Apabila Husband Sakit Gigi


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

En.Husband bukan jenis yang suka makan ubat. Kalau kita sakit, bisingnya mengalahkan nenek kebayaan apabila dia suruh kita makan ubat. Siap buat muka suruh makan ubat. Nasib baiklah dapat bini yang tak takut makan ubat, tak banyak karenah. Tapi bila dia yang sakit, kita suruh dia makan ubat, banyak pula alasan yang dia bagi. Bila di paksa, lagilah haru biru jadinya. 

Tapi ada satu ubat yang En. Husband tak akan tolak. En. Husband terlalu memerlukan ubat ini. Jika tak ambil ubat itu dalam masa terdekat, terguling-gulinglah jawabnya. En.Husband tak kisah jika tak ambil ubat bila dia demam atau batuk ke atau sakit kepala ke kan? Sebab bagi En.Husband, Ernalah ubatnya. Alololo, sweet gitu. 

Jika dia dapat sakit yang satu ini, Erna pun dia tolak ke tepi. Mood pun melayang. Jahatnya punya sakit. Sanpai hati buat husband kita macam tu. Jadi, En. Husband hanya memerlukan ubat yang satu ni sahaja. 

"Sakit apa tu?"
"Ubat apa tu?"

En. Husband ini selalu je sakit gigi. Bila sakit gigi, nak makan pun susah, apatah lagi buat kerja. Memang tak menjadi semua kerja. Orang kata, bila sakit gigi, kumur dengan air garam tak pun listerin/colgate liquid. Masalahnya, En.Husband tak nak. Pening dah kepala ini kak Kiah. 

 photo 2016-03-16-23-38-24_zpshnb7do6t.jpg
Inilah ubat yang En.Husband kene sentiasa ada. Jika ubat ini tak ada dalam simpanan, sampai ke sudah menahan sakit. Jadi, Erna akan beli lebih, nanti tak lah En. Husband terkapai-kapai mencari.

Harap-harap En.Husband dapat bertahan yek. Susah-susah sangat, nanti kita p cabut gigi yek.









Share:

1 comments

  1. Salam kenal. tengkiu singgah dan komen di blog kak Alycia ;)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^