Selamat Pengantin Baru Kak Alya -Part 2
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.
Selepas terjah ke Majlis Bertandang Shahida dan Idzuan [Klik Sini], kami berangkat pulak ke Majlis Bertandang Alya dan Razman. Majlis 2 pasangan ni berlaku serentak. Nikah pun serentak. Anak nanti serentak jugak ke? Hahahahaha... Wahhh! Mamang hactic day lah tapi seronok. Awal-awal tu ada kurang sikit sebab enjin belum panas but after that it will become fun. Enjoy ditengah perjalanan.
Pertama kali highway boleh sesak. Tak pernah-pernah sesak macam tu daripada tol Skudai ke tol Ayer Hitam. Tak adalah betul-betul kat Skudai tu. Ianya antara perjalanan highway Skudai-Ayer Hitam. Dahlah masa tu hujan. Tapi, tak berapa sangat rasanya masa pergi tu sebab sesi luahan dan jenaka yang entah pape menjadikan perjalanan itu pendek. Haaaa! ayat bombastik betul.
Kami bergerak agak lewat sikit. Antara pukul 4.00 petang gitu. Ye kot? Tak berapa ingat. Hantar kereta Kak Yana dahulu di rumah sewa saya @ rumah kak Alya ni. Kemudian, solat dan baru kami gerak ke Parit Raja, Batu Pahat. Kami pergi dalam 2 kereta sahaja.
Masa kami sampai, memang lengang dah. Dah siap kemas dah. Kami sampai pun dalam pukul 5 lebih. Pengantin pun dah tukar baju. Tapi, kami tetap terjah jugak. Kami stay kat rumah pengantin agak lama jugak. Daripada pukul 5 lebih tu sampai ke 11 malam. Lamanya bertapa kat rumah pengantin. Sebenarnya, malam tu rumah pengantin ada aktiviti kuda kepang. Tapi kami balik awal. Rasanya, kuda kepang habis lewat kot. Tapi, kami dah tahap lemau dah.
Kami berempat. Atas highway lagi ni. Masa ni sesak Kak Kiah oit. |
Saya tanya ajak, mana jumpa banting ni. Rupanya depan jalan je. Den tak nampak. Syok sangat tengok kucing comel tepi jalan. Alahai, rindu Tatak. |
Kuning wo! Tema untuk majlis pihak lelaki warna kuning. Hari tu, warna biru. Comel-comel berlaka. Mana hensem dan cantiknya? Itu berlaku ke atas saya nanti. Wahahaha (gelak nakal). |
Malam itu, berlangsungnya kuda kepang. Orang-orang jawa ni sinonim dengan kuda kepang. Tapi kami chaow dulu. Hahahahaha.... |
Akhirnya, selesai sudah majlis kak Alya. Lepas ni, fasa baru sudah bermula. Tahniah ye Kak Alya. Selamat Pengantin baru dan cepat-cepatlah dapat anak. Nanti majlis saya, Kak Alya dah bawak anak. Hehehehe....
Oklah, Jumpa lagi.***Gambar-gambar semua ini kredit kepada Ajak. Dia yang mengambil dan kami yang curi. Pisss!!!!
1. Selamat Pengantin Baru Kak Alya -Part 1
2. Guest Book Alya & Razman
3 comments
kemain bergambar ye.. comel je semua.. klik tabung whisper sini (:
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah blog saya aritu, salam kenal..dah follow balik
ReplyDeleteSalam singgah kembali..keje kat smc ke?
ReplyDelete