kalau die orang perasan lah. Harga? usah dikatakan pada ku....hahaha. Origanal kak oit, konfem ratus ringit. Tapi saya akan berlalu tanpa memandang belakang. Akhirnya saya memiliki sebuah beg yang hanya berharga RM18 di U Mall. Cantik. Walaupun kualiti tidak sama dengan beg yang saya minat, tapi ianya mampu dibawa kemana sahaja. Digunakan semasa kerja atau digunakan semasa berjalan-jalan. Beg Prada, Calolino dan Polo adalah keinginan saya manakala beg RM18 adalah kemampuan saya.
Sebenarnya, banyak lagi benda yang saya inginkan tapi semuanya tak tercapai dek akal mu. Akhirnya saya mampu memiliki seangkatan dengan benda yang saya inginkan dengan harga yang mampu dimiliki dan mampu digunakan untuk seharian. Kemampuan dan keinginan adalah benda yang berbeza tetapi ianya akan menjadi selari jika benda yang mampu kita miliki itu akan menjadi keinginan kita kerana kita boleh dapatkan benda tu. Asalkan kita tahu apa yang sesuai dengan kita.
Terima kasih membaca. Jumpa lagi.
0 comments