Jamuan Raya Metalux

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. :)

9 Syawal yang lepas, Erna dan rakan sekerja Metalux telah mengadakan makan-makan sempena raya. Kiranya, jamuan raya lah. Kita orang rancang seminggu sebelum raya lagi. Memandangkan 9 Syawal tu jatuh pada hari Sabtu pada akhir bulan Julai. Dan ketika itu juga Syawal masih lagi gah. Ketua rancangan adalah Kak Yati. Ye ke? Emmm...rasanya semua involve.

Lepas tu, setiap sorang mesti bawak 1 Juadah. Yeke? Macam ada yang tak bawak je? Bos? Bos tak pe. Hahahaha.....So, bila sorang dah bawak satu, makanan tu jadi banyak. Staf hanya 8 orang je termasuk bos dan budak intern tapi makanan macam untuk 20 orang. Tak percaya?

Banyakkan makanan kami. Setiap sorang bawak ni. Ada ayam masak merah, daging rendang, kuah lode, nasi arab, sambal kacang, ketupat, kek, kuih raya dan air sunquist.

Masing-masing sibuk amik juadah. Laparlah katakan.

Jemput makan.

Selamat Hari Raya daripada kami Metalux.


Wah!!! sangat kenyang. Siap tapau lagi untuk En.Husband. En.Husband balik dari kerja je terus cari rendang daging dah habis ke? Maaf, dapat tu je.

pst...rendang tu kita yang buat. guna pess je. 



Selamat Hari Raya!!!! Syawal lagikan.



Share:

2 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^