TERJUMPA SESUATU

Assalamualaiku w.b.t...

Kehidupan sekarang tidak semestinya baik seperti dahulu. Walaupun tidur berbumbungkan atap nipah, berdindingkan kanvas, makan hanya ubi kayu, tetapi ia mungkin tidak sehebat kehidupan sekarang yang pada hakikatnya ianya sungguh berliku-liku. Perkara yang kita mungkin lupa akan kembali ke ingatan kita suatu hari nanti. Esok, lusa entahkan waktunya , kita tidak tahu, tetapi Allah yang lebih menyayangi kita pasti ingin membantu kita dengan mengingati kehidupan yang dahulu.

Ya, kehidupan yang dahulu apabila dikenang pasti menjadi suatu yang mencuit hati. Itu menunjukkan kehidupan itu adalah begitu bermakna. Kehidupan yang menampakkan kematangan seseorang atau kejatuhan seseorang. Bukan ingin membanding-bandingkan. Adakalanya, kita lupa dengan kehidupan dulu yang menjadi cermin kehidupan sekarang.


InsyaAllah, mudah-mudahan kehidupan dulu menjadi penyuluh kehidupan sekarang.

Itulah kebaikanya apabila printer kembali semula, semua gambar ingin di print. Tidak kira gambar lama ke, gambar baru ke, janji gambar yang mungkin akan dimakan anai-anai perlu dicuci semula. Boleh print ke? Sudah tentu. Itulah untungnya printer + scanner ada dirumah. Boleh buat bisnes.

"Along, satukan gambar adik-adik masa bayi. Pastu boleh camtum menjadi satu gambar tak?"

Erk, gambar baby kami ke? Ya, sebelum besar, mestilah baby dulukan. Tak gitu? Mulalah mencari gambar-gambar lama. Habis diselongkarnya rak emak. emm...jumpa pun. Belek satu ke satu gambar lama. Ya Allah, gambaran kehidupan dulu dengan sekarang amatlah berbeza. 

Alhamdulillah,

Sedikit demi sedikit, kehidupan itu mengajar erti bersyukur. Sungguh hebat perancangan Allah untuk keluarga saya. 

"Emak, ini gambar siapa yek?"

Ai, dik buat tidak tahu ke? itulah gambar mu ketika baby lagi. Sangat montok dan gebu bila adik masih baby lagi. Tetapi bila dah besar, berbeza sungguh. Itulah keajaiban Allah. Licin je perjalanan kehidupan manusia bermula daripada baby sehingga besar. 

Apabila pergi menziarahi rumah mak cik, pakcik terlihat gambar anak-anak mereka ketika baby lagi. Comel sesangat. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kecomelan itu. Hakikatnya, ianya hanya untuk menjadikan satu titik permulaan kepada kehidupan kita. Bila sudah nampak, mulalah bertanya, siapa tu? Yang tengah-tengah tu siapa? Siapa yang montok tu? Mulalah individu tersebut tersipu-sipu malu. 

Baik mak, keinginan mak untuk salin semula gambar kami tercapai. Gambar mak masa mak dan ayah kahwin tak mahu dibesarkan ke? Bukan nak tunjuk, sekadar kenangan sahaja. Simpan dalam bilik je.

Tidak salahkan jika kita untuk meletak gambar keluarga. Bukan untuk perhiasan rumah tetapi untuk kenangan keluarga kita. Keluarga kita adalah anugerah daripada Allah. Jika terjumpa gambar-gambar lama, jangan dibakar atau dibuang, sebaliknya simpan sebagai kenangan. Supaya kita kenal siapa diri kita, siapa keluarga kita. Kita juga boleh kenal siapa atok-atok, nenek-nenek kita yang sudah tiada. Tidaklah si cucu-cucu, si cicit-cicit ternganga bila orang tanya siapa atuk-atuk dan nenek-nenek mereka. Saya ada sekeping gambar arwah tok bak. Jadik saya dan sepupu sepapat saya tahu bagaimana wajah arwah tok bak kami.

Sesuatu yang hilang pasti akan kita jumpa balik. Cumanya hanya kita sahaja yang inginkan semula ataupun tidak.

 Bezanya kami yang dahulu dan sekarang







Share:

2 comments

  1. Setiap apa yang berlaku dlm hidup ni semuanya dah di aturkan Allah. Kita sbg makhluk mmg perlu berusaha, sabar, berdoa, tawakkal dan redha dgn setiap ketentuan. Walaupun, kata-kata mungkinlah mudah untuk di ucapkan. Tapi sebenarnya tak alasan untuk kita pertikai apa yg telah berlaku. Terima kasih untuk entry yg ringkas ni ye erna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinya, berusaha, bertawakal, redha adalah satu sifat yang sempurna sebagai hamba-Nya yang mengharapkan sesuatu. Tetapi susah untuk mempraktikkannya jika hati belum mampu mengikhlaskan sesuatu...Insyallah...sama-sama kta berusaha kearah kebaikkan.
      sama-sama ye Khalilah. thanks menjadi kawan saya.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^