Bertemu, Berpisah, Bertemu

Asssalamualaikum.....

Perancangan Allah lebih besar daripada perancangan manusia. Itu yang saya sentiasa pegang. Sehebat mana kita pangkah, sehebat mana kita lari, sehebat mana kita bersembunyi, jika Allah kata itu akan berlaku kepada diri kita, makanya ia tetap berlaku.

Syukur sangat kerana saya diberi ruang untuk bernafas dan diberi peluang untuk memperbaiki diri saya. Tengelam dek keseronokkan dunia sehingga lalai pada tanggungjawab sebagai khalifah, sebagai seorang anak. Tidak dapat dinafikan, keseronokkan itu penting dalam menjalani kehidupan tetapi perlulah ada hadnya. Jika sewenang-wenangnya kita lagha, jangan kata kemalangan, maut pun datang menjulang. 


Bukan keseronokan itu yang menjadikan saya kembali kepada niat asal saya, tetapi Allah pertemukan dia kepada saya sekali lagi. Bila difikirkan balik, banyak kali saya menjauhkan diri saya daripada dia, tetapi jika Allah kata dia akan kembali kepada saya, maka dia tetap akan kembali kepada saya. Jangankan lubang cacing, hujung dunia pun saya tidak dapat lari.

Kehadiran dia juga menjadikan saya untuk terus menjaga diri saya kearah kebaikkan. Ada kawan saya bertanya;

"Kau lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kepada kau?"

Memang saya tidak lupa, bahkan menjadi nadi kehidupan saya sehingga menutup pintu hati saya. Alhamdulillah, ada hikmah disebalik kejadian itu. Saya percaya dengan apa yang Allah lakukan untuk saya. Saya percaya dengan Qada' dan Qadar-Nya. Allah memberi kami ruang untuk mengenali hidup, mengenali diri kami sendiri. Maka dengan itu, kemaafan menjadi nadi sebuah kehidupan.

Banyak yang saya berlajar semasa kami berlainan arah. Saya mengenali ramai kawan dan saya juga mengenali seseorang. Mungkin, orang itu bukan untuk saya. Dia pernah bertanya kepada saya mengapa tidak memilih orang itu. Saya akui, orang itu sangat baik. Kerana dia, saya dapat ubah diri saya kepada kebaikan. Akan tetapi, jika Allah kata bukan dia untuk saya, maka kita perlu akui akan hakikat itu.

"Mengapa kau senang untuk memaafkan dia?"

Mudah sahaja jawapannya, Maaf itu penawar duka. Huhu, saya bukanlah baik sangat. Ikutkan akal, tidak ada maknanya saya nak memaafkan tetapi kerana jiwa dan hati, Allah memimpin kita ke jalan yang lebih baik, maka saya memaafkan. Sifat pemaaf akan selalu memimpin kearah kebaikkan. 

"Bukan kerana kau sayang dia ke?"

Of Course! Sayang. Memang saya sayang dia.Tidak dapat dinafikan saya sayang dia. Saya ingat lagi, walaupun saya tahu suatu ketika dahulu, dia bersama dengan orang lain, saya masih lagi curi-curi melihat profail dia di laman komunikasi. lawakkan...  :-)

Cumanya saya tidak berani untuk menyatakan sayang saya kepada dia kerana maluuu...huhuhu...Biarlah kita mengunci sayang yang sebetul sayang kita kepada orang yang kita sayang, supaya akan ada hari yang mudah untuk kita menuturkannya. Bila? Selepas diijab kabulkan. Sayang dia kerana Allah. Aminn.....

Kepercayaan itu hadir selepas masing-masing memahami erti kehidupan, masing-masing mengalami pengalaman dan masing-masing cuba mencari diri sendiri. Maka dengan itu, saya mempercayainya bukan setulus hati tapi seikhlas hati. Jika setulus hati, kita tidak tahu adakah ianya kekal tetapi jika seikhlas hati, kita ikhlas mempercayainya kerana Allah. Allah yag menemukannya untuk kita.

Alhamdulillah, beraninya dia bertemu keluarga saya menyakinkan saya akan dirinya. Saya tidak perlu was-was. Bukan bermakna saya serah bulat-bulat diri saya kepada dia. Tidak....Saya masih lagi belum menjadi haknya, saya masih lagi hak ibubapa saya. Makanya, kami perlu tunggu agar hak itu bertukar tangan dengan cara yang betul dan halal.

Berdoa. Sesungguhnya, kami berharap Allah akan satukan kami dengan kasih dan sayang kami untuk-Nya. Kerana Allah kami dipertemukan dan kerana Allah jualah kami dapat membaiki diri kami. InsyaAllah. Kami akan terus bercinta dengan Allah kerana Allah yang menemukan kami.











Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^