MASA HADAPAN




Assalamalaikum w.b.t.....


Setiap orang mempunyai impian dan angan-angan(termasuk saya). Tetapi tidak bermakna impian dan angan-angan itu adalah masa hadapan kita. Masa hadapan kita  bukanlah yang kita tentukan dengan sekelip mata. Lainlah Doraemon, gne pintu je dah boleh melangkah masa hadapan, masa belakang pun boleh. Isy2......Fahamilah kawan-kawan, itu semua hanya mainan dunia sahaja.

Aku yakin sesangat masa depan aku lebih cerah apabila ambil course engineering ni.

Cik adik sayang oi! cik abang comel oi! Kita ada telepati ke yang boleh ramal perkara yang kita cakapkan itu adalah masa depan kita. Tidakkan. Jangan melakukan perkara syirik yek kawan-kawan seperti.........pergi telek nasib ke........ pergi jumpa nujum pak benam ke......nujum pak benam? yelah, cakap entah pape, semua terbenam....... bomoh tengkorak ke...tengkorak? yelah, cuba tengok cerita kat tivi, semua bomoh ada tengkorak. Tu Syirik namanya. Itu semua hanya mainan Syaitan yang cuba untuk menyesatkan manusia je yek.

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan hadis ini sahih,
 
“Barangsiapa yang datang datang berjumpa tukang tilik (bomoh) dan dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad.” (riwayat Bazzar, Abu Dawud)

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain dari (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (surah An-Nisaa, 4: 48) 

Kita digalakan merancang untuk masa hadapan tetapi lebih banyakan berdoa agar perancangan itu mendapat keizinan daripada Allah. Semua orang boleh bercakap-cakap tentang masa hadapan. Baik orang tua, orang muda, pak cik ,mak cik, adik, kakak, abang, semuanya ada. Betul tak? Jika cakap omong-omong kosong tanpa usaha dan tawakal, masa hadapan itu pasti tidak muncul-muncul jugak.

“Adik, belajar rajin-rajin. Cerah masa depan nanti”

“Ala mak, belum tentu cerahnya mak. Adik  tak nampak cerah lagi. Jauh lagi. Macam dekat hujung dunia tu mak”

Jika kita rasa masa hadapan tu belum tiba, apa kata kita sama-sama rangka untuk masa hadapan kita. Bukan tinggal gigi dua batang baru nak rangka. Bukan rangka ayam yang boleh dimakan yek. Rangka masa hadapan dari sekarang. Bukan bermakna apa yang kita rangka itu pasti terjadi. Tidak sama sekali. Segala apa yang berlaku dan perkara yang berlaku, hanya Allah sahaja yang tahu. Yang penting usaha itu perlu.

Buat apalah kita duduk melangguk dekat pangkin depan rumah sambil menongkat dagu, menunggu masa hadapan muncul.Tak nampak-nampak cik limah berbaju kebaya lalu depan rumah. Tak gitu. Kemudian, menangis tidak berlagu, siang dan malam berkotak-kotak tisu habis lencun dek air mata berjuraian tanpa henti. Tiada gunanya. Lebih baik kita makan, mandi, solat minta petunjuk daripada Allah kemudian tido. Lagi baguskan.

Masa Hadapan kita umpana Alam ghaib. Alam ghaib? Kita nampak ke kehidupan alam ghaib? Alam ghaib jugak adalah satu kehidupan yang Allah ciptakan. Cuma kita tidak nampak. Yang nampak tu lainlah cerita. Sama juga dengan Masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari, lusa hari, bulan depan, tahun depan, tahun-tahun berikutnya. Apa yang kita perlu lakukan ialah jalani kehidupan pada hari ini dengan sebaik-baiknya. Cukupkan solat lima waktu. Jadi sahabat al-Quran pada hari ini, beramah mesra dengan ahli keluarga, jalankan tanggungjawab seorang anak yang baik dan berjabat tangan dengan sahabat andai. InsyaAllah, percaya kepada Allah dengan perancangan-Nya, akan mudah kehidupan kita.






Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^