Up status baru

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur sangat-sangat kepada Allah sebab semuanya selamat. So, status baru dah up lah kan? Status kat mana? Facebook ke wechat? Status yang macam mana? Eh, lupa plak kita. Alhamdulillah, kita dah jadi mak long. Adik kita yang kedua selamat bersalin anak lelaki. Comel sungguh, mulut munggil dia tu, masyaAllah hanya Allah je yang tahu. Baik je babynya.

Tepat jam 2.03 petang, 15 Febuari 2016, lahir seorang putera di kalangan keluarga kecil kami. Happy je mak dan ayah Erna dapat cucu lelaki. Anak semuanya perempuan, akhirnya dapat cucu lelaki. Happylah kan. Semua orang dah boleh agak dah yang adik akan dapat anak lelaki.

Sungguh! Cuti kali ini penuh kegembiraan. Dapat bersama dengan mak dan ayah ketika menunggu adik bersalin.Si suami adik, of courselah ada. Lagi-lagi die boleh tengok proses bersalin. Tapi sekejap je sebab husband adik kene halau keluar dengan nurse sebab dia hampir pitam. Hihihi. adoyai baby. Ayah baby boleh pitam. Then, dapat bersama dengan keluarga mertua bersama En.Husband. Tak sia-sia amik cuti dua hari+cuti hari minggu 2 hari. Nanti kita share cuti bersama keluarga mertua.

Alhamadulillah sangat. Tahan nangis ni tengok adik dan baby beliau. Next is me. Hahaha, gurau je. Allah lebih tahu Erna bila. Yang kelakarnya, En.Husband pun boleh berdebar. Sabar ye En.Husband. Ada lah nanti yek.

Alhamdulillah...Alhamdulillah. Lagi 2 minggu mak long balik ye baby.

p/s: Awal-awal ni gambar baby tak boleh amik. Tunggu dia 3 bulan ke 4 bulan yek.












Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^