Potrait Vektor #1 : Aziah Redzwan

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, tinggal lagi beberapa hari je lagi kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan. Seronokkan? Berlumba-lumba nak buat kebaikkan. Naikkan rating pahala. Mudah-mudahan, kali ini dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah. InsyaAllah, Amin....

Korang dah tahukan tentang ERFAY' ART WORLD. Tak tahu lagi? Macam tu korang [Klik Sini]. InsyaAllah, saya akan buat review lebih lanjut tentang ERFAY' ART WORLD.  Ini baru sikit.
Kali ini, projek terbaru kami adalah menghasilkan potret vektor. Syok woo lukis orang ni menggunakan komputer. Tapi, bukan untuk digantung yek. Sekadar simpanan dan jika ada sesiapa untuk letak di kad undangan ke, paper bag ke, boleh aja.

Untuk kali pertama, saya cuba menghasilkan potrait seorang sahabat saya. Hadiah daripada saya untuk beliau. Memandangkan kami jauh, ini jelah yang mampu. Beranikan diri untuk hasilkan potret vektor ni. Alhamdulillah, menjadi tau. Hihihi.....(puji diri sendiri nampak)....

Ini adalah gambar yang saya pilih. Sorry yunk, aku curi gambar ko...:)

Review Potret Vektor:
  • Gambar single. 
  • Empunya gambar : Aziah Redzwan. Sorry yunk, den godeh page ko kat Facebook. Pastu terjumpa gambar ni. Merah ok,
  • Perisian : Adobe Flash CS4. Pelik bebenor lukis potret guna field animation. Mengapa tidak memilih Adobe Illustrator atau field lain untuk melukis Vektor? Sebab lagi fokus untuk melukis. Kikikiki.. Lain orang lain kemahirannya. 
  • Ketelitian : Lebih menggunakan tone warna gelap dan cerah (Colour Block). Kurang penggunaan garisan lurus. (Akan datang, saya cuba menggabungkan tone warna dan garisan)

Aziah Redzwan - Potret Vektor. Hadiah daripada saya untuk beliau.


Jika korang berminat, Korang boleh email ke nurernahazwani@gmail.com atau pm ke facebook saya di [Klik Sini]. Harga boleh negotiate.  :)
Memandangkan , hasil rekaan masih lagi dalam seciput je tapi korang boleh pergi ke laman ERFAY' ART WORLD [Klik Sini]. InsyaAllah, saya akan hasilkan sebaik mungkin...ececeh....hihihi. 

****Pisst...Ada dua lgi potret yang saya kene lukis. Satu on going. Satu lagi tak sentuh lagi. Sorry Sarah dan Dyasmira. Den cuba siapkan. hihihi 



Jumpa design yang akan datang. :)


 


Share:

2 comments

  1. Cantik gambar.. Merah ala2 mak ngah gitew.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...dah tn bdn pun serba serbi merah...tu yg merah tu....

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^