INDAHNYA SEORANG PEREMPUAN


Assalamualaikum w.b.t..

Indahnya seorang perempuan itu berubah kepada kebaikan. Bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah. Bagaimana ingin membentuk diri agar Istiqamah dengan perubahan yang dilakukan? Senang je, kau pakai tudung. Amboi cik adik! ingat berubah kepada kebaikkan tu cuma tudung ke? Ops! ter'over' pulak. Sudah pasti kita perlu mohon kepada Allah agar kita sentiasa dalam keadaan istiqamah.

Indahnya seorang perempuan itu berhias yang sederhana. Solekkan hanya bertapuk bedak putih. Ingat ini wayang cina ke? Eh, bukanlah. Maksud saya, kecantikkan itu datang daripada dalaman. Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah.

Indahnya seorang perempuan itu bukan kerana petahnya berbicara tetapi kerana hemahnya berbicara. Eh, dia tukan seorang pemidato? Pemidato ke, pensyarah ke, anak tengku ke.....jika tidak berhemah ketika berbicara, tiadanya sifat kelembutan pada diri. Betul ke?


Indahnya seorang perempuan itu ketika tunduk dan hormat kepada orang tua. Jadi kene tunduk jelah bila berjalan? Tunduk simbol kepada hormat terutamanya orang yang lebih tua. Baru ada aummm....

Indahnya seorang perempuan dengan kelembutan. Ganas-ganas tak boleh ke? Comel ke nak jadi ganas tu? Allah jadikan kita sebagai perempuan dalam sifat kelembutan. Ayu je. Syukur itu perlu.

Indahnya seorang perempuan dengan tangan yang menguntai. Menguntai? Apa yang menguntai? Maksudnya menyediakan juadah untuk keluarga terutamanya si suami. Ehemmm.....

Indahnya seorang perempuan sukar dirungkai tetapi manisnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jangan cemarkan keindahan dengan kepentingan diri sendiri. Kejarlah cinta Allah agar keindahan itu terserlah dimata Allah. InsyaAllah.






Share:

2 comments

  1. indahnya wanita e2 bla dia mmpu mnjadi wanita yg solehah..mghiasi dunia dgn senyuman ikhlasnya..betul x??

    ReplyDelete
  2. Macam MissDila lah kan?????:-) Senyuman itu satu sedekah, selagi hati masih inginkan cinta Allah, ia tetap menawan......

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^