Resepi: Ikan Siakap Kukus


Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Sejak kepenatan melanda dalam diri ini, semua kerja malas nak buat. Tapi gagahkan diri juga lahkan. Ada kang tak makan, pakai baju berbau, rumah sarang tikus. Kene kuat. Wajib kuat. Tiap-tiap hari gagahkan diri untuk masak. Kalau tak masak, tak makan. Tak makan, lapar pula.

Jadi, Erna akan masak yang mudah je, tapi sihat. Kali ini, Erna berkongsi resepi Ikan Siakap kukus. Senang je. Tak susah. Pastu sihat. Tak ada minyak. Sebelum ini, Erna ada kongsi Ayam kukus [Klik Sini]. Sama aja kukusnya.

 photo 2016-03-28-10-56-37_zpsp8eamgeg.jpg
Ikan Siakap Kukus bersama sos tiram. Mudah dan cepat.

 photo 2016-03-28-10-23-35_zps8rv78lzq.jpg
Bahan-bahan yang digunakan. Disebabkan, tempat kukus tak besar, terpaksalah kerat ikan siakap kepada 2 bahagian.

Bahan-bahan :
  1. 1 ekor Ikan Siakap. Ini masak untuk 2 orang sahaja. 
  2. Bawang merah-Hiris
  3. Bawang putih - Hiris
  4. 2 cm Halia - Hiris
  5. Lada/cili. Kalau tak nak pedas, tak payah letak.
  6. Serai - ketuk
  7. 2 sudu besar sos tiram
  8. Sedikit daun saderi/daun sup/ daun bawang. 
  9. Lobak merah. Nak tukar tomato pun boleh.

 photo 2016-03-28-10-38-49_zpsagyrwwjg.jpg
Tabur je semua bahan yang ada. Lobak merah dan daun sup tu jangan masukkan dulu yek. Nanti lembik, tak sedap.

Cara-cara:
  1. Kemudian, panaskan air kukus.
  2. Sapukan ikan siakap dengan sos tiram. Kemudian, letakkan dalam pinggan bersama bahan-bahan lain kecuali dain sup dan lobak merah.
  3. Apabila air dah cukup panas, bolehlah start mengukus ikan siakap.
  4. Selepas 10 minit, masukkan lobak merah. Kukus dalam masa 15 minit atau sehingga ikan masak.
  5. Bila dah masak, baru boleh keluarkan ikan siakap. Last skali taburkan daun sup. Siap!!!!

Mudah je kan. Tak susah mana pun. Makan panas-panas sedap. Selamat mencuba!




Share:

7 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^